Tuan Puan perasan tak dulu-dulu bila kita nak beli emas, susah betul kita nak jumpa kedai emas Islam kan? Almaklumlah, kita ni kalau nak berbelanja emas pastinya ingin mencari kedai yang dipercayai dari segi ketulenannya dan adakah ia patuh syariah, betul tak? Agak mencabar juga untuk mencari kedai emas islam terbaik Malaysia ini. Mana tidaknya, saingan dengan peniaga yang berlainan bangsa dan agama kini sangat sengit. Masing-masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri.

Tapi Tuan Puan jangan risau tau! Cik Min dah jumpa dah kedai emas yang sesuai untuk anda pergi. Kedai emas tersebut adalah Haifa Gold and Silver atau lebih dikenali sebagai Kedai Emas Haifa yang terletak di 29, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak.

Kelebihan Membeli di Kedai Emas Haifa | Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia

Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia

1. Mempunyai “Certified Authentic” iaitu Sijil Ketulenan Emas

  • Kalau anda nak tahu, antara tips untuk memastikan emas atau gold bar yang anda beli tidak palsu adalah anda perlu membeli daripada trusted seller atau kedai yang boleh dipercayai.
  • Bagaimana untuk kita tahu jika ia boleh dipercayai atau tidak? Anda boleh minta dan semak sijil ketulenan emas tersebut yang telah diluluskan. Ia mestilah ditandatangani oleh certifed assayer yang sah dan bukan ditandatangani oleh pihak lain yang tidak mempunyai kelulusan professional untuk menentukan mutu ketulenan emas.

2. Jual Beli Patuh Syariah | Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia

  • Kedai Emas Haifa mengutamakan jual beli yang patuh syariah terutamanya bagi transaksi yang melibatkan “trade in” (tukar beli emas lama kepada yang baharu) dimana mereka akan memastikan akad jual beli emas mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia
  • Sebagai contoh situasi, sekiranya pelanggan ingin menjual emas lama dan membeli semula emas baharu, 2 akad wajib dilafazkan bagi kedua-dua transaksi tersebut di Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia ini.
  • Akad yang pertama adalah akad jual beli bagi transaksi penjualan dan pembelian emas lama, manakala akad yang kedua adalah bagi akad jual beli pembelian emas baharu.

3. Boleh Membeli Gold Bar Secara Ansuran

  • Menurut pemilik Kedai Emas Haifa, bayaran secara ansuran hanya boleh diterima oleh pelanggan yang memegang kad kredit Maybank sahaja (bukan debit) melalui auto swipe ansuran.
  • Tempoh pembayaran boleh dipilih sama ada untuk 3,6,12 atau 24 bulan sahaja.
  • Pembayaran menggunakan kad kredit tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan. Namun begitu, pemilik kad kredit perlulah membuat pembayaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh akhir pembayaran yang dikeluarkan oleh pihak bank.
  • Hal ini adalah untuk memastikan anda tidak dikenakan “late payment charges” daripada pihak bank atas setiap kelewatan pembayaran kad kredit.
  • Transaksi ini hanya berlaku secara terus antara pihak bank Maybank dan juga pemegang akaun kad kredit tersebut. Pembayaran secara ansuran untuk lain-lain tidak disediakan buat masa sekarang kerana harga emas akan berubah setiap hari.
  • Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk melakukan pembayaran secara ansuran kerana dikhuatiri akan terjebak dalam unsur kesamaran dalam menentukan harga emas semasa.

4. Mempunyai Koleksi Gold Bar Berkonsepkan Asmaul Husna 99 Nama Allah | Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia

  • Kalau anda nak tahu, Kedai Emas Haifa merupakan satu-satunya kedai emas yang menawarkan koleksi gold bar yang berkonsepkan 99 nama Allah.
  • Menurut pemilik kedai emas ini, koleksi ini direncanakan dalam bentuk kepingan jongkong emas agar segala kebaikan zikir Asmaul Husna dapat dikongsi dan memberi manfaat kepada masyarakat muslim khususnya.
Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia
  • Koleksi gold bar Asmaul Husna 99 Nama Allah ini juga diharapkan agar dapat memberi galakan kepada masyarakat muslim untuk menyimpan emas bermula dengan nilai yang kecil.
  • Inisiatif founder adalah agar masyarakat dapat mengumpul emas dalam tempoh jangka masa panjang sehingga lengkap 99 koleksi Asmaul Husna ini. Namun begitu, apa yang lebih bernilai tinggi adalah amalan-amalan zikir yang ingin mereka kongsikan bersama agar dapat diamalkan sepanjang kehidupan.

5. Boleh “Return & Refund” Gold Bar Yang Dibeli Secara Online

  • Kedai Emas Haifa membenarkan “Return policy bersyarat” kepada pelanggan yang membeli gold bar mereka melalui perkhidmatan pos. Hal ini kerana mereka turut menjalankan perniaagaan emas secara online.
  • Antara sebab yang dibenarkan untuk “return policy” adalah jika gold bar yang diterima mengalami kerosakan ketika proses penghantaran seperti packaging gold bar rosak semasa dihantar.
  • Selain itu, penukaran juga dibenarkan sekiranya gold bar yang ditempah melalui online tidak sama dengan apa yang pelanggan terima. Sebagai contoh, pihak kedai emas tersebut mengepos gold bar Asmaul Husna Ya Halim sedangkan gold bar yang ditempah ialah gold bar Ya Rahman.
  • Syaratnya adalah pelanggan wajib menghantar video sebagai bukti sewaktu barang diterima dan pos semula kepada pihak kedai selewat-lewatnya 5 hari setelah barang diterima untuk dinilai atau diperiksa.

Customize Emas Dengan Haifa Gold @ Kedai Emas Haifa | Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia

Adakah Haifa Gold @ Kedai Emas Haifa Menerima Tempahan Customize Emas untuk para pelanggan?

-Soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan

Ya! Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia ini menerima tempahan khas bagi gold bar, loket ukiran nama, cincin, rantai tangan ukiran nama, bangle, dan tempahan cincin silver lelaki. Bagi tempahan Gold Bar Asmaul Husna, pelanggan boleh memberitahu jenis warna, berat sama ada 0.25 gram atau 1 gram, dan nama yang diinginkan daripada senarai 99 Asmaul Husna tersebut.

Sebenarnya terdapat banyak keistimewaan yang anda akan peroleh apabila membeli emas di Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia ini. Cik Min memang sangat-sangat sarankan anda semua untuk berbelanja di sini. Lebih-lebih lagi mereka turut memberikan free gift yang menarik dan eksklusif kepada pelanggan yang membeli emas di kedai mereka tau!

Antara barangan percuma yang pelanggan akan miliki setelah membuat pembelian adalah seperti Payung, Pouch bag, Beg telekung, Jewellery box, dan Telekung Exclusive Siti Khadijah. Menarik kan? Oleh itu, jika tuan puan sedang mencari kedai emas islam terbaik Malaysia, boleh pertimbangkan Kedai Emas Haifa ini sebagai salah satu pilihan utama tuan puan! Selamat Berbelanja Tuan Puan!

Berminat untuk Membeli dan Melabur Emas bersama Kedai Emas Haifa?

  • Gold Bar Murah Ipoh
  • Gold Bar Murah Ipoh

Kedai Emas Haifa menyediakan pelbagai jenis emas dan gold bar untuk pelanggan membeli dan melabur disini. Buat anda yang tinggal di sekitar Perak dan Ipoh, Haifa sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.

99 Koleksi Emas Asmaul Husna hanya terdapat di Kedai Emas Haifa dan tidak dijual ditempat lain, menjadikannya item eksklusif kepada para pengumpul emas. Jadi buat mereka yang ingin membuat tempahan atau mengumpul gold bar ini di Kedai Emas Haifa, anda boleh rujuk informasi di bawah seperti berikut:

  • Shop: +010-5642957
  • Alamat: 29, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak.
  • Email: kedaiemashaifa@gmail.com

Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Kedai Emas Haifa seperti yang tertera.

Website | Facebook | TikTok

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Kedai Emas Islam Terbaik Malaysia” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *