Teringin nak mencuba aktiviti memanah tetapi belum jumpa busur dan anak panah buatan tangan Malaysia yang berkualiti? Jangan risau, Cik Min ada berita baik untuk anda!

Yusuf Bow & Arrows (YBA) adalah pilihan terbaik untuk anda yang mencari busur dan anak panah buatan tangan dari Malaysia. Dengan kepakaran pembuat busur dan tukang kayu tempatan, YBA menawarkan produk eksklusif yang pasti memenuhi keperluan para pemanah.

Cerita Yusuf Bow & Arrows

Yusuf Bow & Arrows (YBA) adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, khususnya di bawah Cawangan Kraftangan Negeri Perak.

anak panah malaysia
Sumber: yusufbowandarrows.com

Misi utama mereka adalah untuk menghidupkan dan mempromosikan sukan memanah yang merupakan salah satu sunnah Rasullullah s.a.w.

Keunikan Produk Anak Panah Malaysia

Produk Yusuf Bow & Arrows adalah hasil tangan tukang kayu dan pembuat busur yang masih mengekalkan kaedah pembuatan tradisional. Setiap busur dan anak panah dibuat dengan penuh ketelitian, menjadikan setiap produk mereka unik dan eksklusif dari Malaysia.

Keunikan yang paling menonjol tentang Yusuf Bow & Arrows adalah mereka turut menyediakan video tutorial memanah.

Daripada cara memasang tali pada busur sehingga kepada tips untuk kedudukan badan yang betul semasa memanah, YBA memberikan panduan yang sangat berguna kepada pemanah melalui media sosial mereka seperti Facebook dan TikTok.

Kenapa Anda Perlu Pilih Yusuf Bow & Arrows

  1. Produk Eksklusif Buatan Tangan:
    Setiap busur dan anak panah dihasilkan secara manual oleh tukang kayu tempatan yang berpengalaman, menjadikan setiap produk unik dan berkualiti tinggi.
  2. Tutorial dan Panduan Memanah:
    YBA menawarkan video tutorial percuma yang sangat membantu untuk pemanah baru dan berpengalaman, membuktikan komitmen mereka dalam mempromosikan sukan memanah.
  3. Pelbagai Set Memanah untuk Semua:
    YBA menyediakan set busur dan anak panah yang direka khas untuk wanita, remaja, dan kanak-kanak. Dengan variasi ini, semua orang boleh menikmati masa berkualiti bersama keluarga melalui aktiviti memanah.
anak panah malaysia
Sumber: yusufbowandarrows.com

Sekiranya anda berminat untuk membeli busur dan anak panah Malaysia buatan tangan dari Yusuf Bow & Arrows, boleh klik link Shopee Cik Min di sini: https://s.shopee.com.my/40MYO6MEdm

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min untuk kali ini. Semoga artikel kali ini membantu anda semua membuat pilihan yang terbaik untuk keperluan pengangkutan anda. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *