Bila Cik Min fikirkan tentang kedai printing padu cepat siap, Cik Min akan terus fikirkan Realtees! Untuk pengetahuan anda, Realtees ini merupakan sebuah kedai printing baju dan cenderahati yang beroperasi di Shah Alam.

Jika anda sedang mencari ataupun berminat untuk mendapatkan sebarang servis printing padu cepat siap di sekitar kawasan Shah Alam, teruskan bersama Cik Min sehingga ke penghujung artikel ya!

Info Tentang Kedai Realtees – Printing Padu Cepat Siap

Printing Padu Cepat Siap

Realtees beroperasi di No. 9G, Jalan Pahat H15/H, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, dan merupakan satu-satunya cawangan di Shah Alam. Waktu perniagaan mereka pula bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat sahaja. 

Bestselling Services di Realtees, Kedai Printing Padu Cepat Siap di Shah Alam

Di Realtees, terdapat tiga best-selling services yang menjadi pilihan utama para pelanggan kedai printing padu cepat siap ini. Antaranya adalah:

1. Sublimation printing

Di Realtees, sublimation printing ini adalah pilihan utama para pelanggan, terutamanya yang bekerja di dalam sesebuah organisasi ataupun institusi pendidikan. Sublimation printing membolehkan pelanggan boleh menggayakan corak, grafik, beserta warna dan cita rasa sendiri sebelum mengesahkan tempahan bersama Realtees.

Printing Padu Cepat Siap

2. Cotton Short Sleeve 160 gsm – 1 colour printing, 1 side

Tempahan ini juga merupakan kegemaran pelanggan yang berkeluarga besar dan sering mengadakan acara kekeluargaan bersama. Kebanyakan tempahan yang diinginkan pelanggan juga mempunya corak, grafik ataupun tema yang mudah dan tidak rumit. Jadi, pelanggan selalu meminta agar proses cetakan pada fabrik ini dilakukan pada satu belah baju sahaja.

Printing Padu Cepat Siap

3. Cotton short sleeve/ long sleeve/ muslimah & kanak-kanak

Di kedai printing padu cepat siap Realtees, tempahan ini lebih sesuai dan digemari oleh para wanita dan kanak-kanak, tidak kira sama ada bahagian lengannya pendek ataupun panjang. Sama seperti di tempahan-tempahan di atas, grafik, corak dan warnanya adalah bebas untuk dipilih daripada katalog mengikut cita rasa pelanggan.

Keistimewaan Printing Padu Cepat Siap Realtess Berbanding Kedai Printing Lain

Di kedai printing padu cepat siap Realtees ini juga, servis utama yang menjadi nadi kepada perniagaan mereka adalah heatpress printing dan embroidery. Kedua-dua proses printing ini lebih sering digunakan untuk kemeja dan baju korporat syarikat.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat printing jenis tersebut, anda boleh hubungi Realtees melalui beberapa cara yang Cik Min sediakan di penghujung artikel ini ya! Sebelum itu, jom kita selami keistimewaan Realtees terlebih dahulu:

1. Mesra pelanggan

  • Realtees memastikan kepuasan pelanggan dari segi pemilihan fabrik, corak, tema sehinggalah ke bahagian warna, supaya hasil akhirnya sesuai dengan permintaan para pelanggan.

2. In-house production

  • Di kedai printing padu cepat siap Realtes ini, segala proses printing, embroidery dan jahitan dilakukan di kedai mereka sendiri, dan tidak dihantar ke kedai lain tau!
  • Berbekalkan beberapa perkara seperti teknologi serba canggih, teknik cetakan dan jahitan advance seperti heatpress dan UV printing, Realtees telah membuktikan bahawa mereka sememangnya pilihan utama warga Shah Alam dan sekitarnya.

3. Kepelbagaian produk dan pakej untuk dipilih

  • Sebelum mengesahkan tempahan bersama pelanggan, pihak Realtees akan menunjukkan katalog beserta pakej yang disediakan oleh mereka terlebih dahulu untuk kepuasan bersama.
  • Bagi para pembaca yang berminat, anda juga boleh terus ke website Realtees untuk melayari katalog sedia ada.

4. Realtees, kedai printing padu cepat siap – One stop center!

  • Realtees menjadi pilihan utama pelanggan kerana fleksibiliti dan kepelbagaian produk yang mereka tawarkan.
  • Dari baju korporat sehingga ke piala sukan ataupun kad peniagaan, Realtees sekali lagi membuktikan bahawa mereka mampu menghasilkan pelbagai jenis tempahan bukan sahaja dari segi printing semata, bahkan penghasilan cenderahati pun ada!

5. Proses tempahan yang pantas, murah & berkualiti

  • Realtees turut mengambil tempahan untuk sehelai baju tanpa limit minimum order tau…
  • Lagi satu, proses tempahan di sini juga adalah seawal satu hari jika tema dan corak mengikut design sedia ada.
  • Harga tempahannya pula untuk pakej 1 colour 1 side, bermula serendah RM12.50 untuk 100 keping kemeja.

Berminat untuk Membuat Tempahan Printing dan Jahitan Bersama Realtees?

  • Kedai Printing Cenderahati Murah
  • Kedai Printing Cenderahati Murah
  • Kedai Printing Cenderahati Murah
  • Kedai Printing Cenderahati Murah

Realtees menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan printing serta jahitan baju dan uniform, termasuklah penghasilan cenderahati untuk pelbagai acara dan perayaan. Buat anda yang tinggal di sekitar Selangor dan Shah Alam, Realtees sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.

Proses sulaman dan cetakan juga dihasilkan melalui mesin teknologi terkini dengan fabrik berkualiti tinggi daripada para pembekal Realtees. Jadi buat mereka yang ingin membuat tempahan bersama Realtees, anda boleh rujuk informasi di bawah seperti berikut:

Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Realtees seperti yang tertera.

Website | Facebook | Instagram

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Printing Padu Cepat Siap bersama Realtees” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *