Assalamu’alaikum … Hai! Harini Cik Min nak kongsikan tentang dua orang Perunding pemasaran digital yang terkenal di Malaysia! mereka telah dijemput hadir ke program Selamat Pagi Malaysia Hari Ini bersama coach digital di RTM.
Puan Suraya Ali yang merupakan perunding pemasaran digital di Lunaworks.co dan Puan Sharifah Jamilah Almufazal telah memberikan pelbagai input menarik yang mampu membantu para usahawan dan pengusaha konten di media sosial.
Perunding pemasaran digital seperti mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak didalam bidang ini amat membantu dalam memberikan tips dan input yang menarik. Cik Min akan kongsikan kepada pembaca, input yang mereka berikan!
Cara Menghasilkan Content | Selamat Pagi Malaysia Bersama Coach Digital

Menghasilkan Content yang menarik mungkin kelihatan sangat mudah apabila melihat pelbagai konten menarik yang boleh kita dapati dilaman sosial. Puan Sharifah ada berkongsikan sedikit tips di Selamat Pagi Malaysia bersama coach digital Puan Suraya.
Antara cara bagi menghasilkan content menarik di sosial media adalah:
1. Add Value
Setiap content yang dibuat sepatutnya memberikan value kepada pembaca dan audience yang melihat content tersebut dapat pengajaran dan ilmu daripada content yang dihasilkan.
2. Know Your Audience
Antara perkara yang perlu diambil berat adalah mengetahui siapa penonton atau pembaca content. Perkara ini penting kerana apabila kita menulis, secara tidak langsung ia akan beri impak kepada personal branding kita.
Bagaimana Nak Kenal Audience? | Selamat Pagi Malaysia Bersama Coach Digital
Kenali audience yang melihat content yang kita lakukan sudah semestinya penting bagi menghasilkan sebuah content yang menarik. Namun perkara yang tidak boleh dilupakan adalah bagaimana cara untuk mengenali audience?

Puan Suraya Ali menerangkan dengan jelas tentang cara untuk mengenali audience di Selamat Pagi Malaysia. Antara penjelasan beliau adalah:
1. Survey
Antara cara mudah untuk mengenali audience adalah membuat survey dengan bertanya kepada orang sekeliling tentang minat mereka. Contohnya jika anda merupakan seorang ibu tanyakan pada ibu-ibu yang berada disekeliling kita.
2. Analysis/ Insight
Insight merupakan satu features yang disediakan sosial media bagi kita mengenal audience dengan menyediakan data seperti jantina dan umur. Dengan ini kita boleh meneliti content yang sesuai untuk audience.
Cara Untuk Memilih Platform Sesuai
Mengenali audience merupakan perkara yang penting, namun pemilihan platform juga memberikan impak dalam pembuatan konten kerana terdapat perbezaan individu yang hadir didalam setiap platform.
Antara cara untuk memilih platform yang bersesuaian adalah:
1. Kelompok Audience
Ketahui kedudukan kelompok audience yang melihat content kita berada di platfrom mana.
2. Platform Kegunaan Harian
Menggunakan platform yang biasa digunakan pada setiap hari.
3. Kemahiran / Skill
Bergantung kepada skill kita kerana setiap platform mempunyai culture berbeza dan cara pengguna menggunakan media sosial pada setiap platform juga adalah berbeza.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Selamat Pagi Malaysia Bersama Coach Digital” pada kali ini. Ingin dapatkan lebih banyak artikel-artikel menarik? Jom dapatkan di laman portal SupportLokal.