Bermula daripada hobi yang kreatif dan lain daripada yang lain, ia mampu menjadikan kita berbeza daripada individu di sekeliling. Hal ini sekaligus dapat membantu menjana pendapatan melalui minat yang kita lakukan tau!
Memiliki kemahiran dan hobi yang unik dapat menjadikan diri kita lebih ‘stand out‘ sehingga bakat tersebut mampu menjadi rebutan ramai.
Begitulah yang dialami oleh saudara Izzat kita yang telah berkongsi tentang pengalaman beliau sendiri tentang minatnya terhadap melukis di Tiktok baru-baru ini.
Bermula Semenjak Musim PKP
Siapa sangka musim PKP terdahulu mampu menjadi salah satu lubuk penjanaan pendapatan kerana bosan berada di rumah? Seperti saudara Izzat, beliau yang berbakat dalam bidang lukisan ini telah menjadikan fasa PKP sebagai ruang untuk berkarya.
Pada PKP 1.0, beliau membuat konten ‘satu hari satu lukisan. Walau bagaimanapun, konten tersebut agak kurang memberangsangkan dan tidak mendapat sambutan baik daripada netizen pada awalnya.
Namun, saudara Izzat tetap tidak berputus asa kerana beliau yakin bahawa segala yang bermula daripada hobi yang kreatif pasti bakal mendatangkan hasil di kemudian hari.
Maka pada PKP 2.0, saudara Izzat telah membuktikan bahawa beliau mampu menghasilkan sesuatu di luar jangkaannya sendiri dan sekali gus mendapat sambutan hangat para netizen. Pada saat itu, beliau mula menjinakkan diri untuk membuat lukisan pada kasut.
Custom Lukisan Kasut | Bermula daripada Hobi yang Kreatif
Mula-mula hanya ingin suka-suka sahaja custom lukisan pada kasut, namun ramai pula yang berminat untuk menghantar kasut untuk dicustom lukisan oleh beliau, terutamanya gambar-gambar berupa anime.
Kesemua lukisan beliau juga dilakukan secara terperinci dengan teliti dan baik tau! Berdasarkan Instagram posting milik saudara Izzat ini, anda boleh melihat hasil-hasil yang dimuat naik dalam bentuk video. Memang sangat mengagumkan!
Usaha Membuahkan Hasil
Dari sini, kita dapat lihat bahawa setiap usaha pasti akan membuahkan hasil, cuma cepat atau lambat sahaja. Tak gitu? Walaupun minat dan hobi tersebut kelihatan kecil, tetapi ia adalah besar di mata orang lain. Jadi, jom sama-sama kita support minat dan bakat generasi muda kini. Buat generasi muda semua, selamat maju jaya ya!
Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Bermula daripada Hobi yang Kreatif”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.