Kedai emas murah Ipoh? Eh, wujud ke emas dengan harga yang murah? Bukan ke harga emas ni sama je dekat mana-mana pun? Haaa, mari Cik Min terangkan.

Untuk pengetahuan semua, harga emas adalah sama mengikut kadar global. Ia mungkin berubah-ubah atas beberapa faktor seperti kadar faedah, nilai mata wang, ketidakstabilian politik dan ekonomi, serta kemasukan pasaran. Jika anda nak tahu update harga emas yang terkini, boleh klik sini.

“Kalau macam tu Cik Min, apa tips terbaik untuk mulakan pelaburan emas tapi nak harga yang lebih murah?”

Nak tahu apa jawapannya? Jom kita dapatkan pendapat daripada founder Kedai Emas HAIFA, Puan Iqtiyani Ulfa, yang merupakan seorang pakar dalam bidang pelaburan emas.

Tips Puan Iqtiyani Ulfa Selaku Founder Kedai Emas HAIFA, Tentang Pelaburan Emas

Emas sering dihubung kait dengan pelaburan masa depan kerana sifatnya yang kalis inflasi, serta menjadikannya sebagai aset simpanan stabil (low risk investment).

Sebelum membeli emas, wajar untuk kita mengasingkan wang simpanan yang tidak boleh diusik untuk tempoh masa yang lama. Hal ini kerana, emas merupakan sebuah aset beku yang perlu disimpan untuk jangka masa lama sebelum anda memperoleh keuntungannya.

Kata Puan Iqtiyani, terdapat beberapa tips yang perlu para pembeli ketahui sebelum membuat pelaburan emas. Antaranya adalah:

  • Kenal pasti tujuan pembelian emas sama ada untuk simpanan, pelaburan ataupun perhiasan harian.
  • Jika nak beli emas untuk pelaburan, pastikan anda membeli emas fizikal mutu 916 dan 999 dan simpanlah sekurang-kurangkan 10 tahun untuk menampakkan hasil.
  • Elakkan diri daripada terjebak ke dalam skim emas yang menjanjikan profit tinggi dalam jangka masa singkat, kerana perkara sedemikian terdapat unsur keraguan dan kebanyakannya adalah scam semata-mata.
  • Kalau nak beli emas perhiasan di samping menjadikannya sebagai aset, elakkan bertanya tentang upah dan beli sahaja ikut mana yang berkenan di mata dan hati.
  • Andai anda mula berasa bosan dengan design yang sama ataupun barangan kemas tersebut sudah rosak atau putus, anda boleh lakukan proses trade in untuk mendapatkan barang kemas yang baru. Ia mungkin kelihatan mahal kerana upahnya, namun anda lebih RUGI jika emas tersebut dijual dalam masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, emas tetap emas! Value emas tetap semakin meningkat, cuma perlukan sedikit masa dan kesabaran tau…

Pengguna barangan kemas tidak perlu risau memikirkan kerugian duit dan anggap sahaja ia sebagai kos kecantikan seperti membeli barangan berjenama baju ataupun handbag. Konsep yang lebih kurang sama, di mana ia tidak boleh dijual semula di kedai, tetapi kita puas hati menggunakannya.

FAQ 1 | Kedai Emas Murah Ipoh – Apa antara barangan kemas dan berat yang boleh dibeli sebagai permulaan pelaburan dan penyimpanan emas?

Kepada yang baru nak mula simpan emas, anda boleh tetapkan dahulu bajet yang diperuntukkan mengikut kemampuan masing-masing.

Kalau nak mulakan dengan bajet yang kecil, anda boleh beli cincin emas yang harganya bermula serendah RM150 atau gold bar 1g yang boleh didapati dengan harga serendah RM360 sahaja di kedai emas murah Ipoh, EMAS HAIFA. Kalau nak dapatkan gold bar Asmaul Husna dengan berat 0.25g pun ada tau! Lebih murah harganya, InsyaAllah…

Kalau anda ada bajet lebih sikit, boleh up sikit dengan membeli rantai tangan atau rantai leher. Ia sesuai dipakai secara harian dan juga sebagai simpanan pelaburan. Harganya adalah bergantung pada berat dan jenis design item.

FAQ 2 | Kedai Emas Murah Ipoh – Walaupun harga emas adalah sama sahaja di seluruh dunia, masih ada ke peluang untuk mendapatkan barangan kemas dengan harga yang lebih murah?

Menurut Puan Iqtiyani, ia adalah tidak mustahil tau! Beliau memberitahu bahawa barangan kemas fizikal dengan harga murah memang boleh didapatkan melalui emas preloved, used ataupun emas scrap.

Ketiga-tiga jenis emas ini biasanya boleh didapati dengan harga 15% – 20% lebih rendah berbanding emas baharu yang berada di pasaran. Jadi, kalau anda rasa nak mulakan dengan harga emas yang lebih rendah, anda boleh dapatkan jenis-jenis emas tersebut ya!

Oh ya! Jika anda berminat untuk ke kedai emas murah Ipoh, EMAS HAIFA, bagi mendapatkan ketiga-tiga jenis emas murah tersebut pun boleh. Namun, perlu diingatkan bahawa stok adalah sedikit sukar untuk diperoleh tetapi andai ada rezeki anda, insyaAllah ia boleh diusahakan.

Nak Dapatkan Emas Berkualiti Bersama HAIFA, Kedai Emas Murah Ipoh Perak?

kedai emas terbaik di ipoh

Kepada yang berminat untuk mendapatkan barangan kemas daripada HAIFA, kedai emas murah Ipoh Perak, anda boleh kunjungi kedai kami yang berlokasi di NO.29, JALAN PENGKALAN UTAMA 1, TAMAN PENGKALAN UTAMA, 31650 IPOH, PERAK.

Kedai Emas Haifa juga dibuka setiap hari tau! Ha, kalau rasa-rasa macam nak menyerbu kami, pastikan anda datang mengikut waktu operasi dari jam 10.30A.M. – 6:30P.M.

Jika anda mempunyai sebarang aduan, cadangan, atau tempahan secara pukal, anda disarankan untuk menghubungi Kedai Emas Haifa melalui email kedaiemashaifa@gmail.com ATAU melalui mana-mana talian WhatsApp di bawah:

Untuk mendapatkan info lanjut tentang promosi-promosi terkini pula, pastikan anda follow laman media sosial kami seperti yang tertera. Selamat mencuci mata!

Website | Facebook | Instagram | TikTok | Telegram | Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *