Makanan lokal viral di TikTok memang selalu jadi perhatian sebab keunikan rasa, tekstur menarik, dan cara penyediaannya yang kreatif. TikTok bukan sekadar platform hiburan, tapi juga tempat terbaik untuk jumpa makanan unik yang tengah trending! Ramai orang suka kongsi pengalaman mencuba makanan viral ni, ada yang buat review jujur, tunjuk reaksi spontan, atau kongsi resipi DIY.

Makanan-makanan ni cepat jadi viral sebab rasanya yang sedap, visual yang menggoda, dan yang paling penting, senang nak dapat! Ditambah pula dengan faktor ‘FOMO’ (fear of missing out), ramai yang tak nak ketinggalan untuk cuba sendiri dan tunjuk dekat media sosial.

Kalau satu makanan tu dapat banyak tontonan dan review positif, confirm permintaan naik mendadak, terus jadi kegilaan ramai. Jom Cik Min share antara makanan lokal viral di TikTok dan wajib korang cuba!

Senarai Makanan Lokal Viral di TikTok

1. Kambing Perap Pak Mat Western

Makanan Lokal Viral
Sumber Gambar: Agro Bazar

Kambing Perap Pak Mat Western merupakan sebuah jenama yang menjadi viral di Malaysia, terutama dalam kalangan peminat makanan tempatan. Ia terkenal dengan hidangan kambing yang diperap dengan rempah yang penuh rasa dan disajikan dalam pelbagai cara menarik.

Keunikan utama kambing perap Pak Mat Western terletak pada rasa yang cukup kaya dan bervariasi, berbeza daripada kambing biasa yang sering dimasak dengan cara tradisional. Setiap potongan kambing perap ini diperap dengan bahan rempah khas yang memberikan rasa sedap dan berbeza.

Salah satu faktor utama kenapa mereka viral ialah kerana kerjasama yang mereka jalankan dengan artis-artis terkenal. Kolaborasi ini memberi kesan positif dalam menarik perhatian pengikut serta peminat, menambah lagi keberkesanan pemasaran melalui media sosial.

Pak Mat Western juga aktif dalam mencipta kandungan yang menarik, dengan pendekatan pemasaran yang berfokuskan cerita atau storytelling menjadikan jenama ini lebih dekat dengan pelanggan, memberi mereka rasa eksklusif dan kelainan berbanding dengan jenama makanan lain.

2. Kek Tapak Kuda | Makanan Lokal Viral di TikTok

Makanan Lokal Viral
Sumber Gambar: Agro Bazar

Kek Tapak Kuda ni asalnya dari Brunei, tapi sekarang menjadi makanan lokal viral di Malaysia! Apa yang buatkan dia special adalah teksturnya yang lembut dan inti yang penuh dengan rasa, ada yang suka letak Nutella, ada yang suka dengan krim keju. Bentuk kek ni pula unik sebab macam tapak kuda, tu yang orang selalu teruja nak cuba. Sesuai sangat jadi snek masa santai atau pencuci mulut lepas makan berat.

Selain rasanya yang sedap, bentuk yang comel tu pun buatkan kek tapak kuda ni popular dalam kalangan orang yang suka benda-benda unik. Kalau korang nak rasa manis-manis yang tak terlalu heavy, kek tapak kuda ni memang pilihan terbaik!

Ditambah pula dengan topping yang boleh dipilih mengikut citarasa, kek tapak kuda ni jadi pilihan ramai untuk dijadikan hadiah atau sebagai kudapan untuk majlis kecil. Kombinasi rasa manis dan tekstur yang lembut tu memang berjaya tarik perhatian ramai, dan buatkan orang tak sabar nak cuba setiap kali ada versi baru atau promosi menarik!

3. Kek Kunafa | Makanan Lokal Viral di TikTok

Makanan Lokal Viral
Sumber Gambar: Instagram

Kek Kunafa ni memang trending sekarang! Asalnya dari Timur Tengah, lebih tepat lagi dari negara-negara seperti Lebanon, Syria, dan Turki. Kunafa ni terkenal dengan gabungan rasa yang unik, rangup di luar dan lembut di dalam, dan biasanya dihidangkan dengan sirap manis yang melimpah, serta keju yang leleh atau krim kastard yang kaya.

Kek kunafa ini mengadaptasi desert klasik kunafa dalam bentuk kek yang lebih mudah dimakan dan lebih praktikal. Lapisan luar yang rangup tu diperbuat daripada bahan seperti phyllo pastry, sementara bahagian dalamnya dipenuhi dengan keju mozzarella yang leleh atau kastard yang lembut. Bila digandingkan dengan sirap manis, rasa yang terhasil memang memikat hati sesiapa saja yang cuba.

Ia viral sebab ia menggabungkan elemen dessert tradisional yang familiar dengan twist moden yang lebih mudah dinikmati. Ditambah lagi ramai foodies dan influencer yang mula berkongsi pengalaman mereka mencuba kek ini. Selain itu, banyak kedai atau bakeri yang mula menawarkan kek Kunafa dalam variasi topping dan perisa, membuatkan ia semakin popular.

4. Coklat Kunafa

Sumber Gambar: Midulce

Lepas viral dengan kek Kunafa, kini, coklat kunafa pula atau dikenali dengan ‘coklat dubai’ yang tengah mencuri perhatian. Ini memang satu lagi inovasi yang menarik sebab ia menggabungkan dua elemen kegemaran ramai. Dengan lapisan coklat berada di luar, sementara dalamnya berisi kunafa. Gabungan yang unik antara rangup dan lembut.

Lapisan coklat di luar ni memberikan rasa manis dan sedikit pahit yang sempurna, sementara isi dalamnya tetap mempertahankan tekstur kunafa yang lembut dan penuh dengan rasa. Bila digigit, kombinasi rangup dan leleh coklat tu memang mengasyikkan!

Keistimewaan Coklat Dubai ni juga terletak pada kualiti bahan-bahannya, seperti coklat premium yang digunakan. Terdapat variasi coklat seperti white chocolate, dark chocolate, dan juga pistachio chocolate yang memberi pilihan. Ditambah lagi dengan sentuhan sirap manis dan kadang-kadang dihias dengan kekacang atau topping lain, memberi satu pengalaman rasa yang mewah.

Namun, dengan keunikan dan bahan premium yang digunakan, harga Coklat Dubai ni agak tinggi berbanding dessert biasa. Selain itu, popularitinya juga didorong oleh faktor pemasaran yang hebat, dan ramai yang sanggup membayar lebih untuk menikmati makanan lokal viral yang mewah ni. Jadi, walaupun harga agak tinggi, pengalaman dan rasa yang ditawarkan memang berbaloi!

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Makanan Lokal Viral di Tiktok’. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *