Dunia pemasaran adalah bersifat dinamik dan sentiasa berkembang seperti perubahan trend, pembangunan teknologi dan pemilihan strategi yang berkesan. Itulah pentingnya untuk senantiasa peka tentang perubahan trend pemasaran yang berlaku, agar kekal relevan di Tahun 2022

2022 ialah tahun di mana pemasaran menyaksikan perubahan lebih tertumpu ke arah dunia digital dalam teknik perniagaan mengendalikan jangkaan pelanggan. Kini, perniagaan perlu mengutamakan pengalaman pelanggan untuk mengekalkan pelanggan yang kembali dan mempunyai kelebihan berbanding pesaing mereka.

Cara terbaik untuk kekal relevan dan mengikuti aliran pemasaran terkini adalah dengan memerhatikan statistik pemasaran. Sama ada anda menumpukan kepada SEO, media sosial, content marketing, video marketing, email marketing mahupun pengiklanan.

Cik Min telah mengumpulkan beberapa statistik penting untuk membantu peniaga mencapai sasaran dan meningkatkan jualan. Sumber ini Cik Min dapatkan daripada Hubspot.

Trend Pemasaran di Tahun 2022
Sumber: State of Inbound Marketing 2022

Trend Pemasaran yang Popular di Tahun 2022

Media sosial telah menjadi saluran pemasaran paling tinggi di tahun 2022, dan popularitinya terus berkembang sehingga saat ini.

Jumlah persaingan yang mendadak telah melonjakkan tahap inovatif dan kreativiti usahawan untuk menjadi lebih proaktif agar terus kekal relevan dalam pasaran. Media sosial telah menjadi platform pilihan kepada ramai usahawan dalam membina jenama dan memasarkan produk mereka secara meluas.

Daripada penjelasan berkaitan pemasaran media sosial di atas, terdapat 5 trend pemasaran digital yang popular di tahun 2022: 

1. Influencer marketing

Menjalin kerjasama dengan influencer terkenal seperti artis, selebriti, instafamous atau blogger sebagai strategi pemasaran adalah langkah yang bernas untuk diambil.

Cara kaedah ini berjalan adalah bergantung kepada populariti influencer di dalam platform media sosial itu sendiri. Menggunakan influencer untuk mempromosi jenama ataupun produk jualan memungkinkan ianya mendapat lebih banyak perhatian dan berpeluang untuk viral.

2. Website mesra mudah alih

Jika website perniagaan tidak mesra mudah alih, bakal pelanggan akan mula rasa tidak selesa untuk kekal di dalamnya.

Ini mendatangkan kerugian kepada peniaga kerana kehilangan pelanggan berpotensi menjadi pembeli. Website meningkatkan hubungan pelanggan dengan peniaga pada bila-bila masa, di mana sahaja, dengan maklumat berguna mengenai produk jualan dan perkhidmatan ditawarkan.

3. Konten video pendek

Trend ini menjadi viral sepanjang 2022, iaitu konten video berdurasi pendek dalam yang menjadi daya tarik kepada audiens masa kini. Trend ini telah bermula sejak 2021, di mana TikTok menjadi platform media sosial yang mendapatkan perhatian paling tinggi. Pemasaran melalui TikTok terbukti efektif kepada ramai pengusaha dan peniaga dalam menjalankan pemasaran.

Buat masa ini, Instagram juga menawarkan ciri khas seperti TikTok yang diberi nama Reels, dan diikuti oleh YouTube Shorts oleh Youtube yang juga mendapat sambutan ramai dalam kalangan pengguna. 

4. Kempen virtual | Trend Pemasaran di Tahun 2022

Live video atau streaming sekarang ini juga menjadi salah satu trend yang sangat meningkat naik. Di mana usahawan boleh mempromosikan produk secara live di platform media sosial.

Promo video secara langsung ini disamakan dengan konsep online shopping. Sudah tentu dengan gaya yang berbeza serta penyampaian menarik menjadi nilai tersendiri dalam menarik minat bakal pelanggan yang hadir. 

5. Experiential marketing

Experiential Marketing adalah strategi yang memfokuskan kepada pengalaman pelanggan yang juga membantu meningkatkan kesedaran, penglibatan dan kesetiaan terhadap jenama dan produk jualan.

Strategi pemasaran ini bersifat dua arah di antara jenama dan konsumer, di mana konsumer terlibat secara langsung dalam membentuk satu komuniti yang aktif memberi maklum balas.

Trend Pemasaran di Tahun 2022
Sumber: State of Inbound Marketing 2022

Penanda Aras Trend Pemasaran di Tahun 2022

Seperti yang Cik Min nyatakan sebelum ini, media sosial ialah saluran pemasaran paling popular untuk tahun 2022. Ia tidak menghairankan kerana orang ramai cenderung menemui jenama dan produk baharu pada saluran media sosial terlebih dahulu berbanding platform lain.

Sebelum bermula, adalah penting untuk memberi perhatian kepada penanda aras berdasarkan hasil dapatan yang lepas. Setelah melihat aspek penting yang ada pada industri berkenaan, barulah boleh membina strategi pemasaran

Ia sangat membantu apabila anda tahu di mana hendak bermula. Membangunkan strategi pemasaran atas jenama sendiri memerlukan masa, usaha dan belanja yang besar. Oleh itu, adalah konsistensi dalam menguji segala strategi yang efektif kepada perniagaan adalah kunci kepada kejayaan yang ingin dicapai.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Trend Pemasaran di Tahun 2022?”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *