Anda mencari dive shop in Subang Jaya? Jangan risau, Scubatex Pro kan ada! Divers mesti familiar dengan Scubatex Pro kan? Scubatex Pro ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan selam skuba dan juga membekalkan peralatan menyelam kepada divers.
Menarik, kan? Jom ketahui lebih lanjut bersama Cik Min mengenai Scubatex Pro yang merupakan salah sebuah dive shop yang menjual peralatan menyelam yang lengkap.
Scubatex Pro: Dive Shop Terbaik di Subang Jaya
Scubatex Pro telah ditubuhkan pada 3 Mac 2007 sebagai syarikat perusahaan yang merangkumi aktiviti Menyelam Rekreasi dan Kerja Laut.
Syarikat ini diuruskan oleh pasukan yang sangat berdedikasi dengan kendalian penyelam penyelamat wanita iaitu Hjh Mastura Bt Hj Abd Manap bersama Pengarah Kursus Jurulatih Pengajar SDI yang berpengalaman, iaitu Hj Ahmat Najah B Hj Rahmat.
Scubatex Pro iaitu dive shop in Subang Jaya ialah kedai yang membekalkan peralatan menyelam selain menyediakan kursus menyelam buat pemula yang ingin mencuba selam skuba. Bagi pemula yang ingin mencuba aktiviti skuba, anda bolehlah mencuba “TryOut Scuba” di Scubatex Pro ya!
Di samping itu, Scubatex Pro juga ada menyediakan pengambilan lesen sebagai diver tau. Kepada mereka yang berminat dan ingin menjadi pelatih atau juruselam skuba, anda boleh menyertai kursus menyelam yang terdapat di Scubatex Pro!
Apa itu Selam Skuba? | Dive Shop in Subang Jaya
Anda semua tahu tak apa itu selam skuba? Haa, jom Cik Min bagitahu apa itu selam skuba ni.
Scuba ialah perkataan yang merujuk kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (SCUBA) yang bermaksud peralatan pernafasan bawah air lengkap diri.
Kepada first-timer diver, anda jangan risau kerana aktiviti selam skuba ni adalah selamat. Aktiviti selam skuba ni tiada istilah lemas sebab anda akan menyelam dengan menggunakan peralatan pernafasan dalam air yang lengkap.
Kebaikan Aktiviti Selam Skuba
- Menambahbaik sistem pernafasan
- Meningkatkan stamina tubuh badan
- Meningkatkan aliran darah dalam badan
- Melegakan stress dengan merehatkan minda
- Memulihkan kecederaan
Selam skuba merupakan salah satu aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga. Anda dapat mencipta memori indah bersama keluarga di samping pengalaman menikmati keindahan marin.
Selain itu, alang-alang berada di Selangor, anda juga boleh mengunjungi tempat riadah menarik di Selangor ya. Baca dengan lebih lanjut mengenai Tempat Riadah Menarik di sini.
TryOut Scuba untuk First-Timer Diver
Anda ingin mencuba aktiviti dalam air tetapi tiada asas dalam menyelam? Anda semua jangan risau kerana Scubatex Pro ada menyediakan sesi training scuba diving. Bagi mereka yang baru pertama kali ingin mencuba aktiviti selam skuba, Scubatex Pro ada menyediakan pakej TryOut Scuba!
Scuba diving membolehkan anda untuk menikmati keindahan marin. Anda juga dapat merasakan sendiri pengalaman berada di dasar laut dengan mencuba selam skuba. Cik Min tahu, tidak semua orang berani untuk menyelam ke dasar laut walaupun pada amnya mereka sangat ingin melihat keindahan di dasar laut.
Oleh itu, Tryout Scuba ini dapat memberikan peluang kepada mereka yang tiada asas diving untuk turut serta menikmati keindahan laut di samping mencipta memori indah!
Seronok, kan?
Info Lanjut Mengenai Tryout Scuba yang Anda Wajib Tahu
- Khusus bagi mereka yang ingin merasai pengalaman bernafas di dalam air.
- Membolehkan anda berlatih beberapa kemahiran asas dan membiasakan diri dengan peralatan selam skuba di dalam air.
- Merupakan latihan awal yang dilaksanakan dalam kolam renang sebelum anda menerokai lautan sebenar.
- Umur seawal 10 tahun (dengan kebenaran ibu bapa) dan ke atas (sihat fizikal & sihat).
- Keseluruhan sesi selalunya mengambil masa 2 hingga 3 jam.
- Sesi latihan akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah.
- Harga Kursus: RM150.00 seorang (Minimum 2 pax)
TryOut Scuba merupakan pilihan terbaik untuk first-timer sebagai pengenalan kepada selam skuba. Menarik kan?
Jadi apa tunggu lagi, jom datang ke dive shop Scubatex Pro di Subang Jaya yang beralamat seperti berikut:
Bagaimana Nak Hubungi Scubatex Pro? | Dive Shop in Subang Jaya
Sekiranya anda perlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai dive shop in Subang Jaya, anda boleh melayari website atau laman Facebook mereka.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Dive Shop in Subang Jaya”. Semoga perkongsian Cik Min kali ini membantu anda semua mengetahui serba sedikit tentang scuba diving.
Lebih banyak artikel menarik di Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.