Mesti and sedang mencari apa jenama fesyen lokal terbaik yang disukai ramai kan? Kali ni Cik Min nak kongsikan bersama anda beberapa jenama fashion tempatan yang sangat popular di Malaysia! Boleh lah anda survey dahulu jenama pakaian yang mana anda nak pakai untuk raya tahun depan kan!
Apa jenama fesyen lokal terbaik yang popular sekarang?
Pada masa kini, terdapat banyak jenama fesyen lokal terbaik yang mempunyai kualiti tinggi yang setanding dengan pakaian dari luar negara tau! Kalini Cik Min kongsikan beberapa jenama yang sedang menjadi trend terkini di pasaran Malaysia sekarang.
1. LILIT
Sumber Gambar: Hijabista
LILIT ini adalah satu jenama fesyen lokal terbaik yang diasaskan oleh Vivy Yusof. Cik Min yakin mesti ramai yang kenal kan? Jenama ni fokus pada pakaian yang mesra Muslimah, tapi masih trendy dan nampak stylish. Bayangkan baju-baju cantik yang bukan saja selesa tapi juga ikut syariah, memang sesuai untuk semua bentuk badan.
Yang menariknya tentang LILIT n ialah pendekatan yang digunakan dengan memahami keperluan wanita moden yang mahukan keselesaan tanpa berkompromi dengan gaya. Pakaian yang dihasilkan bukan sekadar cantik tetapi juga memberi keselesaan, sesuai dengan konsep “modest yet modern.”
Kalau anda nak gaya modest yang simple tapi masih up-to-date, LILIT memang antara pilihan terbaik. Lagi best, jenama ni selalu kolaborasi dengan selebriti, jadi design diorang memang fresh dan tak pernah out of style!
2. Poplook
Sumber Gambar: IoI City Mall
POPLOOK ni salah satu jenama fesyen modest dari Malaysia yang memang best sebab mereka mementingkan nilai kesederhanaan, pilihan yang banyak, kualiti tinggi dan harga berpatutan. Poplook ada lebih 1,500 rekaan untuk pilih, dari saiz XS sampai 4XL. Memang semua orang boleh bergaya dengan jenama ni! Beli kat POPLOOK pun senang sebab nak online atau pergi kedai fizikal, dua-dua boleh.
Selain pakaian, POPLOOK juga menjual tudung, beg tangan, kasut, dan ada juga koleksi untuk kanak-kanak. Yang lagi best, diorang ada buat program amal tahunan yang dipanggil POPLOOK Gives Back, dimana sebahagian hasil jualan diorang disalurkan ke badan kebajikan untuk bantu wanita dan kanak-kanak yang memerlukan.
3. Nazifi Nasri | Jenama fesyen lokal terbaik
Sumber gambar: nazifinasri.com
Nazifi Nasri ialah jenama fesyen lokal terbaik yang terkenal dengan kepakaran dalam menghasilkan produk kulit yang berkualiti tinggi. Bermula dengan koleksi sandal dan kasut untuk lelaki, Nazifi Nazri kemudian memperluaskan ke koleksi terhad untuk kasut wanita dan aksesori uniseks.
Setiap produk Nazifi Nazri direka dengan teliti dan sentiasa berpandukan konsep “timeless” dan klasik, untuk memastikan gaya yang sentiasa relevan tak kira zaman. Produk mereka ni unik sebab semua yang dihasilkan secara handcrafted oleh tukang yang berkemahiran tinggi, dan setiap koleksi dibuat adalah dalam kuantiti yang terhad.
Jadi kalau anda nak cari barangan kulit yang elegan dan tahan lama, jenama fesyen lokal terbaik ni memang pilihan yang tak mengecewakan!
4. Dr. Cardin
Sumber Gambar: IoI City Mall
Dr. Cardin adalah jenama kasut yang memang dah lama bertapak, dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam pembuatan kasut. Jenama ni juga mempunyai sekitar 120 cawangan di seluruh Malaysia. Dr. Cardin bukan sekadar menjual kasut, tapi mereka aktif dalam Research and Development untuk pastikan setiap kasut memenuhi keperluan pasaran.
Fokus utamanya pada keselesaan yang bukan saja memudahkan, tapi turut meningkatkan kualiti hidup pemakai. Selain itu, Dr. Cardin ni ada macam-macam pilihan produk, dari kasut formal, kasut kasual, sandal dan kasut sukan. Selain kasut, mereka juga ada aksesori lain seperti dompet dan beg.
