Adakah anda ingin tahu tentang Kempen hashtag JomSapot Belilokal? Kempen ini adalah kerjasama di antara Star Media Group Berhad dan RHB Bank Berhad dan kini kembali untuk siri keduanya.

Kempen ini menggunakan platform atas talian untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam meningkatkan kesedaran jenama serta jualan. Hari ini, mari ikuti Cik Min untuk ketahui lebih lanjut mengenai kempen ini.

Membantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) | Kempen Hashtag JomSapot Belilokal

Kempen hashtag JomSapot Belilokal
photo credit: pubiperak.com

Di bawah Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), definisi bagi PKS adalah merupakan satu entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan-badan yang sama taraf dengannya seperti badan professional atau pejabat daerah di Malaysia Timur.

Akibat pandemik Covid-19, banyak perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) telah terjejas.

Bagi membawa harapan dan kepositifan kepada perniagaan tempatan, Star Media Group Berhad dan RHB Bank Berhad telah berganding bahu dalam usaha sama untuk memainkan peranan mereka dalam membantu negara pulih dan berkembang maju.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Star Media Group, Lydia Wang, apabila mereka memulakan kempen ini pada tahun lepas, ia adalah untuk memberi PKS peluang selepas pandemik dan membantu ekonomi pulih dan berkembang maju.

Lydia Wang seterusnya berkata, “PKS adalah tulang belakang ekonomi, dan kami meneruskan usaha ini, bekerjasama dengan rakan kongsi seperti RHB untuk membantu perniagaan ini kembali berdiri.”

Menurut beliau lagi, salah satu cabaran paling sukar bagi PKS ialah pemasaran, terutamanya dari segi kos dan keberkesanan.

Sazzy Falak, Duta Kempen #JomSapot Belilokal 2.0 | Kempen hashtag JomSapot Belilokal

Kempen hashtag JomSapot Belilokal
photo credit: The Star

Tahun ini, kempen ini kembali dengan kempen yang lebih menarik. Hal ini kerana, pelakon, pengacara TV dan usahawan selebriti, Sazzy Falak (tengah) akan berkhidmat sebagai duta jenama untuk kempen ini.

Penggunaan Teknologi AI

Kempen hashtag JomSapot Belilokal
photo credit: mubi.com

Apabila PKS menyertai kempen ini, mereka akan menerima product listings secara percuma di #JomSapot RHB dan BeliLokal SMG selama enam bulan serta komunikasi pemasaran lain.

Pemasaran ini akan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna tanpa sebarang kos tambahan. Ini bermakna, perkhidmatan PKS akan diterbitkan secara digital, dicetak dan disiarkan melalui radio untuk menjangkau khalayak yang lebih luas.

Dengan hanya mendaftarkan butiran mereka di laman web #JomSapot RHB (rhbjomsapot.my), PKS boleh mendapatkan iklan video percuma yang disesuaikan dengan jenama, produk dan perkhidmatan mereka.

Teknologi AI akan digunakan dalam perisian pengecaman suara dan wajah untuk mencipta semula corak wajah dan suara Sazzy Falak agar sesuai dengan butiran yang disediakan PKS.

Menurut Lydia Wang, “Dengan bekerjasama dengan Sazzy Falak, kempen ini meningkatkan reputasi jenama mereka dengan ‘kuasa bintang’ – memberikan daya tarikan kepada jenama dan membantu mereka memperoleh daya saing di pasaran,”.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Kempen hashtag JomSapot Belilokal”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *