“Setiap tahun, saya selalu dengar tentang program percuma eUsahawan oleh MDEC. Tak ketinggalan jugalah program eUsahawan 2023 yang kini duk bermain di pandangan setiap kali scroll media sosial. Jujur cakap, saya sangat berminat! Tapi, saya tak pasti nak join macam mana…” – Usahawan hebat
Pssst, kepada para usahawan yang berminat untuk dapatkan kelas pemasaran digital secara PERCUMA, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sampai habis tau!
Apa itu eUsahawan 2023?
Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sejak tahun 2016, bagi mendorong perkembangan keusahawanan secara digital. Untuk pengetahuan anda, MDEC ini merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk membantu memperkembangkan ekonomi digital di seluruh Malaysia.
Sebelum Cik Min ulas topik ini dengan lebih mendalam, jom kita lihat terlebih dahulu sinopsis ringkas bagi program tersebut.
Kenapa anda perlu join eUsahawan?
Program eUsahawan 2023 ini menjanjikan pelbagai kelebihan yang kebiasaannya sukar didapatkan tau! Antaranya adalah:
1. Program ini adalah PERCUMA khas buat warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Mendapat sesi bimbingan dan mentorship secara terus oleh pakar-pakar industri pemasaran digital yang berpengalaman.
3. Peserta akan memperoleh pelbagai ilmu keusahawanan digital di platform-platform popular seperti:
- Asas Perniagaan dan Kewangan
- Search Engine Optimization (SEO)
- Facebook untuk Pemasaran
- Instagram Untuk Perniagaan
- Tik Tok untuk Pemasaran
- Teknik Whatsapp Business
(Penafian: Kandungan program mungkin berubah mengikut modul terbaru eUsahawan bergantung kepada keputusan pengurusan)
4. Sijil penyertaan disediakan untuk kesemua para peserta!
Selain daripada berumur 18 tahun, apa lagi syarat penyertaan eUsahawan 2023 yang perlu diketahui?
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Mempunyai perniagaan sendiri.
- Boleh rekodkan jualan di dalam laman web MDEC bagi tujuan tracking.
- Berminat menyertai bootcamp digital marketing dan mentoring bersama Coach Suraya Ali.
- Mempunyai gajet dengan sambungan internet yang stabil seperti telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya.
Ayuh Kenali Coach Suraya Ali
Fuh, rugi sangat kalau anda tak dapat join kelas bersama Coach Suraya Ali untuk program eUsahawan 2023 kali ini. Beliau seorang pakar dalam bidang pemasaran digital, lebih-lebih lagi dalam bidang Search Engine Optimisation (SEO).
Apa? Anda tak percaya?! Ish, ish, kalau tak percaya bolehlah baca review-review para peserta kelas-kelas beliau sebelum ini, di sini.
Kalau anda malas nak tekan link di atas, tak mengapa … Mari Cik Min screenshot beberapa hasil review yang terdapat di laman Google tersebut.
Nampak tak betapa hebatnya pengangan kelas bersama Coach Suraya Ali ni? Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu dengan baik, malahan sesi kelasnya juga adalah santai, seronok dan digemari ramai tau!
Kalau dah cukup syarat, tunggu apa lagi? Cepat sertai kelas eUsahawan 2023 bersama Coach Suraya Ali hari ini, sebelum slot penuh ya! Jom semak tarikh dan daftar slot kelas PERCUMA anda di sini.
Untuk mendaftar kelas PERCUMA mengikut tarikh-tarikh tertentu, anda juga boleh pilih pautan di bawah. Namun, pastikan HANYA SATU TARIKH sahaja yang dipilih ya!
Klik di sini untuk dapatkan senarai penuh tarikh kelas eUsahawan 2023.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “eUsahawan 2023 Kelas Pemasaran Digital Percuma”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.