Zaman sekarang ni, ramai orang berlumba-lumba untuk join kelas TikTok Malaysia. Hmm, agaknya kenapa ya? Apa yang hebatnya aplikasi ni sampai ada yang sanggup mendaftar class untuk belajar?

Jeng, jeng, jeng… Kalau anda nak tahu, sekarang ramai usahawan dah boleh berniaga di aplikasi Tiktok tau! Tak cukup dengan itu, ramai juga usahawan Malaysia yang telah berjaya mengaut keuntungan lumayan di platform tersebut. Wow!

Pastikan anda juga tidak ketinggalan mendapatkan kelas-kelas sebegini ya! Tanpa membuang masa, jom Cik Min ceritakan sedikit sebanyak tentang perniagaan di aplikasi TikTok ini.

TikTok Shop untuk Usahawan | Kelas TikTok Malaysia

Sebenarnya, banyak features di Tiktok yang mampu membantu para usahawan menjalankan perniagaan mereka. Tapi anda tak perlu risau, sebab tak susah pun nak berniaga di platform tersebut!

Perkara paling utama untuk anda lakukan adalah dengan memuat turun dan mendaftar akaun perniagaan di aplikasi “Tiktok” dan “Tiktok Seller Centre”. Anda boleh download aplikasi tersebut melalui Playstore, Appstore, atau Huawei AppGallery.

“Kenapa sampai kena download dua aplikasi ni Cik Min? Apa beza kedua-dua apps ni?”

– sOALAN USAHAWAN HEBAT

Orait, mari sini Cik Min terangkan satu persatu kepada anda. Pastikan anda baca sehingga habis tau…

Perbezaan di Antara TikTok dan TikTok Shop

1. Tiktok

  • Sign up menggunakan akaun Gmail.
  • Platform untuk tujuan post video
  • Boleh meletakkan beg kuning (senarai produk jualan)
  • Tidak boleh buat ‘live‘ untuk mempromosikan produk jualan sekiranya pengikut <1000 orang

2. Tiktok Seller Centre | Kelas Tiktok Malaysia

  • Sign up menggunakan akaun Gmail
  • Platform untuk menguruskan akaun kewangan (untung, komisen, statistik dll)
  • Platform untuk add product
  • Aplikasi ini membolehkan anda buat ‘live‘ di aplikasi TikTok bagi mempromosikan produk jualan walaupun pengikut anda <1000 orang

Sekarang, anda nampak tak betapa pentingnya kedua-dua aplikasi ni? Nanti selepas anda berjaya mendaftar akan di kedua-dua aplikasi tersebut, barulah anda boleh mulakan perniagaan dengan mudah.

Sedikit tips daripada Cik Min, adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan email yang berlainan untuk urusan business dan personal.

Hal ini supaya urusan perniagaan anda kelihatan lebih tersusun dan sistematik tanpa sebarang percampuran urusan lain. Kalau nak buka akaun gmail baharu untuk business anda pun lebih baik! Boleh klik sahaja di di sini.

Jauh perjalanan, luas pemandangan…

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda perlu sentiasa menambah ilmu perniagaan supaya lebih maju pada masa akan datang. Lagi banyak anda belajar, lagi banyaklah pengalaman dan benda baharu yang boleh anda dapat.

Jadi, Cik Min nasihatkan agar anda sentiasa cuba untuk menyertai kelas-kelas Tiktok di luar sana bagi mengasah lagi kemahiran berniaga di platform ni.

Oh ya, salah satu kelas Tiktok terbaik dan relevan yang Cik Min boleh sarankan adalah Kelas Tiktok anjuran Coach Suraya Ali daripada Lunaworks. Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang kelas-kelas yang bakal mereka anjurkan, anda boleh kunjungi laman Facebook Lunaworks ya.

Buat anda yang nak dapatkan rakaman kelas TikTok Malaysia daripada Coach Suraya Ali pula, pastikan anda klik di sini hari ini juga. Selamat maju jaya!

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Kelas Tiktok Malaysiaā€¯ Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *