Jika anda merancang percutian ke Selangor, memilih homestay terbaik di Selangor yang selesa dan strategik amat penting untuk memastikan keselesaan, kemudahan akses ke tempat-tempat menarik dan suasana yang sesuai dengan mood percutian anda.
Homestay kini bukan sahaja tentang penginapan, malah menawarkan pengalaman unik, dari kolam renang peribadi, rumah desa autentik, hingga ke unit moden yang lengkap dengan kemudahan terkini.
Artikel kali ini Cik Min senaraikan 6 homestay terbaik di Selangor yang telah menerima banyak ulasan positif daripada pelancong. Sama ada anda mencari ketenangan, kemudahan atau keunikan, pasti ada satu yang sesuai dengan citarasa anda!
Senarai Homestay Terbaik di Selangor:
1. The Kabin, Jeram (Rating: 9.0/10)

Ingin pengalaman bercuti yang luar biasa? The Kabin di Jeram menawarkan penginapan unik menggunakan kabin kontena yang direka dengan bergaya. Terletak hanya beberapa langkah dari pantai, homestay ini sangat sesuai untuk pasangan romantik atau keluarga kecil yang mencari suasana santai, instagrammable, dan penuh karakter.
Apa yang best: Konsep kabin kontena yang sangat ‘insta-worthy’, suasana santai, dan lokasi berhampiran pantai untuk aktiviti riadah.
2. Jeram Tiny House (Rating: 8.8/10)

Jika anda mengidamkan percutian yang tenang dan penuh privasi, Jeram Tiny House adalah pilihan sempurna. Dengan reka bentuk minimalis yang moden, homestay kecil ini menawarkan suasana damai yang jauh daripada hiruk-pikuk bandar.
Sesuai untuk pasangan atau individu yang mahu benar-benar berehat dan menikmati ketenangan alam.
Apa yang best: Privasi penuh, reka bentuk minimalis yang cantik, dan suasana damai yang menenangkan jiwa.
3. Buff Evo Soho Bangi Sentral (Rating: 9.2/10) | Homestay Terbaik di Selangor

Untuk anda yang menginginkan pengalaman bercuti dalam suasana bandar yang moden dan vibrant, Buff Evo Soho di Bangi Sentral adalah pilihan ideal. Unit ini lengkap dengan kemudahan seperti WiFi berkelajuan tinggi, Netflix untuk hiburan tanpa henti, dan reka bentuk dalaman yang stylish.
Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke restoran, kedai dan tarikan di sekitar Bangi.
Apa yang menarik: Lokasi premium di Bangi Sentral, kemudahan moden lengkap, dan suasana bandar yang hidup.
4. Secret Garden Homestay, Kuala Selangor (Rating: 8.9/10)

Buat anda yang mendambakan suasana romantik atau ingin melarikan diri dari kesibukan, Secret Garden Homestay adalah pilihan sempurna. Dikelilingi taman peribadi yang menghijau dan menenangkan, homestay ini menawarkan ruang santai yang ideal untuk berehat, beristirahat atau mengabadikan momen indah dalam sesi fotografi.
Apa yang menarik: Taman peribadi yang cantik, suasana romantik dan lokasi ideal untuk bergambar serta bersantai.
5. Kuala Selangor Mod Pod with Private Pool (Rating: 9.3/10) | Homestay Terbaik di Selangor

Bagi kumpulan besar yang mencari penginapan selesa dan moden, Kuala Selangor Mod Pod dengan kolam renang peribadi adalah pilihan yang tepat. Homestay ini menawarkan ruang yang luas dan kemudahan moden yang sempurna untuk aktiviti keluarga atau berkumpul dengan rakan-rakan. Kolam renang peribadi memberi privasi sepenuhnya, memastikan percutian anda lebih relaks dan menyeronokkan.
Apa yang best: Kolam renang peribadi yang eksklusif, ruang moden yang luas dan suasana yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan.
6. Padi Box, Sekinchan (Rating: 9.5/10) | Homestay Terbaik di Selangor

Padi Box merupakan homestay berkonsepkan kontena yang terletak di tengah-tengah kehijauan sawah padi Sekinchan. Dengan reka bentuk kontena berwarna-warni yang menarik, ia menawarkan pengalaman penginapan yang unik dan instagrammable. Homestay ini sesuai untuk pasangan, keluarga kecil, atau sesiapa sahaja yang ingin menikmati suasana desa dengan sentuhan moden.
Apa yang menarik:
Reka bentuk kontena yang kreatif: Bilik-bilik yang dihias dengan menarik dan moden, memberikan suasana yang selesa dan unik.
Pemandangan sawah padi yang menakjubkan: Setiap bilik menawarkan pemandangan indah sawah padi yang luas, memberikan ketenangan dan kedamaian kepada tetamu.
Tips Tambahan Untuk Percutian Lebih Selesa:
Untuk memastikan percutian anda ke homestay di Selangor berjalan lancar dan lebih selesa, jangan lupa bawa:
- Iron portable: Tidak semua homestay menyediakan seterika, jadi membawa iron portable sendiri sangat membantu terutama untuk anda yang mahu pakaian sentiasa kemas.
- Travel bag: Pilih beg yang ringan dan mudah dibawa, terutamanya jika anda bercadang untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
- Set toiletries: Walaupun kebanyakan homestay menyediakan sabun dan syampu asas, membawa set toiletries sendiri memastikan anda lebih selesa dan sesuai dengan keperluan peribadi anda.
- Power bank: Sangat penting terutama jika anda banyak bergambar, menggunakan GPS, atau berada di luar homestay dalam tempoh yang lama
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang “Homestay Terbaik di Selangor untuk Percutian Idaman 2025”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.