Trainer AI Terbaik Malaysia kini semakin dicari oleh ramai individu dan syarikat yang mahu menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI). Di era digital yang serba pantas ini, AI bukan lagi sekadar konsep futuristik; ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita, dari cadangan produk di Shopee hingga automasi kerja pejabat.

Namun, ramai yang masih ragu dan takut untuk mula belajar AI kerana nampak kompleks dan teknikal. Di sinilah peranan Puan Suraya Ali menjadi sangat relevan, kerana beliau membantu setiap individu memahami AI dengan cara yang mudah, praktikal, dan mesra pelajar.

Siapa Trainer AI Terbaik Malaysia: Coach Suraya Ali?

Trainer AI Terbaik Malaysia
Sumber: Coach Suraya Ali

Puan Suraya Ali adalah seorang pakar strategi pemasaran digital dan pengasas Lunaworks. Beliau mempunyai latar belakang dalam IT dari Multimedia University (MMU), yang menjadi asas kukuh dalam dunia teknologi dan AI.

Beliau juga adalah Master Trainer eUsahawan MDEC dan pakar SEO, yang banyak membantu usahawan tempatan untuk meningkatkan visibiliti perniagaan mereka di Google dan TikTok.

Sebelum fokus sepenuhnya pada latihan, beliau adalah seorang usahawan berjaya. Beliau merupakan pengasas Lunatots, jenama barangan bayi yang pernah mempunyai sembilan cawangan di seluruh Malaysia. Kini, beliau aktif berkongsi ilmu melalui buku, bengkel, dan seminar. Misinya adalah untuk memperkasa usahawan melalui teknologi dan data yang tepat.

Bukan itu sahaja, Puan Suraya Ali juga telah berjaya membangunkan sesbuah syarikat Digital Marketing yang dikenali sebagai Lunaworks. Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan dan peniaga tempatan dengan menyediakan perkhidmatan pemasaran digital.

Kepakaran Utama Coach Suraya Ali Sebagai Trainer AI Terbaik Malaysia.

Coach Suraya Ali memang pakar gabungkan ilmu teknikal IT dengan strategi pemasaran yang praktikal, sesuai sangat untuk usahawan yang nak bisnes mereka naik level. Kalau nak senang faham, ini antara kepakaran utama beliau:

  • SEO (Search Engine Optimization) – Pastikan bisnes anda mudah dijumpai di Google. Bukan sekadar ada website, tapi orang cari produk atau servis anda memang jumpa.
  • Pemasaran TikTok – Fokus pada konten kreatif dan optimum algoritma supaya video bisnes lebih cepat viral dan tarik pelanggan.
  • Transformasi Digital – Sebagai Master Trainer eUsahawan MDEC, beliau pandai bimbing usahawan buat transformasi digital secara menyeluruh.
  • Penggunaan AI dalam Bisnes – Automasi, analisis pintar, dan buat bisnes lebih efisien.
  • Pengurusan Data Jualan – Bantu usahawan ambil keputusan bisnes lebih tepat berdasarkan data.
  • Pembinaan Jenama Digital – Membangunkan identiti bisnes yang kukuh melalui agensi beliau, Lunaworks.

Ringkasnya, Coach Suraya Ali bukan saja mengajar teori, tapi tunjuk cara praktikal yang boleh terus digunakan untuk kembangkan bisnes di era digital.

Pengalaman Beliau Sebagai Coach.

Dalam lima tahun kebelakangan ini, Coach Suraya Ali banyak membantu generasi usahawan muda melalui penglibatan beliau dalam Program VEST (Varsity Entrepreneurship Skills & Talent) anjuran KPDN. Beliau membimbing mahasiswa dari pelbagai universiti untuk menukar idea kreatif mereka menjadi model perniagaan yang realistik, mampan, dan berdaya saing.

Pada tahun 2018 lalu, kepakaran beliau diiktiraf apabila dilantik sebagai Business Coach untuk Program CEO Desa, di mana beliau membimbing usahawan luar bandar. Dalam program ini, beliau bantu peserta mengembangkan produk mereka ke pasaran digital yang lebih luas, sambil menggunakan strategi pemasaran moden dan pendekatan pengurusan bisnes yang sistematik

Tidak berhenti di situ, pada 2020 Puan Suraya juga menjadi Coach TikTok Malaysia di SIRIM Berhad, fokus pada penciptaan kandungan digital. Selain itu, beliau juga berperanan sebagai Online Marketing Coach untuk Program DSBA (Digitalization of Small Business) bersama MDEC, membantu usahawan kecil digitalkan operasi perniagaan mereka.

Dengan pelbagai pengalaman ini, Puan Suraya Ali dikenali sebagai seorang trainer AI terbaik Malaysia yang bukan sahaja berpengetahuan luas, tetapi juga praktikal dan mudah difahami – sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengembangkan bisnes dan kemahiran digital mereka.

