Cik Min selalu tercari-cari kedai emas mana ada jual emas yang berpatutan tau. Kali ini Cik Min nak kongsikan yang Cik Min dah jumpa tau kedai emas Melayu terbaik di Perak iaitu Kedai Emas Haifa. Mungkin ada tuan puan yang nak tahu apa istimewanya kedai emas ini kan? Jom baca artikel ini sehingga habis ya!
Di Kedai Emas Haifa ini, mereka mempunyai item yang rare serta best selling iaitu 99 Koleksi Emas Asmaul Husna dalam bentuk gold bar!
99 Koleksi Emas Asmaul Husna | Kedai Emas Melayu Terbaik di Perak
Seperti yang kita tahu, harga emas mengikut harga pasaran yang paling terkini. Jadi, harga gold bar ini adalah seperti berikut jika mengikut pasaran :
- 0.25g – RM160 sehingga RM180
- 1g – RM420 sehingga RM450
Kedai Emas Haifa juga membenarkan untuk pelanggannya melakukan proses trade in dengan gold bar ini. Namun begitu, prosesnya tidak rumit di mana pelanggan hanya perlu erlu membawa gold bar tersebut untuk pemeriksaan lanjut serta membawa kad pengenalan sekiranya ingin menukar gold bar kepada wang tunai.
Pelanggan yang Membeli Gold Bar
Kedai Emas Haifa mensasarkan pelanggan yang merupakan peminat dan pengumpul gold bar tidak kira lelaki atau perempuan bagi 99 Koleksi Nama Allah ini. Kedai Emas Haifa amat menggalakkan mereka dari pelbagai peringkat umur untuk membeli koleksi Gold Bar Asmaul Husna ini.
Koleksi gold bar ini juga sesuai untuk para pelajar yang mempunyai pendapatan simpanan untuk menyimpan gold bar. Untuk para pelajar yang berminat boleh bermula menyimpan emas pada umur yang muda sekitar 20-an pada harga serendah RM160-180 bagi berat 0.25g.
Selain itu, 99 Koleksi Asmaul Husna ini juga sesuai untuk disimpan bagi jangka masa panjang kerana mereka yang membeli boleh mengumpul koleksi ini sehingga cukup 99 gold bar di kedai emas Melayu terbaik di Perak.
Sebelum Cik Min lupa, Kedai Emas Haifa juga menyediakan album gold bar yang bernilai RM99 dan akan diberikan secara percuma bagi pembelian sekeping gold bar. Tambahan pula, di dalam album tersebut mempunyai info berkenaan emas yang disediakan seperti cara-cara pengiraan zakat emas yang digunakan dan zakat emas simpanan berserta uruf-uruf mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Cara Menyimpan Gold Bar Asmaul Husna
Gold bar ini tidak boleh diletakkan di tempat yang sebarang kerana mempunyai nama suci Allah. Oleh sebab itu, Kedai Emas Haifa menyediakan album bagi penyimpanan gold bar supaya tidak hilang dan tidak diletakkan di sebarang tempat.
Keistimewaan Gold Bar Asmaul Husna
Cik Min tertarik nak cerita serba-serbi berkenaan keistimewaan gold bar keluaran Kedai Emas Haifa ini. Pertama sekali, gold bar Asmaul Husna hanya dikeluarkan oleh Kedai Emas Haifa sahaja. Setakat ini, tiada lagi pasaran atau kedai emas lain di Malaysia ataupun di luar negara yang mengeluarkan koleksi 99 keping nama-nama Allah ini secara serentak.
Hanya YaPEIM Gold sahaja yang mengeluarkan koleksi ini, namun terdapat perbezaan ketara di antara YaPEIM Gold dan Kedai Emas Haifa .YaPEIM Gold hanya mengeluarkan beberapa nama sahaja secara berperingkat. Selain itu juga album gold bar ini juga ditempah khas dan tertera di hadapan album ini merupakan Koleksi Emas Asmaul Husna.
Selain itu, gold bar Asmaul Husna juga dirasmikan oleh dan dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak pada 2 Disember 2023 yang lalu.
Hot Item 99 Koleksi Emas Asmaul Husna | Kedai Emas Melayu Terbaik Di Perak
Antara hot item untuk Koleksi Emas Asmaul Husna ini adalah :
- Ya Rahman dan Ya Rahim – Maksudnya yang dekat dengan hati manusia iaitu kasih sayang.
- Ya Razzaq – Kemurahan rezeki.
- Ya Latiff – Kelembutan hati.
Berminat untuk Membeli dan Melabur Emas bersama Kedai Emas Haifa?
Kedai Emas Haifa menyediakan pelbagai jenis emas dan gold bar untuk pelanggan membeli dan melabur disini. Buat anda yang tinggal di sekitar Perak dan Ipoh, Haifa sememangnya pilihan yang tepat untuk anda.
99 Koleksi Emas Asmaul Husna hanya terdapat di Kedai Emas Haifa dan tidak dijual ditempat lain, menjadikannya item eksklusif kepada para pengumpul emas. Jadi buat mereka yang ingin membuat tempahan atau mengumpul gold bar ini di Kedai Emas Haifa, anda boleh rujuk informasi di bawah seperti berikut:
- Shop: +010-5642957
- Alamat: 29, Jalan Pengkalan Utama 1, Taman Pengkalan Utama, 31650 Ipoh, Perak
- Email: kedaiemashaifa@gmail.com
Bagi anda yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Kedai Emas Haifa seperti yang tertera.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Kedai Emas Melayu Terbaik Di Perak” Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.