Richeese Factory kini berada di Malaysia! Bagi yang belum tahu, Richeese Factory merupakan QSR (Quick Service Restaurant) atau restoran sajian pantas dari Indonesia, dengan menu utama ayam goreng krispi beserta sos keju yang lazat dan hangat. Produk dari Richeese Factory cukup digemari oleh kalangan remaja Indonesia yang memiliki selera makanan pedas tau…

Richeese Factory kini telah secara rasmi dibuka di Malaysia pada tanggal 4 Februari lalu, dan cawangan pertamanya terletak di 1 Utama Shopping Centre (LG356, Rainforest). Menu istimewa ayam berapi mereka juga disediakan di mana anda boleh memilih tahap kepedasan dari 0-5! 🔥

Hidangan Signature | Richeese Factory Kini di Malaysia

Combo 2 Fire Chicken

Ketika ini,  ayam goreng Richeese Factory tersedia dalam tiga varian perisa iaitu Richicken, Hot & Spicy Chicken dan Fire Chicken. Menu yang menjadi hidangan signature sudah tentunya set Combo 2 Fire Chicken yang terdiri daripada 2 ketul Fire Chicken yang disaluti sos BBQ pedas bersama sos keju istimewa.

Menu ini hadir dengan dengan 5 tahap kepedasan yang anda sendiri boleh pilih dan didatangkan sekali bersama air Pink Lava, iaitu minuman susu strawberi segar dan manis. Kentang putar dan coleslaw turut disajikan sebagai hidangan sampingan.

Selain itu, Richeese Factory juga menampilkan menu hidangan berlainan seperti kentang goreng, stik ayam, nachos, kebab, kroquet keju dan kek keju. Terdapat banyak pilihan minuman seperti teh berperisa, jus buah-buahan dan yogurt frappe boleh turut didapati di sini.

Richeese Factory juga menggunakan platform ini untuk mempromosikan dan memasarkan produk lain termasuklah mee segera Richeese.

Outlet Richeese Factory di Malaysia

Richeese Factory Kini di Malaysia

Richeese Factory sangat teruja untuk mengumumkan bahawa outlet mereka yang kedua baru sahaja dibuka yang terletak di Berjaya Times Square (Lot No LG-09A, Lower Ground Floor). Wahai cheesemate di luar sana, ayuh serbu beramai-ramai ke cawangan berdekatan dan kongsikan pengalaman anda bersama kami!

Richeese Factory kini juga boleh didapati di aplikasi Foodpanda untuk khidmat penghantaran makanan. Hanya duduk cheesemate, dan mereka akan menghantar hidangan kegemaran anda terus ke rumah. Selamat mencuba!

Pssst, jom ikuti laman media sosial Richeese Factory MY untuk dapatkan info-info terkini.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Richeese Factory Kini di Malaysia”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

One Reply to “Richeese Factory Kini di Malaysia”

  1. The seremban outlet cashier order service is terrible. Some customers can order at counter, why need to ask myself order at machine? Some more is not clouded condition? The person customer are young guy and healthy person. Are this is special rules to be apply? Date 29/6/2023 and time 7:10pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *