Acara pertahanan dan aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara kini kembali! Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) akan berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2025 di Langkawi, Kedah. LIMA 2025 bukan sekadar acara perdagangan, tetapi juga platform hiburan, pendidikan dan inovasi teknologi yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat – dari profesional industri hinggalah pengunjung awam dan seisi keluarga.

Edisi kali ini dijangka lebih meriah dengan pelbagai pertunjukan udara, pameran maritim, aktiviti interaktif dan peluang perniagaan. Jom kita semak segala maklumat penting berkaitan jadual acara, harga tiket, dan cara ke LIMA 2025!

LIMA Langkawi 2025

Tarikh & Lokasi Rasmi LIMA Langkawi 2025:

  • Tarikh Acara: 20 – 24 Mei 2025
  • Lokasi Utama: Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah
  • Lokasi Tambahan: Resorts World Langkawi & Langkawi Cruise Terminal

Lokasi utama acara ini ialah di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi. Beberapa lokasi tambahan turut terlibat, antaranya Resorts World Langkawi dan Langkawi Cruise Terminal, yang akan menampung pameran dan pertunjukan maritim.

Jadual Acara LIMA Langkawi 2025:

15–19 Mei 2025: Latihan & Rehearsal Airshow

Bagi penduduk tempatan atau pengunjung yang tiba lebih awal, sesi latihan pertunjukan udara akan berlangsung antara 15 hingga 19 Mei 2025. Ini merupakan waktu di mana pasukan aerobatik dari dalam dan luar negara menjalankan sesi persiapan sebelum persembahan sebenar.

20–22 Mei 2025: Hari Perdagangan (Trade Days)

Bermula 20 hingga 22 Mei 2025, LIMA akan dibuka kepada pelawat perdagangan sahaja. Tempoh ini dikhaskan untuk pemain industri, agensi kerajaan, pelabur serta syarikat berkaitan pertahanan dan teknologi. Aktiviti sepanjang hari perdagangan termasuk pameran teknologi, sesi perbincangan perniagaan (B2B), forum keselamatan, serta demonstrasi produk terkini dari pelbagai negara.

23–24 Mei 2025: Hari Terbuka Kepada Awam (Public Days)

Kemuncak acara akan berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2025 apabila LIMA dibuka kepada orang ramai. Sepanjang dua hari ini, pengunjung akan dapat menyaksikan pertunjukan udara yang mengagumkan oleh pasukan aerobatik antarabangsa, demonstrasi maritim di perairan Langkawi, serta pameran statik pesawat, kapal perang dan kenderaan pertahanan.

Tiket bagi hari terbuka kepada awam (23 dan 24 Mei) boleh dibeli secara dalam talian atau di lokasi acara. Bagi pembelian dalam talian, harga tiket untuk dewasa adalah RM35, manakala harga walk-in adalah RM45. Untuk pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun, harga tiket dalam talian ialah RM15 dan RM20 bagi pembelian di pintu masuk. Kanak-kanak bawah 13 tahun, warga emas dan individu berstatus OKU pula tidak dikenakan bayaran dan boleh masuk secara percuma.

Bagi pengunjung perdagangan, tiket bagi satu hari akses berharga RM165 jika dibeli secara dalam talian, dan RM190 bagi pembelian secara walk-in. Tiket untuk akses penuh tiga hari pula dijual pada harga RM375 secara dalam talian dan RM450 bagi walk-in. Semua tiket boleh dibeli melalui laman rasmi pendaftaran iaitu registration.lima2025.com.

Harga Tiket & Cara Pembelian LIMA Langkawi 2025:

Pengunjung Awam (23–24 Mei 2025)

KategoriHarga OnlineHarga Walk-In
Dewasa (19–59 tahun)RM35RM45
Pelajar (13–18 tahun)RM15RM20
Kanak-kanak (<13 tahun)PercumaPercuma
Warga Emas (≥60 tahun)PercumaPercuma
OKU (dengan kad OKU)PercumaPercuma

Pengunjung Perdagangan (20–22 Mei 2025)

Jenis AksesHarga OnlineHarga Walk-In
1 Hari AksesRM165RM190
3 Hari AksesRM375RM450

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila lawati laman web rasmi LIMA 2025 atau ikuti media sosial rasmi mereka:

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang “LIMA Langkawi 2025: Info Tiket, Jadual Acara & Aktiviti Menarik”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *