Program eUsahawan sudah bermula. Usahawan yang mahu merebut peluang belajar dengan Coach eUsahawan yang hebat, inilah masanya. Salah seorang ialah Coach Zul Coach eUsahawan Malaysian Digital Economy Corporation.

Coach Zul Coach eUsahawan

Siapa Coach Zul?

Nama Coach Zul bukanlah satu nama asing untuk usahawan di Malaysia. Laman web beliau di sini.

Beliau banyak dijemput oleh organisasi seperti universiti dan syarikat yang memerlukan latihan dalam bentuk pemasaran digital seperti Kelas Tik Tok, Kelas Google, Kelas bina Laman Web, Kelas Affiliate dan Kelas Ads.

Coach Zul merupakan seorang graduan Ijazah Sains Komputer. Ini sedikit latar belakang Coach Zul.


Founder CZI Resources. COO ZNS Synergy Sdn Bhd. CEO IQP Solutions. eUsahawan Master Trainer, Business Coach, Professional Learning Facilitator (Mastery), Certified VEST Coach, NLP Master Practitioner, Certified Hypnosis, Certified Hypnotist, Certified HypnoParenting. Certified Microsoft Trainer. Certified Google Analytics. Certified Google Adwords.

Profil Coach Zul

Tanggungjawab Coach eUsahawan ialah membimbing usahawan dalam kelas satu hari secara online (atau offline) ilmu-ilmu pemasaran digital. Coach eUsahawan 2023 Coach Suraya Ali merupakan salah seorang trainer.

Kepakaran Coach Zul adalah mengendalikan Program-program berimpak Tinggi dalam Bidang Keusahawanan!

Coach Zul

Untuk mengikuti Coach Zul di Facebook beliau di sini ya.

Coach Zul Coach eUsahawan

Coach Zul ada berkongsi kisah perjalanan beliau menjadi Coach eUsahawan MDEC.

Macam Mana Saya jadi Jurulatih eUsahawan MDEC?
Jarang la saya Share.

Tapi sebab ramai nak jadi Jurulatih MDEC, maka saya tulis sebagai kenangan saya juga.

Pada Tahun 2016, eUsahawan Mula mencari Trainer. Di bawah syarikat JnJ, Saya masuk Batch ke 2. Sebab masa nie eUsahawan perlu latih 20,000 usahawan.

Proses Masuk.

Hantar Resume
Dipanggil Temuduga
Jalani TTT
Duduki Exam.
Kena buat Program eUsahawan dan berjuang bersama kawan² yg lain utk capai KPI 20,000.

Tahun ini (2016) saya train dlm 1300++ Usahawan. 🥰🥰
Dan Mengejutkan, Saya Tercalon Sebagai z
penerima Anugerah Best Trainer (Tp tempat ke 2). Hadiah Laptop Sebijik 🥰🥰

Tahun 2017, Road To Master Trainer.
Renew TTT dgn Training lagi.
Duduki Exam. (Wajib Lulus)
Dan Tahun ini KPI 40,000 usahawan

Kami Pulun Siang & Malam.
And Finnally, Done! Mission Accomplished.
Sekali lagi Terkejut saya, Masih Tercalon sebagai Best Trainer (tp tempat ke 3). Masa ni dapat hadiah Note Pad Pro. 🥰🥰

Tahun 2018. Masa nie dah pakai lencana Master Trainer.
Tugas lebih best. KPI pon lagi besar. Kalo tak salah 40k-60k Gitu lah.
Dan masa nie Masih Tercalon lagi sebagai Best Trainer. Cuma dah tak dapat award. Bg Can kat Calon² baru.🤭🤭

Tahun 2019, kpi mula mengecil. Trainer baru pon ramai. Tahun nie Tak Tercalon dah sebagai Best Trainer 😭

Tahun 2020, SEMASA COVID, MDEC antara penggerak Zoom Training pertama di Malaysia. MEMBANTU IKS² yg terkandas semasa Covid.
Disebabkan setiap hari Saya buat Kelas, Pada Mei 2020, MDEC kasi Anugerah Best Trainer. Sempat la pegang Sijil Best Trainer kejap. 🤭🤭

2021,2022 = eUsahawan diteruskan seperti biasa tapi kuota training sangat kecil. Dlm 5000 usahawan je setahun.

Xde jln Senangnya..

PERJUANGAN bersama dgn MDEC, setiap tahun dihantar belajar. Kami terlatih dgn program “sedia Belajar.”
✓ Belajar ngn FB
✓ Ambkk Diploma Digital Marketing, UK
✓ Belajar ngan TikTok.
✓ Belajar Ngan Google.

Jika ada yg kata Best Jadi Trainer MDEC, lihatlah Perjalanan saya selama 8 tahun bersama Program eUsahawan.

Sejak 2020, itu lah Kali Akhir MDEC ambil trainer baharu. Saya sempat mintak Isteri saya, Noorul Shafini Annuar join. Dan beliau juga terpilih. Alhamdulillah.
Skrg EcoSistem Trainer MDEC lengkap.
✓ Ada Trainer TVET (penjawat awam)
✓ Ada Trainer Komuniti (kami semua)

Dan Tahun 2023, MDEC Ubah lagi.

Sudah Tiada lagi Trainer Komuniti. Kami kena temuduga utk jadi eUsahawan Coach dan menjadi Staff MDEC. 🤭🤭

Sekali Lagi Saya Sahut Cabaran utk kembali menjadi Penjawat Awam.

Saya adalah JURULATIH Didikan MDEC. ACUAN MDEC.
SEPARUH JIWA KEJURULATIHAN SAYA, Terisi dgn Program eUsahawan.

Dari eUsahawan lah, saya menulis puluhan eBook.
Dari eUsahawan lah, saya buat buku BOMM (biz online marketing mastery)
Dari eUsahawan lah, saya kenal INSKEN, MARA, PUNB, dan Pelbagai Agensi Keusahawanan.

Didikan MDEC dalam membantu IKS dan Usahawan Micro menjadikan Saya rasa seronok berbakti pada Usahawan Micro. Yg baru Nak Up. Tp pd yg dah besar pon, xde masalah.
.
Hah Semoga Kisah hidup saya menjadi Trainer eUsahawan dibaca dan nilaikan kenapa saya tak mampu nak cerita bagaimana nak jadi Jurulatih baharu di MDEC.

Setiap kali ada Buka Posisi Trainer, saya akan share pd alumni² saya. Bahkan ada yg dah jadi Master Trainer spt saya.

Syarat utk Sukses adalah NAK BELAJAR.
Dan TAK SOMBONG. TAK MUDAH PUTUS ASA.
.
InshaAllah Berjaya.
🥰🥰
Coach Zul.

Untuk menyertai kelas eUsahawan bersama Coach Zul, klik pada link ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *