Anda sedang mencari tips untuk melancong murah di Malaysia? Nikmati pengalaman tanpa berbelanja besar? Di sini Cik Min nak kongsikan beberapa tips mudah dan praktikal untuk membantu anda melancong murah di Malaysia, sambil memastikan pengalaman anda tetap penuh kenangan manis.

Malaysia adalah destinasi pelancongan yang paling sesuai jika anda ingin menikmati keindahan alam semula jadi dengan budaya yang pelbagai dan juga makanan tradisional yang lazat. Namun, ramai beranggapan melancong memerlukan bajet besar. Hakikatnya, dengan perancangan yang bijak, anda boleh menikmati percutian yang menyeronokkan tanpa membebankan poket.

Tips Melancong Murah Di Malaysia

1. Rancang Perjalanan Lebih Awal

Jika anda nak jimat semasa melancong, perkara paling penting ialah buat tempahan awal. Lagi awal anda tempah tiket pengangkutan atau hotel, lagi besar peluang nak dapat harga murah gila. Kadang-kadang ada promosi yang berbaloi, contohnya tiket bas atau flight. Jangan tunggu last minute sebab harga biasanya melambung tinggi, tambahan pula jika masa cuti sekolah atau cuti umum.

Selain tu, cuba elak bercuti masa musim puncak. Contohnya, pada musim raya, Tahun Baru Cina, atau cuti sekolah, semua harga boleh naik mendadak. Dari tiket bas sampailah hotel bajet. Jika boleh, pilih tarikh hari bekerja atau hujung minggu biasa. Suasana pun lebih tenang, tak sesak sangat. Bonusnya? Anda boleh betul-betul enjoy percutian anda tanpa berebut dengan ramai orang.

2. Pilih Destinasi Bajet

Kalau nak melancong murah di Malaysia, pilih je destinasi bajet yang memang terkenal dengan tarikan murah dan makanan sedap. Contohnya, Langkawi dengan pantainya yang cantik, Pulau Pangkor yang santai, atau Kota Bharu yang syurga makanan tradisional. Semua tempat ni banyak aktiviti best yang tak perlukan duit banyak.

Anda juga boleh jalan-jalan di pantai, melawat pasar malam, atau bergambar kat tempat-tempat menarik yang percuma. Bonus lagi, nikmati makanan dengan harga yang murah, jadi tak payah risau berbelanja lebih!

Kalau anda plan ke Kuala Lumpur pula, jangan lupa manfaatkan GoKL City Bus. Bas ni percuma dan lalu banyak tempat menarik seperti KLCC, Bukit Bintang, dan Pasar Seni. Memang sesuai kalau nak jalan-jalan sekitar bandar tanpa keluarkan duit lebih. Jadi, pilih destinasi dengan bijak, dan anda tetap boleh enjoy bercuti tanpa perlu belanja besar!

3. Gunakan Pengangkutan Awam

Tips lain untuk melancong murah di Malaysia, anda boleh gunakan bas, LRT, MRT, atau ETS. Pengangkutan awam kat Malaysia ni bukan je murah, tapi mudah dan selesa. Jika anda risau kepanasan semasa menaiki pengangkutan awam, jangan lupa bawa kipas tangan sebagai langkah persediaan.

Contohnya, ETS memang best kalau nak travel antara negeri sebab ia cepat, tak serabut, dan harga pun berpatutan. Manakala dalam bandar macam KL pula, LRT atau MRT memang pilihan ideal, tak payah risau pasal jem. Bas pun banyak pilihan dan boleh jimat kos kalau nak ke destinasi tertentu.

Bila sampai tempat kecil macam Pulau Perhentian atau Melaka, sewa je motosikal atau basikal. Lagi senang nak pusing kawasan dan tak mahal. Dengan motosikal, anda boleh singgah mana-mana tempat yang anda suka, nak jalan jauh pun tak ada hal.

Di Melaka, jalan dengan basikal pun dah cukup best sebab banyak tempat berdekatan. Jimat duit, senang bergerak, dan boleh enjoy pemandangan dengan lebih santai!

4. Cari Penginapan Bajet | Melancong Murah Di Malaysia

Bila cari tempat nak stay, pilih je homestay, hostel, atau capsule hotel. Banyak pilihan bajet yang selesa di aplikasi Agoda, Airbnb, atau Booking.com. Anda boleh tengok review dulu sebelum membuat tempahan, jadi confirm tak terkena tempat tak best. Lagi best, homestay ada vibe macam rumah sendiri, siap dengan ruang tamu dan dapur kecil. Kalau hostel pula, bolehlah jumpa traveler lain, kongsi cerita sambil berjimat.

Kalau nak melancong murah di Malaysia, cari penginapan yang ada dapur. Anda boleh masak sendiri makanan simple macam maggi, sandwich, atau nasi goreng. Anda tak perlu tiap kali keluar makan kat kedai, jadi duit makan pun boleh save.

5. Fokus Aktiviti Percuma

Kalau nak jimat masa travel, fokus je pada aktiviti percuma yang tak kurang bestnya. Contohnya, jalan-jalan kat pantai sambil tengok sunset, memang percuma tapi pengalaman dia priceless. Anda juga boleh pergi ke taman negara untuk menikmati keindahan alam sambil buat aktiviti seperti hiking.

Kalau kat bandar, anda boleh pergi ke muzium percuma atau festival tempatan. Selain dapat belajar budaya tempat tu, dan anda tak perlu keluarkan duit yang banyak.

Aktiviti seperti snorkeling kat pulau atau hiking kat bukit pun selalunya murah atau percuma. Kalau ada snorkeling gear sendiri, lagi jimat sebab tak payah sewa. Hiking pula cuma perlukan kasut yang selesa dan tenaga.

Anda boleh enjoy pemandangan cantik, udara segar, dan rasa puas bila sampai puncaksemua tu tanpa kos besar. Jadi, jangan pandang rendah aktiviti percuma ni, sebab kadang-kadang itulah yang paling memorable!

6. Bawa Bekalan Sendiri | Melancong Murah Di Malaysia

Bila melancong murah di Malaysia, benda simple macam bawa botol air sendiri boleh jimat banyak. Cari tempat yang ada water dispenser atau paip air bersih untuk isi semula. Jadi tak perlu lagi membeli air mineral yang boleh makan belanja. Selain tu, bawa set toiletries sendiri dapat membuat anda jimat banyak apabila bercuti. Ini kerana, anda tidak perlu beli alatan mandi yang banyak hanya untuk bercuti beberapa hari.

Jangan lupa bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca. Kalau tempat sejuk, standby sweater atau jacket, kalau pantai, bawalah topi dan pakaian ringan. Lagi penting, siapkan apa yang perlu sebelum keluar rumah supaya tak perlu beli last minute yang memang selalu mahal dan kadang tak jumpa apa yang anda perlukan.

Untuk memudahkan anda waktu berjalan, anda boleh membawa beg galas travel untuk mengelakkan anda memegang barang terlalu banyak yang menyebabkan barang tercicir. Persediaan kecil macam ni nampak remeh, tapi boleh bantu anda elak belanja extra masa bercuti!

7. Berkongsi Kos

Kalau anda travel dengan rakan atau keluarga, satu cara paling senang nak jimat ialah kongsi kos. Sebagai contoh, sewa kereta untuk jalan-jalan, bila bahagi duit minyak dan tol, semestinya lagi murah daripada naik pengangkutan awam sorang-sorang. Sama juga dengan penginapan, pilih homestay atau bilik yang boleh muat ramai, dan kosnya pasti lebih rendah bila dikongsi.

Bukan setakat pengangkutan dan tempat tidur, makanan pun boleh share. Order beberapa lauk dan makan secara kongsi ramai-ramai, lebih jimat daripada semua orang beli makanan asing-asing. Selain dapat berjimat, travel secara berkumpulan ni pun lebih seronok sebab boleh buat aktiviti bersama-sama. Lagi ramai, lagi meriah, dan lagi murah!

Melancong dengan bajet rendah bukanlah sesuatu yang mustahil, malah ia boleh jadi lebih menyeronokkan jika dirancang dengan bijak. Dengan memilih destinasi yang tepat, menggunakan pengangkutan awam, dan fokus pada aktiviti percuma, anda tetap boleh menikmati pengalaman yang bermakna tanpa perlu membebankan poket.

Jadi, jangan biarkan bajet menjadi penghalang—mulakan perancangan anda sekarang dan nikmati keindahan Malaysia sambil berjimat!

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Melancong Murah Di Malaysia”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *