Hai Semua! Hari ini Cik Min nak bercerita tentang Gold Bar Asmaul Husna 99 nama Allah yang dikeluarkan oleh Haifa Gold & Silver, atau lebih senang dikenali sebagai Kedai Emas HAIFA.
Betul, ia mungkin kedengaran agak janggal… Namun pada masa yang sama, ia merupakan sebuah projek yang sangat menakjubkan tau! Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang Gold Bar Asmaul Husna 99 nama Allah daripada HAIFA ini, make sure anda baca perkongsian Cik Min sampai habis.
Apa Itu Gold Bar Asmaul Husna 99 Nama Allah?
Gold Bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini adalah produk limited edition daripada EMAS HAIFA. Naskhah 99 design teragung ini hanya mempunyai 99 set sahaja! Ia juga adalah khas untuk 99 orang terawal yang berminat untuk menyertai “Kempen Simpan Emas Sambil Beribadah“.
Kepada anda yang mendapatkan satu set lengkap koleksi gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini, HAIFA akan menghadiahkan anda dengan sebuah album gold bar istimewa edisi terhad keluaran mereka. Album Koleksi Emas Asmaul Husna tersebut mempunyai 120 slot dan akan diberikan secara PERCUMA kepada anda.
Apa yang lebih menarik di dalam album gold bar ini ialah, HAIFA ada menyediakan pelbagai info-info menarik berkaitan emas dan zakat emas. Wowww, sambil menyimpan emas pun kita boleh menimba ilmu!
Walau bagaimanapun buat pelanggan yang mengisi opt-in form HAIFA di awal pelancaran nanti, anda akan memperoleh diskaun atau voucher tunai sebanyak RM33 tau! Bila dah tolak dengan harga asal album tersebut, maka harganya akan jatuh serendah RM66 SAHAJA. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun hebat ini ya!
Bukan itu sahaja, di dalam album gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini juga turut disediakan sebuah leaflet 12 muka surat tau! Gambar di atas merupakan antara sneak peak yang boleh anda lihat terlebih dahulu.
Peluang Memenangi Naskhah Ustazah Asma’ Harun Secara PERCUMA!
Buat para pelanggan yang membuat pembelian gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah semasa hari launching nanti, anda akan berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH tau!
Paling best, anda boleh memenangi sebuah naskhah yang bertajuk Mukhtasar Asmaul Husna hasil nukilan Ustazah Asma’ Harun secara PERCUMA sahaja. Mana lagi nak dapat peluang emas macam ni kalau bukan dengan HAIFA, kan?
Gold Bar Asmaul Husna Turut Boleh Dimiliki oleh Mereka yang Bukan Beragama Islam
Melalui penjualan gold bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini, HAIFA menerangkan bahawa nilai yang mereka fokuskan bukan hanya terhadap emas semata-mata. Bahkan, HAIFA juga berharap zikir-zikir Asmaul Husna yang tertera pada kad gold bar tersebut boleh diamalkan sentiasa oleh pelanggan supaya ia mampu mendatangkan manfaat bersama.
InsyaAllah dengan izin Allah, zikir ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan seharian para muslimin dan muslimat yang percaya kepadaNya. Apabila ditanya tentang perihal “target market” produk ini, HAIFA turut memberi tahu bahawa fokus utama mereka adalah buat seluruh warga Malaysia beragama Islam.
Tetapi, jika terdapat individu bukan muslim yang berminat dengan design atau artwork rekaan koleksi gold bar Asmaul Husna ini, maka mereka tiada masalah untuk menjualnya kepada mereka. Menarik kan approach penjualan team HAIFA ni?
Antara Sebab Mengapa HAIFA Menghasilkan Gold Bar Menakjubkan Ini
Idea asal untuk projek koleksi emas gold bar Asmaul Husna ini adalah dengan menggunakan berat emas sebanyak 1g.
Walau bagaimanapun, disebabkan kos projek secara keseluruhan yang agak tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit, maka HAIFA membuat keputusan untuk melancarkan projek pertama ini dimulakan dengan berat yang lebih ringan iaitu 0.25g sahaja.
Dengan gold bar seberat 0.25g ini, ia lebih mampu milik dan boleh dijadikan komitmen terbaik buat mereka yang gemar mengumpul emas. Nanti bolehlah anda kumpul beberapa gold bar nama-nama Allah ini dengan lebih banyak!
Sedikit tips utama penyimpanan emas daripada team HAIFA
- Emas wajib disimpan lama – Semakin berat emas tersebut, semakin singkat tempoh penyimpanannya. Begitu juga semakin ringan berat emas tersebut, maka semakin lamalah tempoh simpanannya.
- Dapatkan physical gold – Buat research tentang jenis-jenis emas dan utamakan pelaburan pada emas yang boleh dilihat dan dipegang. Kurangkan juga pelaburan wang anda pada skim-skim pelaburan emas yang bukan fizikal ya.
- Elakkan membeli sijil atau akaun emas – Hal ini paling wajar dielakkan, lebih-lebih lagi apabila ia tidak patuh syariah.
- Mulakan 1g pertama anda segera – Selagi tak mula, selagi itulah pelaburan emas anda tidak akan berkembang tau…
Cara Pembelian Gold Bar Asmaul Husna Bersama HAIFA
Sebulan sebelum pelancaran, HAIFA akan mengedarkan satu opt-in form untuk diisi oleh sesiapa yang berminat untuk menyertai senarai menunggu pelanggan mereka (waiting list). Di dalam form itu juga, anda boleh menyatakan design gold bar yang paling diminati sebagai rujukan buat team HAIFA memproduksikannya.
Pada hari pelancaran Gold Bar Asmaul Husna 99 nama Allah ini pula, mereka yang berada di dalam waiting list boleh membeli gold bar tersebut secara terus di laman jualan khas HAIFA tau! Tapi kalau anda prefer untuk walk–in terus ke Kedai Emas HAIFA pun tak ada masalah ya.
Oh ya! Jika stock design gold bar yang anda inginkan telah habis, anda boleh sahaja memesan design tersebut melalui laman jualan yang akan diedarkan kemudian ataupun melalui admin team HAIFA.
Kepada yang nak walk-in, anda boleh kunjungi Kedai Emas HAIFA yang berlokasi di NO.29, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK. Kedai mereka dibuka setiap hari tau! Kalau rasa-rasa macam nak serbu nanti, pastikan anda datang mengikut waktu operasi dari jam 10.30A.M. – 6:30P.M.
Di sini Cik Min berikan juga nombor-nombor telefon mereka untuk anda hubungi ya:
Akhir sekali, sekiranya anda yang ingin mendapatkan sebarang info terkini daripada kedai emas HAIFA, pastikan anda terus ke laman media sosial mereka seperti di bawah. Selamat mencuci mata!
Website | Facebook | Instagram | TikTok | Telegram | Shopee
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Gold Bar Asmaul Husna 99 Nama Allah | EMAS HAIFA”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.