Buat anda yang masih mencari kedai jahit uniform Shah Alam, Cik Min ada jawapanya untuk anda semua. Kali ini di Support Lokal, Cik Min nak promote satu kedai jahit uniform Shah Alam yang menawarkan harga murah tetapi tetap berkualiti!
“Anda pernah dengar tentang Realtees?”
Perniagaan Realtees ini telah ditubuhkan pada 21 Julai 2008, dengan modus operandi yang hanya bermula dari rumah. Berbekalkan sebuah mesin heatpress dan sebuah mesin cutter, kedua-dua perlatan ini sahajalah yang mereka gunakan untuk proses jahitan dan percetakan di awal perniagaan
Dimiliki oleh Puan Nurul Janah bt Jaimian, kini Realtees berjaya meluaskan perniagaannya di Shah Alam, Selangor, dan menjadi salah satu kedai jahit uniform Shah Alam utama buat para pelanggan.
Info Realtees, Kedai Jahit Uniform Shah Alam
Realtees beroperasi di No. 9G, Jalan Pahat H15/H, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor dan merupakan satu-satunya cawangan di Shah Alam. Waktu perniagaan mereka bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat sahaja.
Terdapat pelbagai jenis servis yang disediakan oleh Realtees dan antaranya adalah:
- Penjahitan uniform: 2 hingga ke 3 minggu
- Penjahitan T-shirt: 1 hingga ke 7 hari
- Trofi: 3 hingga ke 7 hari
- Premium item(s): 5 hingga ke 7 hari
Buat para pelanggan yang bercadang membuat tempahan dalam kuantiti yang sedikit walaupun hanya sehelai, jangan risau ya! Kedai jahit uniform Shah Alam Realtees ini juga mengambil tempahan dalam kuantiti yang sedikit, tanpa sebarang limit order. Menarik kan?
Tambahan lagi, servis penjahitan atau sublimation yang disediakan oleh Realtees dalam menghasilkan T-Shirt atau uniform adalah bersesuaian untuk jenis-jenis pakaian seperti:
- Round Neck
- Retro Collar
- Collar
Apa Antara Pilihan Utama Pelanggan Realtees?
Di Realtees, terdapat beberapa ‘hot-selling items / services’ yang sering pelanggan cari. Mari Cik Min senaraikan di bawah!
1. Untuk tempahan baju, pelanggan lebih gemar menempah fabrik yang sejuk dan tidak cepat panas seperti cotton soft, viscose, dan denim.
2. Untuk proses sublimation, terutamanya bagi pelanggan wanita, mereka lebih sukakan fabrik yang tidak melekap pada badan dan yang memudahkan pergerakan.
Oleh itu, Realtees akan menyarankan fabrik jenis ‘eyelet’ bagi wanita yang ingin menempah baju beserta sublimation.
Selain daripada apron, sach dan mafla, kedai jahit Realtees juga menjahit uniform seperti baju korporat, jaket pekerja, dan juga vest seperti reporter vest dan vest penguatkuasa.
Pelanggan juga boleh memilih dari pelbagai pilihan fabrik dan bahan sama ada viscose, comb cotton, poly cotton, polysoft, polyester, cotton drill, TC drill, oxford dan juga denim mengikut pilihan masing-masing.
Untuk tempahan uniform, pelanggan mempunyai dua pilihan yang disediakan di Kedai Jahit Uniform Shah Alam Realtees.
- Baju readymade – pelanggan hanya memilih ukuran dan corak sedia ada dan menyulam logo pada baju.
- Baju custom (cut to measure) – dimana size pelanggan akan di ukur mengikut badan. Pelanggan boleh memilih warna, bentuk collar, jenis jahitan, bentuk jahitan cuff, labuh baju sama ada muslimah atau biasa bagi wanita.
Harga Servis di Kedai Jahit Uniform Shah Alam Realtees
Servis penjahitan dan sublimation adalah bergantung kepada pemilihan fabrik dan pakej yang diambil oleh para pelanggan. Di sini, Cik Min turut senaraikan harga bagi servis-servis tersebut:
- Uniform : RM65/pc – RM85/pc
- Jaket Custom RM85/pc – RM95/pc
- T-shirt: Bermula RM10 dan ke atas
- Sublimation: Serendah RM20 – RM40 dan ke atas
Setiap harga adalah tertakluk kepada kualiti dan fabrik yang dipersetujui. Jadi, pastikan anda mengambil perhatian sebelum membuat tempahan bersama Realtees nanti tau!
Berminat untuk Membuat Tempahan Printing dan Jahitan Bersama Kedai Jahit Uniform Shah Alam, Realtees?
Realtees menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan printing serta jahitan baju dan uniform, termasuklah penghasilan cenderahati untuk pelbagai acara dan perayaan. Buat anda yang tinggal di sekitar Selangor dan Shah Alam, Realtees sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.
Proses sulaman dan cetakan juga dihasilkan melalui mesin teknologi terkini dengan fabrik berkualiti tinggi daripada para pembekal Realtees. Jadi buat mereka yang ingin membuat tempahan bersama Realtees, anda boleh rujuk informasi di bawah seperti berikut:
- Shop: +03-5523 7758
- Mobile: +60 16-947 5420 (Nurul) / +60 10-451 7823 (Ziera) / +60 10-452 1543 (Rozzy)
- Email: realtees@gmail.com
Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Realtees seperti yang tertera.
Website | Facebook | Instagram
Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal kami di Support Lokal!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.
Ada ke kain watermark untuk apron..kalau ada berapa harga dia untuk buat apron watermark?