Kat mana nak tahu tentang Kelas Online Marketing Percuma 2023 ya? Bagi usahawan yang mahu menambahkan jualan dengan cara membuat promosi secara online, boleh pergi ke mana-mana agensi kerajaan. Atau ke laman web seperti MARA, INSKEN, MDEC, TEKUN serta banyak lagi yang mempunyai kursus yang sudahpun diaturkan tarikhnya.

Kelas Online Marketing Percuma bersama Coach Suraya Ali (Cik Sue)

Pada tahun ini, Coach Suraya Ali ada kelas asas pemasaran digital untuk para usahawan. Berita baiknya – ianya percuma. Berita kurang baik pula – tempatnya terhad kepada beberapa orang usahawan sahaja. Jadi sebaik sahaja Tuan Puan membaca artikel ini, boleh terus klik daftar kelas online marketing percuma di pautan ini.

Siapa Coach Suraya Ali?

Coach Suraya Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Sue merupakan salah seorang daripada jurulatih pemasaran digital di Malaysia. Cik Min pernah tulis tentang beliau sebelum ini di artikel ini. Berkelulusan ijazah daripada Universiti Multimedia dalam bidang Teknologi Maklumat, beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai IT di syarikat swasta. Selepas 4 tahun beliau memulakan perniagaan retail barangan bayi ‘Lunatots’.
Bermula sejak 2012 sehingga hari ini beliau aktif sebagai jurulatih pemasaran digital yang melatih usahawan di Malaysia menggunakan platform pemasaran digital untuk mempromosikan perniagaan. Kepakaran beliau adalah dalam bidang konten, blogging (laman web) dan SEO (optimasi kata kunci).

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran dalam Diploma Digital Enterpreneurship dari LRN UK dan sijil professional dari Digital Marketing Institute, Ireland. Beliau juga merupakan salah seorang Facebook Lead Trainer mewakili Malaysia.
Profil FB beliau boleh dilihat di sini.
Profil Linked in Coach Suraya Ali di sini.

Kelas Online Marketing Percuma

Siapakah yang Layak Menyertai Kelas Percuma Online Marketing ini?

Syarat-syarat menyertai kelas online marketing 2023 ini ialah:

  • Berusia di atas 18 tahun
  • Rakyat Malaysia
  • Sudah mula berniaga
  • Jika mempunyai produk atau bisnes (SSM) lebih baik
  • Komitmen hadir 1 hari kelas online (di Zoom)
  • Perlu melaporkan jualan selama 6 bulan selepas habis kelas (untuk tujuan tracking improvement selepas kelas)
  • Jika terpilih, komiten mentoring 1 jam setiap bulan selama 3 bulan

Untuk mendaftar kelas ini, klik pada pautan ini.

Tuan Puan akan di bawa ke grup Whatsapp lepas mengisi borang. Tarikh kelas terhampir akan dimaklumkan di dalam grup ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *