Artikel ini ditulis untuk membantu usahawan mendapatkan geran pemasaran digital untuk usahawan MARA.
Notis Penafian : Untuk maklumat lengkap dan terkini, hubungi Pejabat Mara Daerah berdekatan lokasi perniagaan tuan puan atau layari laman web MARA di pautan ini.
Ini adalah antara soalan yang sering ditanya oleh usahawan dan akan dikemaskini dari masa ke masa.
Ditulis pada Feb 2023
Apa beza geran dengan pembiayaan?
Geran biasanya ada bahagian yang ditaja oleh agensi dalam bentuk peratusan. Bagi tahun 2023, 10% ialah komiten yang perlu dibayar oleh usahawan manakala bakinya ditanggung oleh agensi. Pembiayaan pula ialah pinjaman dan ada peratusan cas setiap tahun. Jumlah yuran komitmen mungkin berubah dari semasa ke semasa.
Apa nama geran dari MARA ini?
Namanya ialah geran pendigitalan dan objektifnya ialah supaya usahawan dapat manfaat iaitu peningkatan pemasaran digital dalam perniagaan mereka. Sekaligus kalau boleh ada peningkatan jualan.
Perkhidmatan apa yang boleh saya dapatkan guna geran ini?
Sebarang perkhidmatan pemasaran digital. Namun bagi syarikat kami, servis yang diberikan ialah perkhidmatan membina laman web (korporat dan eCommerce), penulisan konten SEO (di laman web dan portal blogger) dan juga konten media sosial (FB, IG dan Tik Tok).
Apa syarat-syarat untuk dapat geran ini?
Syarat-syaratnya ialah perniagaan Bumiputera, mempunyai SSM dan lesen PBT serta penyata bank selama 3 bulan. Bagi syarikat Sdn Bhd, perlu ada akaun beraudit tahun sebelumnya.
Berapa jumlah geran ini?
Ianya bergantung kepada jenis servis yang diperlukan dan kelulusan MARA. Anggaran bermula RM6000 sehingga RM12000 (boleh jadi lebih rendah dan juga lebih tinggi – jumlah ini sekadar anggaran).
Bagaimana saya mahu mendapatkan geran pemasaran digital ini?
Boleh ke mana-mana Pejabat MARA Daerah berdekatan perniagaan tuan puan. Dapatkan borang dan hubungi pemudahcara berdaftar dengan MARA – bagi mendapatkan sebutharga.
Boleh isi borang disini untuk kami berikan borang permohonan beserta sebutharga untuk kerja-kerja pendigitalan yang tuan puan mahukan.
Siapa yang boleh beri perkhidmatan ini?
Biasanya hanya pemudahcara berdaftar dengan MARA.
Tonton video Coach Suraya Ali untuk panduan. Maklumat terkini dan terperinci hanya dari pihak MARA ya Tuan Puan. Ini sekadar perkongsian ringkas.
Apa servis pemasaran pendigitalan yang Lunaworks berikan?
Lunaworks menyediakan servis penyediaan laman web korporat, eCommerce dan konten SEO. Contoh penulisan di laman portal SupportLokal.my boleh dibaca di sini. Bagi usahawan makanan, kami mempunyai portal MakanLokal.com – klik untuk membaca contoh konten.
Portal untuk produk wanita ialah SisRasa.com – ini contoh tulisan.
Hubungi kami untuk kami aturkan sesi briefing tentang geran ini. Isi borang di sini.
Boleh saya tahu tarikh tutup geran ini?