Jadi kalau anda nak kasut yang nampak moden tapi masih selesa dan tak terlalu mahal, anda boleh beli di sini.
5. Padini
Sumber Gambar: Padini Holdings
Padini ni memang jenama fesyen lokal terbaik yang ramai suka sebab senang nak dapat, harga pun berpatutan! Dari baju kasual, formal, sampai aksesori untuk lelaki, perempuan, dan kanak-kanak. Jenama ni simple tapi trendy, sesuai sangat untuk korang yang nak nampak kemas dan bergaya tanpa perlu belanja lebih.
Padini ni ada banyak sub-jenama juga, macam Padini Authentics, Seed, PDI, Vincci, dan Miki. Contohnya, Vincci yang memang top untuk kasut dan beg, manakala PDI pula fokus pada baju kasual yang santai. Padini ni juga ada dekat banyak shopping mall, jadi memang senang nak dapatkan baju jenama ni.
Pendek kata, kalau anda nak shopping baju yang cantik, selesa, dan tahan lama, Padini memang pilihan yang tak pernah mengecewakan!
6. Sembonia | Jenama fesyen lokal terbaik
Sumber Gambar: IoI City Mall
Sembonia adalah jenama tempatan yang memang tak asing lagi, terutamanya bila kita cakap pasal produk kulit yang stylish dan berkelas. Sebenarnya, Sembonia dah lama berada dalam industri fesyen dan ia terkenal sebab kualiti kulitnya yang bagus, design yang chic, dan harga yang berpatutan kalau dibandingkan dengan jenama antarabangsa.
Sembonia ada banyak pilihan produk yang buat ramai tertarik dengan reka bentuk moden yang sesuai untuk pelbagai gaya seperti kasual, formal, atau santai. Produk utama mereka termasuk beg tangan, kasut, dompet, dan juga aksesori kulit. Yang bestnya lagi, Sembonia ni ada di banyak outlet di Malaysia dan juga secara online. Jika anda suka membeli secara online, and boleh beli kasut Sembonia di sini.
7. Leeyanarahman
Sumber Gambar: Leeyanarahman.co
Leeyana Rahman (LR) adalah jenama fesyen lokal terbaik yang semakin popular, terutamanya di kalangan wanita yang menggemari fesyen modest tetapi bergaya. Dikenali dengan koleksi pakaian yang elegan, Leeyana Rahman memberikan sentuhan moden pada rekaan baju kurung, jubah, dan dress yang mencipta gaya yang tak lapuk dek zaman.
Salah satu sebab jenama ini digemari adalah kerana corak dan design baju atau tudung yang cantik dan sopan yang bersesuaian dengan citarasa wanita. Material yang digunakan juga selesa dan berkualiti tinggi, menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari. Selain itu, Leeyana Rahman terkenal dengan “signature look” yang eksklusif, termasuk koleksi Raya yang sering dinantikan ramai.
Jadi jika anda ingin mengekspresikan gaya feminin yang anggun tanpa berlebihan, Leeyana Rahman adalah pilihan tepat. Anda boleh dapatkan tudung LeeyanaRahman yang top sekarang di sini.
8. Elrah Exclusive
Sumber Gambar: Elrah Exclusive
Elrah Exclusive ni memang jenama yang top, terutamanya apabila tiba musim perayaan. Dari dulu Elrah memang fokus pada baju Melayu, tapi sekarang Elrah dah ada banyak lagi pilihan seperti kemeja, seluar, sampai aksesori macam sampin dan butang baju.
Kalau anda perasan, Elrah suka guna warna-warna yang menarik, dari warna pastel sampai yang bold, sesuai untuk semua orang, tak kira muda atau tua. Salah satu kelebihan Elrah adalah keselesaannya, di mana kain yang digunakan ringan, tak panas, dan memberi kesan terletak bila dipakai.
Setiap kali musim Raya, Elrah jadi fenomena sebab ramai yang tunggu “restock” baju Melayu dorang. Jadi, tak hairanlah ramai yang sanggup beratur nak beli baju jenama Elrah ni. Kalau anda nak bergaya waktu raya nanti dengan jenama ni, anda boleh beli baju melayu Elrah di sini.
Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Jenama Fesyen Lokal Terbaik”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.