Adakah blog masih relevan pada hari ini? Kehadiran blog pertama pada tahun 1994 telah membolehkan mana-mana pengguna Internet mencipta blog dengan cara yang lebih mudah, serta menjadikannya sangat popular.
Fenomena blogging ini mula dikaji selidik tentang kepentingan komuniti blog dan pengaruhnya terhadap pembaca. Terdapat pelbagai informasi disalurkan melalui blogging termasuklah kisah harian, hiburan, gosip artis, sehinggalah ke informasi bersifat ilmiah.
Apa yang pasti, blog sememangnya sebuah platform terbaik untuk usahawan yang ingin menjana aliran trafik, mewujudkan kredibiliti, membina kepercayaan dan rangkaian kepada pengguna di samping memacu jualan perniagaan.
Blog Pertama Di Dunia
Justin Hall merupakan seorang usahawan internet terkenal yang dikenali sebagai salah seorang blogger terawal di internet. Pada tahun 1994, ketika beliau masih pelajar di Kolej Swarthmore, beliau telah mencipta salah satu blog peribadi awal yang dikenali sebagai “Links.net”.
Blog beliau menjadi terkenal kerana kejujuran dan keterbukaannya, di mana Justin berkongsi butiran peribadi tentang kehidupannya yang luar biasa pada masa itu. Justin kekal sebagai tokoh berpengaruh dalam dunia teknologi dan internet, mengusahakan pelbagai projek yang berkaitan dengan media dalam talian, realiti maya dan rangkaian sosial.
Beliau juga diiktiraf atas sumbangannya dalam pembangunan blog dan media dalam talian. Sehingga kini, penggunaan blog menyumbang dalam pelbagai bidang, sama ada tujuan peribadi mahupun bisnes dan merupakan jawapan persoalan kepada ‘adakah blog masih relevan?’

Sebab-sebab Kenapa Blog Masih Relevan
1. Membina Audiens
Kandungan konten yang dihasilkan hendaklah menepati citarasa kebanyakan orang semasa awal penulisan blog. Pemilihan tajuk konten perlulah sentiasa relevan dengan minat. Ini membolehkan usahawan memperoleh lebih banyak prospek dan memupuk hubungan dengan audiens, yang membawa kepada jumlah kadar jualan yang lebih tinggi.
Jika blogger tidak pasti dengan jenis kandungan yang audiens mahukan, mulakan dengan bertanya terus kepada pelanggan sedia ada. Tinjauan dalam komuniti online atau melalui media sosial adalah langkah bernas untuk mengumpul maklumat berkenaan.
Ciri-ciri pemilihan tajuk:
- Spesifik pada satu-satu audiens,
- Topik tersebut mestilah tentang apa yang audiens mahukan,
- Topik tersebut harus relevan, fresh dan berkaitan dengan user experience.
2. Dominasi dalam Industri
Apabila menulis blog berkaitan jenama sendiri, penting untuk kita berkongsi artikel dan kandungan konten yang menarik mengikut niche perniagaan. Hal ini kerana, walaupun blog diyakini masih menguntungkan dengan masa dan sumber yang diperuntukkan, kuncinya ialah menulis kandungan yang bermanfaat dan berkualiti.
Berkongsi pengetahuan tentang topik tertentu akan membuatkan pengguna melihat usahawan sebagai contoh dominan dalam ‘niche marketing’ tanpa perlu berkongsi pencapaian peribadi atau kisah permulaan perniagaan. Dan seperti yang Cik Min nyatakan sebelum ini, usahawan perlu mengetahui minat dan kemahuan audiens untuk menghasilkan kandungan yang bermanfaat dan berkualiti.
3. Baik untuk SEO | Adakah Blog Masih Relevan?
Secara dasarnya, cara terbaik untuk mendapat kedudukan tinggi pada enjin carian adalah dengan mencipta dan menyusun kandungan berkualiti tinggi. Tetapi apakah kandungan yang mungkin dicari oleh pengguna dan bakal pelanggan? Jawapannya adalah keyword pilihan.
Proses pemilihan keyword dan juga melihat blog yang diterbitkan oleh pesaing terdekat, mungkin dapat memberi inspirasi yang relevan dan munasabah. Persoalan adakah blog masih relevan atau tidak ini bergantung kepada keyword yang jelas dan spesifik untuk dijadikan topik utama.
4. Mengenal pasti Keperluan Pelanggan
Walaupun penghasilan konten berkualiti penting, satu perkara yang sebenarnya blogger perlu titikberatkan adalah interaksi bersama pembaca. Inilah yang akan membolehkan usahawan mengenal pasti keperluan sebenar dan penyambung kepada usahawan dan pelanggan yang lebih efektif.
Oleh itu, blogger perlu memasukkan konteks seperti soalan-soalan dan maklum balas dari pengguna bagi meningkatkan jumlah penglibatan. Kongsi siaran ke seberapa banyak mungkin saluran platform berkaitan dan galakkan pembaca untuk berkongsi penulisan kita juga supaya dapat sampai ke lebih ramai audiens.
5. Meningkatkan Keterlihatan Jenama
Terdapat dua jenis strategi utama dalam pemasaran. Pertama, usaha-usaha dalam menerapkan nilai-nilai yang positif kepada pengguna terhadap jenama. Ini bertujuan untuk mempromosikan hal yang mendatangkan penerimaan baik terhadap jenama, dan membina kesedaran, kesetiaan dan nilai yang diperoleh.
Oleh itu, strategi penghasilan konten yang berjaya adalah melalui penggunaan blog, media sosial dan komuniti sebagai medium utama untuk mencapai matlamat perniagaan dan menjawab persoalan adakah blog masih lagi relevan pada hari ini.

Jadi, Adakah Blog Masih Relevan di Tahun 2023?
Pada pendapat Cik Min, ianya sangat-sangat relevan tetapi blogger perlu lebih proaktif dan kreatif dalam menghasilkan konten artikel yang menarik. Banyak syarikat yang menggunakan blog sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran mereka telah menampakkan hasil yang positif seperti peningkatan terhadap jenama, aliran trafik website dan jualan.
Apa yang paling penting adalah kualiti dalam penulisan yang ditulis secara jelas dan mengandungi maklumat dan fakta yang tepat. Pembahasan topik serta kualiti konten yang dihasilkan adalah penentu sama ada blog tersebut masih relevan atau pun tidak kepada pembaca.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Adakah Blog Masih Relevan?”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Maksudnya biz yg belom ada blog, tidak terlewat lagi ke nak berblog? Hihi
Masih belum terlewat Tuan/Puan.
Fuh, masih relevan makanya boleh sambung untuk bukak balik blog ini. Terima kasih 🙂