Pengalaman Beliau Sebagai Trainer AI Terbaik Malaysia

Trainer AI Terbaik Malaysia
Sumber: Trainer untuk MDEC eUsahawan

Sebagai seorang trainer AI terbaik Malaysia, Puan Suraya Ali atau lebih dikenali sebagai Cik Sue mempunyai kredibiliti yang sangat kukuh dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam dunia pemasaran digital. Sejak 2016, beliau merupakan Master Trainer eUsahawan MDEC dan telah melatih ribuan usahawan melalui pelbagai agensi seperti MARA, SME Corp dan SME Bank.

Kepakaran utama Cik Sue tertumpu pada strategi SEO, penulisan copywriting yang menjual, serta pemasaran TikTok yang praktikal dan mudah diaplikasikan. Kejayaan beliau turut dibuktikan melalui pencapaian cemerlang apabila memenangi Anugerah Top Trainer (Highest Reported Sales) pada tahun 2021 dan 2022, hasil keberkesanan modul latihan yang dikongsikan kepada komuniti perniagaan di Malaysia melalui platform SurayaAli.com.

Pengalaman Beliau Sebagai Konsultan.

Puan Suraya Ali dikenali sebagai seorang konsultan pertumbuhan digital yang banyak membantu organisasi dan perniagaan menyusun strategi supaya selari dengan perkembangan teknologi semasa. Dengan pengalaman luas dalam dunia pemasaran digital, beliau bukan sekadar memberi cadangan, tetapi membimbing klien memahami apa yang perlu dibuat dan kenapa ia penting untuk pertumbuhan jangka panjang.

Beliau pernah berkhidmat sebagai konsultan SEO untuk Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (KKM), selain menjadi penasihat strategik kepada syarikat korporat seperti Olive House dan perniagaan PKS seperti Flexis Print. Pengalaman merentasi sektor kerajaan, korporat dan usahawan kecil ini memberi beliau perspektif menyeluruh tentang cabaran sebenar dunia bisnes digital.

Melalui agensi beliau, Lunaworks, Puan Suraya Ali menawarkan perkhidmatan konsultansi premium yang memfokuskan kepada pengoptimuman enjin carian (SEO), pembangunan sistem e-dagang, serta strategi pemasaran kandungan berasaskan data. Pendekatan ini membantu bisnes bukan sahaja kelihatan di dunia digital, malah berkembang dengan lebih tersusun, berfokus dan mampan.

Anugerah Yang Pernah Dicapai oleh Trainer AI Terbaik Malaysia.

1. Top 30 Women Entrepreneurship (2012).

Trainer AI Terbaik Malaysia
Sumber: Top 30 Women Entrepreneurship

Beliau tersenarai dalam Top 30 Women Entrepreneurship di bawah kategori Business, Success and Equality South East Asia oleh SME Magazine. Pengiktirafan ini meletakkan beliau sebagai antara wanita usahawan yang berjaya dan berpengaruh di peringkat serantau.

2. Best Presenter for SME@UiTM Programme (2016).

Anugerah ini mengiktiraf melalui kebolehan dan kepakaran beliau dalam menyampaikan ilmu perniagaan dan pemasaran digital dengan jelas, tersusun, dan mudah diaplikasikan oleh peserta.

3. Most Popular Trainer AI Terbaik Malaysia Social Media (2018).

Beliau juga pernah menerima anugerah tersebut melalui undian populariti oleh MDEC. Pengiktirafan ini menunjukkan pendekatan beliau yang santai, mudah difahami, dan relevan untuk usahawan menembusi pasaran digital.

4. Top Trainer MDEC (2020)

Puan Suraya Ali diiktiraf sebagai Top Trainer MDEC selepas berjaya melatih hampir 800 usahawan dalam tempoh dua bulan. Keupayaan beliau menyesuaikan latihan digital menunjukkan peranannya membantu usahawan berkembang.

5. Top Trainer with the Highest Number of Reported Sales oleh MDEC (2021 & 2022).

Sumber: TikTok Coach Suraya Ali

Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan kejayaan usahawan yang dibimbing mencapai prestasi jualan tertinggi. Hal ini membuktikan bahawa modul latihan Puan Suraya Ali bukan sekadar teori, tetapi benar-benar berkesan dalam dunia bisnes sebenar.

Kesimpulan

Trainer AI Terbaik Malaysia, Puan Suraya Ali membantu anda kuasai AI dan pemasaran digital secara praktikal untuk kejayaan bisnes. Jangan tunggu lagi — mula sekarang dan lihat bagaimana teknologi bantu anda berjaya!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang “Trainer AI Terbaik Malaysia: Coach Suraya Ali”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *