eUsahawan Gig Fest 2024 berlangsung pada 20 Feb 2024 bertempat di Kuala Lumpur Exhibition Centre.
MDEC mempunyai dua program utama dalam inisiatif untuk membantu dalam peningkatan digital iaitu eUsahawan dan GLOW.
Usahawan perlu menggunakan pendekatan digital di dalam perniagaan masakini. Program eUsahawan adalah kelas-kelas Pemasaran Digital. Ikuti Coach eUsahawan Suraya Ali.
Program GLOW pula adalah untuk melatih freelancer di Malaysia untuk menjana pendapatan melalui kerja-kerja Gig.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital.
“Sasaran kita ialah menjadikan Malaysia sebagai hab digital di serantau dunia.” Ujar beliau.
Berlangsung momerandum persefahaman di antara MDEC dan Jabatan Tenaga Manusia dalam eUsahawan Gig Fest 2024. Kerjasama ini adalah bagi melaksanakan program latihan digital di institusi-institusi.
Semoga dengan lebih banyak program-program seperti ini, usahawan dapat mengingatkan jalan dan menyebarkan pemasaran ke seluruh dunia.
Tahniah kepada usahawan yang hadir ke eUsahawan Gig Fest 2024.
Input ini dari sesi soal jawab turut berlangsung bersama menteri dan CEO MDEC.
Artificial Intelligence
Berkaitan dengan bidang terbaru iaitu Artificial Intelligence adalah yang paling mendapat permintaan sekarang.
Program pensijilan upgrading dan upskiling yang dilakukan oleh MDEC ialah kolaborasi bersama organisasi lain seperti Tik Tok dan Microsoft.
Yang paling penting ialah apa yang akan digunakan dengan ilmu AI yang dipelajari.
Isu keselamatan juga perlu dilihat apabila kita menggunakan teknologi baru.
AI ialah game changer yang akan merubah cara kita bekerja pada masa kini dan hadapan. Are we ready for it?
Gig Ekonomi
4 teras utama dalam Gig Ekonomi ialah platform, undang-undang tatacara dan talent baru.
Pada hari ini Gig Ekonomi baru membantu untuk menjana pendapatan dalam jangka masa pendek.
Terdapat lebih banyak peluang yang lebih besar di dalam Gig Ekonomi di masa hadapan.
Orang Kurang Upaya (OKU)
Ekonomi digital membolehkan kita melakukan kerja yang tak memerlukan fizikal.
Ada banyak cara yang boleh OKU lakukan untuk berniaga.
Ianya boleh digunakan untuk semua dari pelbagai latar belakang.
Peluang untuk Produk Lokal
Menurut kata CEO MDEC, beberapa program telah diadakan untuk membawa pengusaha produk lokal untuk meletakkan produk mereka.
Tahun 2023 sahaja Malaysia telah mempunyai 17 platform lokal edagang.
Kempen barangan Malaysia juga adalah salah satu daripadanya.