Teringin nak cuba aktiviti scuba diving tapi tiada pengetahuan tentang diving? Jangan risau, Scubatex Pro menyediakan open water diving course di Selangor kepada bakal divers semua. Penyertaan adalah terbuka kepada semua golongan yang ingin melakukan aktiviti scuba diving.
Untuk pengetahuan semua, open water diving course Selangor merupakan satu langkah permulaan yang wajib anda belajar sebelum menyelam secara real di dalam laut. Kursus ini penting untuk mendapatkan ilmu-ilmu dan meyakinkan diri sebelum melakukan aktiviti scuba diving.
Scubatex Pro merupakan salah sebuah syarikat yang menawarkan kursus latihan scuba diving untuk membantu dan mengajar bakal divers sehingga yakin untuk melakukan scuba diving.
Cik Min yakin, jika anda semua menyertai open water diving course ini, anda tidak akan rugi kerana anda dapat menghilangkan ketakutan dalam air dan dapat menerokai pengalaman baharu.
Video di bawah menunjukkan kursus latihan scuba diving yang dianjurkan oleh Scubatex Pro.
Siapa yang Boleh Sertai Open Water Diving Course ini?
Banyak pertanyaan yang bermain dalam fikiran anda semua, kan? Baik, Cik Min akan jelaskan kepada anda semua tentang pertanyaan-pertanyaan tersebut. Secara amnya, Scubatex Pro mengadakan kelas diving secara terbuka kepada semua golongan lelaki dan wanita.
Info-info yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menyertai Open Water Diving Course
- Had umur minimum 10 tahun (dengan kebenaran ibu bapa) dan ke atas (sihat fizikal dan tiada penyakit).
- Sesi latihan akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah.
- Yuran penyertaan RM150.00 (Minimum 2 pax).
- Satu sesi kelas mengambil masa 2-3 jam sehari.
- Diving equipment disediakan kepada peserta.
Teknik yang akan Dipelajari dalam Diving Course | Scubatex Pro
Scubatex Pro bertanggungjawab dalam mengatur aktiviti dan memberikan teknik scuba diving kepada peserta. Setiap peserta yang mendaftar sebagai peserta diving course di Scubatex Pro perlu mengikuti arahan yang telah ditetapkan.
Teknik-teknik yang diajar oleh jurulatih adalah sangat penting bagi memastikan semua peserta dapat menyelesaikan masalah semasa scuba diving.
Teknik-teknik yang Diajar oleh Jurulatih dalam Diving Course:
- Bernafas di dalam air
- Regulator clearing
- Regulator recovery
- Membersihkan topeng
- Equalization techniques
- Relaxation techniques
Jom Sertai Open Water Diving Course di Scubatex Pro!
Untuk menyertai diving course ini, anda boleh mengunjungi kedai Scubatex Pro yang beralamat seperti di bawah:
Bagaimana Nak Hubungi Scubatex Pro? | Open Water Diving Course Selangor
Sekiranya anda perlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai open water diving course Selangor, anda boleh melayari website atau laman Facebook mereka.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Open Water Diving Course Selangor”. Semoga perkongsian Cik Min kali ini membantu anda semua mengetahui serba sedikit tentang scuba diving.
Bagi yang ingin mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih santai seperti berjoging dan bersenam, anda boleh baca mengenai tempat riadah menarik di Selangor di sini.
Lebih banyak artikel menarik di Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pen