Teringin nak rasa masakan Jepun yang autentik tapi dalam masa yang sama nak sokong produk tempatan? Jom, Cik Min nak kongsikan tentang AjiDo, jenama yang menawarkan sos dan bahan masakan Jepun buatan Malaysia!

Kalau anda peminat masakan Jepun, artikel ini memang sesuai untuk anda. Mari kita kenali lebih dekat tentang AjiDo dan produk-produk mereka.

Cerita AjiDo

AjiDo adalah jenama utama yang dihasilkan oleh Inno Good Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 2015.

Sumber: ajidosauce.com

Mereka pakar dalam pembuatan sos Jepun dan kini telah berkembang dengan membekalkan produk mereka ke pelbagai restoran Jepun, restoran Barat, restoran Thai, penjaja, dan perniagaan bawa pulang di Malaysia.

AjiDo juga sedang melebarkan sayap mereka ke pasaran global halal. Dengan produk yang inovatif, mereka sentiasa memberikan pendekatan baru dan konsep menarik dalam industri makanan.

Keunikan Produk AjiDo

Produk AjiDo sangat unik kerana mereka tidak hanya menjual sos Jepun buatan Malaysia yang enak, tetapi juga ‘DIY Play Kit’ untuk masakan Jepun tradisional. Dengan DIY Play Kit, anda boleh mencuba membuat Takoyaki, Onigiri, dan Sushi sendiri di rumah.

Sumber: ajidosauce.com

Semua bahan yang diperlukan sudah disediakan dalam satu kotak beserta arahan yang mudah diikuti. Ini sangat menarik kerana ia memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk belajar dan menikmati masakan Jepun dengan cara yang menyeronokkan dan mudah.

Kenapa Pilih Sos Jepun Buatan Malaysia AjiDo?

  1. Rasa Autentik Jepun:
    Produk AjiDo dihasilkan dengan menjaga kualiti dan rasa yang autentik, seakan-akan anda menikmati hidangan dari Jepun.
  2. Halal dan Selamat:
    Semua produk AjiDo telah mendapat sijil Halal dari Malaysia, menjadikannya pilihan yang selamat untuk semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.
  3. Mudah dan Praktikal:
    Dengan adanya DIY Play Kit, anda boleh menyediakan hidangan Jepun dengan mudah di rumah. Ini sangat sesuai untuk mereka yang sibuk tetapi tetap ingin menikmati makanan yang enak.

AjiDo menawarkan pelbagai produk sos dan bahan masakan Jepun yang berkualiti tinggi, halal, dan mudah digunakan dengan buatan dari Malaysia.

@ajidokitchenmy

Harini min buat bekal untuk pegi work, senang ja guna Onigiri Kit AjiDo ni semua lengkap 🍱🍙 Lepas ni korang nak min buat bekal apa pulak? 👀 cuba komen #bentobox #bekal #ajido #ajidosauces #sosajido #ajidoteriyaki #ajidobonito #penang #foodie

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic

Dengan pilihan seperti AjiDo Takoyaki DIY Play Kit, AjiDo Onigiri DIY Play Kit, AjiDo Sushi DIY Play Kit, serta pelbagai jenis sos seperti AjiDo Original Teriyaki Sauce dan AjiDo Japanese Soy Sauce, anda pasti dapat menikmati hidangan Jepun yang lazat di rumah.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba produk AjiDo, boleh klik link Shopee Cik Min di sini: https://s.shopee.com.my/7zsh9rixhT

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min untuk kali ini. Semoga artikel kali ini membantu anda semua membuat pilihan yang terbaik untuk keperluan pengangkutan anda. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *