Anda sedang mencari diving equipment shop area Selangor? Nak dapatkan peralatan menyelam dengan harga yang menarik? Jangan risau kerana Scubatex Pro adalah jawapan kepada pencarian anda!
Scubatex Pro membekalkan peralatan menyelam di samping menyediakan “TryOut Scuba” khusus buat mereka yang pertama kali ingin mencuba selam skuba.
Selain itu, Scubatex Pro juga menyediakan pengambilan lesen sebagai diver tau. Menarik kan?
Kepada mereka yang berminat dalam pengambilan lesen untuk menjadi juruselam, anda boleh menyertai kursus diving yang terdapat di Scubatex Pro.
Jom ikut Cik Min tengok serba sedikit mengenai latar belakang Scubatex Pro melalui video yang dipaparkan di bawah.
Diving Equipment Shop Terbaik di Selangor
Bagi Cik Min, diving equipment penting sebab pada dasarnya selam skuba sendiri membawa maksud peralatan pernafasan bawah air lengkap diri. Jadi, macam mana kita nak menyelam kalau tak ada peralatan menyelam kan?
Mereka yang ingin melakukan aktiviti selam skuba atau apa sahaja yang berkaitan dengan menyelam perlulah mengetahui terlebih dahulu tentang peralatan-peralatan yang akan digunakan semasa menyelam nanti. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini semasa menyelam.
Persediaan Sebelum Melakukan Aktiviti Selam Skuba
1. Sihat Tubuh Badan
- Sebelum melakukan aktiviti menyelam, anda perlulah memastikan tubuh badan sihat daripada sebarang penyakit dan kecederaan.
2. Peralatan Menyelam
- Peralatan menyelam perlulah berada dalam keadaan baik sebelum memulakan aktiviti menyelam bagi mengelakkan sebarang masalah semasa menyelam nanti.
3. Set Pakaian
- Pastikan set pakaian berada dalam keadaan baik dan lengkap.
In conclusion, divers juga perlu membuat beberapa persediaan sebelum menyelam ya. Diving equipment shop pun penting juga tau untuk memudahkan divers mendapatkan peralatan menyelam. Jika anda mencari kedai peralatan menyelam di area Selangor, anda boleh walk-in ke Scubatex Pro ya!
Peralatan Menyelam di Scubatex Pro
Cik Min nak tanya, peralatan menyelam apa yang anda tahu?
Kenapa divers mesti ambil tahu peralatan yang diperlukan untuk aktiviti selam skuba?
Untuk pengetahuan anda, selam skuba sendiri bermaksud peralatan pernafasan bawah air lengkap diri. Jadi, secara tidak langsung, selam skuba sememangnya memerlukan diving equipment.
Jom ikut Cik Min tengok peralatan menyelam dan juga fungsi-fungsinya.
Peralatan Menyelam yang Diperlukan oleh Divers | Diving Equipment Shop Selangor
1. Buoyancy Control Device (BCD)
Fungsi BCD adalah untuk memegang tangki skuba selain bertindak sebagai jaket keselamatan untuk memberikan apungan tambahan terhadap badan. Semasa melakukan penyelaman, daya apungan tubuh badan kita akan menjadi negatif.
Hal ini menjadikan BCD berfungsi untuk mengatur udara yang masuk ke dalam serta meningkatkan daya apung seseorang.
2. Regulators
Regulator merupakan alat untuk menyalurkan udara dari tangki ke mulut penyelam melalui hos. Hos inilah yang akan bekerja untuk menahan kadar tekanan sehingga tekanan yang tinggi. Dengan kata mudahnya, penggunaan alat ini adalah untuk membolehkan divers bernafas melalui mulut.
3. Gauges
Gauges ialah indikator yang menunjukkan jumlah udara oksigen yang ada dalam tabung atau tangki skuba. Ianya juga berfungsi untuk menunjukkan kedalaman, kompas, tekanan udara, dan suhu udara semasa menyelam.
Set Pakaian yang Diperlukan oleh Divers | Diving Equipment Shop Selangor
1. Face Mask
Face mask diperlukan dalam aktiviti menyelam kerana alat ini berfungsi untuk membantu penyelam melihat dengan jelas semasa berada di dalam air. Di samping itu, face mask juga dapat melindungi hidung penyelam daripada dimasuki air.
2. Exposure Suit
Pakaian menyelam yang sesuai juga sangat penting sebagai penebat untuk melindungi diri daripada tercedera jika terlanggar sesuatu ketika berada di dalam air. Pakaian yang sesuai untuk menyelam ialah seperti rashguard dan juga wetsuit.
3. Fins
Fins ialah alat yang digunakan untuk melakukan aktiviti menyelam. Ianya berbentuk seperti kaki itik yang akan dipakaikan di kaki anda sepanjang menyelam di dalam air. Fins dilihat dapat memudahkan pergerakan semasa di dalam air untuk bergerak dengan lebih laju.
Jom Dapatkan Peralatan Menyelam – Hanya di Scubatex Pro!
Dengan adanya kedai yang menjual dan membekalkan peralatan menyelam yang lengkap, divers bolehlah dapatkan peralatan untuk menyelam dengan mudah!
Untuk mendapatkan diving equipment, divers boleh mengunjungi diving equipment shop Scubatex Pro yang beralamat seperti di bawah:
Bagaimana Nak Hubungi Scubatex Pro? | Diving Equipment Shop Selangor
Sekiranya anda perlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai diving equipment shop Selangor, anda boleh melayari website atau laman Facebook mereka.
Setakat ini dahulu perkongsian Cik Min tentang “Diving Equipment Shop Selangor”. Semoga perkongsian Cik Min kali ini membantu anda semua mengetahui serba sedikit mengenai scuba diving.
Jangan lupa juga untuk mengunjungi taman tema jika anda datang ke Selangor ya. Di Selangor ada beberapa Indoor Theme Park tau! Klik di sini untuk baca mengenainya.
Lebih banyak artikel menarik di Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.