Bisnes printing yang dilihat semakin popular dari masa ke masa menjadi sambutan para usahawan baru yang mahu memulakan perniagaan. Cik Min terpanggil untuk membuat perkongsian tentang potensi bisnes printing pada musim raya ini.

Kebiasaan bila bercakap mengenai printing, perkara yang akan sentiasa menjelma di fikiran adalah print kertas kerja, baju, sticker dan flyers. Namun, bisnes printing ini bukan hanya itu sahaja, malah terdapat banyak lagi servis yang ada seperti kad kahwin, kalendar dan lain-lain.

Kelebihan Bisnes Printing Pada Musim Raya | Potensi Bisnes Printing Musim Raya

Potensi bisnes printing musim raya
Sumber: Vecteezy

1. Permintaan yang sangat tinggi untuk tempahan sampul duit raya.

Pada musim raya ini ramai umat Islam mengambil peluang untuk bersedekah kepada golongan yang memerlukan dan juga golongan kanak-kanak. Sampul duit raya pada ketika ini sangat menjadi sambutan utama para masyarakat Muslim dan juga para usahawan.

Ada usahawan yang memberikan sampul duit raya sebagai free gift dengan setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan. Misalnya, pembelian baju kurung disertakan dengan 1 pek sampul raya sebagai free gift.

Dengan ini, para usahawan bisnes printing dapat mengukir senyuman lebar kerana sudah pasti permintaan yang mereka dapat sangat memberangsangkan.

2. Paper bag printing buat para usahawan yang berniaga pada musim raya.

Telah menjadi satu perkara wajib apabila membeli sudah pasti ada paper bag yang disediakan untuk mengisi barang jualan tersebut. Pada musim raya ini usahawan bisnes printing boleh bekerjasama bersama para usahawan bisnes baju raya dengan menawarkan paper bag printing dengan harga yang berpatutan dan design yang menarik.

Potensi bisnes printing musim raya
Sumber: Flexisprint

3. Voucher Printing dan flyers buat para usahawan untuk membuat promosi raya.

Pada musim raya ini terdapat lebih banyak syarikat akan mengeluarkan voucher dan flyers bagi menarik para pelanggan dengan pelbagai tawaran yang hebat. Para usahawan bisnes printing akan menjalankan peranan dalam membantu syarikat ini untuk mencetak voucher dan flyers yang menarik.

4. Box dan Packaging Printing buat para usahawan pakaian dan kuih raya.

Kehadiran box dan packaging yang menarik akan membuatkan para pelanggan sangat berpuas hati dan lebih tertarik untuk membeli. Usahawan bisnes printing berperanan penting bagi membantu usahawan yang menjual baju dan kuih raya untuk membuat keputusan pembelian item tersebut.

Sudah terang lagikan bersuluh, potensi bisnes printing pada musim raya ini amat baik kerana bisnes printing akan membantu para usahawan lain dalam mempromosikan produk mereka.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Potensi Bisnes Printing Musim Raya”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah ta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *