eUsahawan Conference 2024 telah berlangsung di Auditorium Kejuruteraan Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) pada 17 Oktober 2024.
Dengan tagline Shaping Tomorrow’s Success ini dihadiri oleh para pensyarah, para jurulatih dan pelajar UTEM.
Dihadiri seramai 150 peserta untuk menuntut ilmu pemasaran digital terkini.
Sesi dimulakan dengan perkongsian dari Tuan Mohd Luqman Mohd Noor Firdauz mewakili Tik Tok Shop mengenai pensijilan dari Tik Tok kepada trainer.
eUsahawan Conference 2024 ini merupakan kolaborasi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama pihak universiti UTEM.
Sesi Dialogue Session ialah sesi forum bersama moderator Tuan Ezali (MDEC) bersama Dr Isma (UTEM) , Dr Mulyani (Binus University Indonesia), Tuan Zulkiflee (Founder He&She) dan Cik Puan Najwa (usahawan UTEM).
Perkongsian pandangan sudut pensyarah dan usahawan pastinya memberikan perspektif kepada peserta terutama untuk memulakan dan meneruskan perniagaan.
Berubah atau jatuh rebah – Dr Isma
Semoga industri perniagaan semakin meningkat selari dengan perkembangan teknologi digital masa kini.
eUsahawan adalah inisiatif anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk meningkatkan pengetahuan ilmu digital di kalangan rakyat Malaysia.
Ikuti laman Facebook eUsahawan di sini.
Kongsikan perniagaan dan program lokal di tempat anda bersama Laman Web SupportLokal