Jika anda peminat ayam goreng rangup yang penuh rasa, Ahmad Fried Chicken (AFC) adalah destinasi wajib anda cuba! Dikenali dengan rasa ayam goreng yang rangup di luar dan juicy di dalam, AFC bukan sekadar makanan segera biasa. Ia adalah simbol cita rasa rakyat Malaysia yang mengutamakan kelazatan, keikhlasan, dan kualiti.

Diasaskan pada 18 September 2020 di Cyberjaya, Ahmad’s Fried Chicken merupakan jenama milik penuh Muslim Bumiputera di bawah MAD BEAN HOLDINGS SDN. BHD. Kini, jenama ini sedang berkembang pesat ke seluruh pelosok Malaysia.

Latar Belakang Kisah Ahmad

Kisah ini bermula jauh lebih awal pada tahun 1991, ketika Ahmad berusia 8 tahun dan sangat menyukai ayam goreng. Ibunya sering menyediakan ayam goreng istimewa yang menjadi kegemarannya setiap hari. Namun, satu hari yang menyedihkan, ibunya telah pergi buat selama-lamanya. Sejak itu, hidup Ahmad berubah.

Rasa rindu terhadap masakan ibunya membuak-buak. Ahmad mencuba pelbagai resepi ayam goreng di luar, tetapi tiada satu pun yang dapat mengubat kerinduan itu. Dengan penuh tekad dan kasih sayang yang mendalam, Ahmad mula bereksperimen sendiri.

Hari demi hari, tahun demi tahun, Ahmad mencuba dan terus mencuba sehingga akhirnya dia berjaya menghasilkan ayam goreng yang rasanya sebijik seperti air tangan ibunya.

Alternatif Tempatan Berkualiti Global

Ahmad’s Fried Chicken hadir sebagai alternatif tempatan yang mengembalikan memori zaman Mekdi 1982, tetapi dengan jiwa Malaysia yang tersendiri. Dalam arus kempen global Boikot Produk Israel, Ahmad’s tampil sebagai pilihan yang bukan saja menyokong ekonomi umat Islam dan Bumiputera, malah menawarkan kualiti bertaraf antarabangsa tanpa kompromi.

Kenapa Rakyat Malaysia Memilih Ahmad’s Fried Chicken?

Rakyat Malaysia memilih Ahmad’s Fried Chicken kerana ia 100% halal dan dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Muslim Bumiputera, menjadikan setiap pembelian bukan sahaja sedap tetapi juga menyokong ekonomi umat Islam. Resepi ayam goreng yang digunakan pula adalah resepi asli yang penuh nostalgia, diinspirasikan daripada air tangan ibu Ahmad sendiri, menjadikan rasanya unik dan penuh emosi.

Selain itu, rakyat Malaysia turut menyokong Ahmad’s kerana ia merupakan produk tempatan yang berkualiti tinggi, setanding dengan jenama antarabangsa. Dalam suasana ramai yang merindui cita rasa Mekdi suatu ketika dahulu, Ahmad’s tampil sebagai alternatif yang setaraf bahkan lebih dekat di hati.

Kini, dengan cawangan yang sedang giat berkembang di seluruh Malaysia, Ahmad’s Fried Chicken semakin mudah diakses oleh semua pencinta ayam goreng.

Tempahan Mudah & Penghantaran Pantas

Ahmad Fried Chicken kini boleh didapati secara walk-in, pick-up, dan delivery melalui platform seperti GrabFood, FoodPanda dan ShopeeFood (bergantung kepada lokasi). Anda juga boleh membuat tempahan secara terus melalui WhatsApp untuk servis lebih cepat.

Cawagan Ahmad Fried Chicken:

Ahmad Fried Chicken
Sumber: Facebook

Lokasi Kiosk:

  1. Giant Senawang
  2. Mydin Subang Jaya
  3. Giant Nilai
  4. Taman Seroja, Salak Tinggi
  5. Lotus Peringgit, Melaka
  6. Brainy Bunch, Cyberjaya
  7. Lotus Ampang
  8. Lotus Semenyih
  9. Shell Danau Kota
  10. Eco Sikamat, Seremban
  11. Mydin Meru Raya, Ipoh
  12. (Berhadapan) Lotus Puncak Alam
  13. Amanjaya Mall, Sungai Petani
  14. Mydin Seksyen 18, Shah Alam
  15. Eco Ardence, Setia Alam
  16. Kamunting, Perak
  17. MSU, Shah Alam

Peluang Francais Ahmad Fried Chicken Kini Dibuka!

Ingin memiliki perniagaan makanan yang terbukti laris dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia?
Ahmad’s Fried Chicken kini membuka peluang francais kepada usahawan yang ingin menyertai industri F&B bersama jenama tempatan yang sedang berkembang pesat dan dipercayai ramai. Sokongan operasi dan latihan turut disediakan.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang “Ahmad Fried Chicken: Fast Food Lokal”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *