Aksi seorang peniaga muda lelaki yang menyengetkan kepala semasa mengambil pesanan daripada pelanggan telah menjadikan kedai goreng pisang cheese beliau viral di media sosial. Video peniaga tersebut telah viral di media sosial terutamanya di Tiktok tau!
Peniaga yang menyengetkan kepala sambil berdialog “Biasa? Biasa, maksudnya?” ini telah meraih perhatian netizen dan kini semakin ramai yang ingin mencuba goreng pisang cheese yang dijual olehnya.
Perniagaan Goreng Pisang Cheese
Peniaga goreng pisang cheese viral yang bernama Adib Aidil, 24 tahun, atau lebih dikenali sebagai peniaga “Biasa? Biasa maksudnya?” ini merupakan seorang graduan sekolah penerbangan. Tetapi rezeki untuk menjadi juruterbang belum berpihak kepadanya.
Oleh itu, beliau telah memulakan perniagaan goreng pisang cheese sejak tahun 2021 di hadapan restoran ibu bapanya di Selera Anak Tanjung, Selangor. Gerainya pula dinamakan sebagai Banana Dibs dan mempunyai pelbagai perisa menarik seperti coklat, Nutella, coklat cheese, butterscotch, matcha, strawberi dan macam-macam lagi.
Tidak dinafikan bahawa setiap topping yang diletak juga adalah banyak dan melimpah ruah, supaya setiap pelanggan lebih berpuas hati dan kekal menjadi pelanggan tetap di Banana Dibs.
Permulaan yang Baik untuk 2023
Hasil daripada video Tiktok yang viral tersebut, ia turut distitch oleh ramai Tiktokers terkenal seperti Imran Bard, Auntie Purple, Ariz Lufias dan ramai lagi.
Namun apa yang anda tidak tahu ialah, beliau telah menyengetkan kepala pada waktu itu kerana terdapat papan menu yang menghalang pandangan di hadapan kedai beliau tau! Ha, sebab itulah beliau terpaksa menyengetkan kepala supaya dapat melihat pelanggan dengan lebih baik di samping kekal dalam frame video recordingnya.
Menurut Adib, beliau beranggapan video viral tersebut merupakan permulaan yang baik bagi perniagaan goreng pisang cheese viral untuk tahun 2023 ini. Beliau juga pernah menyatakan ingin melihat ramai orang beratur di hadapan kedainya.
Impiannya kini tercapai juga, kerana setiap hari pasti akan ada ramai orang yang beratur untuk merasai sendiri goreng pisang cheese viral daripada Banana Dibs di Kajang. Malah, orang dari jauh juga tidak melepaskan peluang untuk merasai makanan viral ini tau! Terdapat ramai food reviewers yang telah mencuba goreng pisang cheese viral Banana Dibs ini. Jadi, pastikan anda lihat review daripada mereka jika ingin mencuba ya.
Makanan Viral Tidak Menghampakan
Tidak dinafikan kalau bab makanan viral ni, mesti ramai orang sanggup beratur panjang untuk merasai sendiri makanan tersebut.
Rata-rata pelanggan Banana Dibs juga menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan kualiti dan keenakan goreng pisang cheese yang dijual olehnya. Walaupun mengambil masa yang lama untuk beratur, mereka tetap berpuas hati dengan makanan viral tersebut.
Peniaga kecil-kecilan seperti Adib pastinya berasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh semua pihak. Beliau juga berazam untuk tetap menjaga kualiti makanan yang dijual, supaya tidak menghampakan ramai pihak. Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom support anak muda kita ini!
Setakat ini sahaja perkongsian Sis Min tentang “Goreng Pisang Cheese Viral“. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.