Pernah tak kereta anda mengalami kebocoran dan baunya agak tengik? Haa, itu maknanya minyak gearbox kereta anda yang bocor. Dah bocor, tak tahu pula di mana nak baiki. Jangan risau, lebih-lebih lagi jika anda warga Shah Alam! Cik Min perkenalkan kedai tayar murah Shah Alam iaitu Maxipura!
Nak tahu lebih lanjut tentang Maxipura ini kenalah bersama dengan Cik Min hingga hujung artikel ya.
Info Maxipura | Kedai Tayar Murah Shah Alam
Di sini, Cik Min kongsikan cawangan Maxipura yang beroperasi di No 44, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor ini juga mempunyai cawangan di negeri lain seperti di sekitar Lembah Klang dan satu di Johor Bahru. Waktu perniagaan bagi Maxipura yang berada di Shah Alam ini adalah dari jam 9 pagi hingga 10 malam dan juga beroperasi pada setiap hari. Bukan itu sahaja, Maxipura juga mempunyai talian khidmat pelanggan 24 jam.
Servis yang Disediakan di Maxipura
Servis yang disediakan di kedai tayar murah Shah Alam ini dikendalikan oleh mekanik yang professional serta berkemahiran. Maxipura juga boleh dihubungi oleh pelanggan mereka untuk datang ke lokasi mereka tidak kira di rumah atau di mana sahaja mengikut kepada situasi mekanik.
Seperti di awal artikel tadi, Cik Min ada cerita sedikit tentang minyak gearbox kan? Harga untuk minyak servis gearbox di Maxipura ini sangat berpatutan. Anda juga boleh meminta nasihat daripada mekanik di Maxipura berkenaan minyak gearbox yang sesuai kerana mekanik mereka juga tidak kedekut ilmu. Masa yang diambil untuk servis sebuah kereta adalah 20 hingga 45 minit mengikut jenis kenderaan serta trafik di bengkel.
Produk Servis Kereta Di Maxipura
Produk spare parts untuk servis kereta di Maxipura ini diambil daripada pengedar rasmi untuk memastikan ketulenan alat ganti itu bagi memastikan kepuasan pelanggan berada di tahap yang maksimum. Contohnya, spareparts yang disediakan di Maxipura adalah penukaran bateri kereta. Untuk harga bateri kereta yang berjenama seperti Mayshowa adalah bermula dari RM220.
Anda semua boleh melihat beberapa gambar di bawah yang menunjukkan spareparts dan produk yang disediakan di Maxipura :
Keistimewaan Maxipura Berbanding Bengkel Lain
Selain dari memberi servis kereta yang terbaik di Shah Alam, Maxipura juga mempunyai keisitimewaannya yang tersendiri berbanding dengan bengkel lain. Ha, anda semua nak tahu ke tak? Jom Cik Min senaraikan keistimewaan Maxipura di bawah ini :
1.Perkhidmatan servis dahulu, bayar kemudian ( Direct Lending)
2.Mendapat nasihat/ cadangan dari mekanik bepengalaman
3.Mendapat waranti bergantung kepada terma dan syarat
4.Mempunyai pusat refleksologi yang patuh syariah
Menarik betul kan? Cik Min dah rasa macam nak pergi sekarang juga untuk servis kereta. Mereka bukan sahaja memberi servis yang terbaik malahan keistimewaannya juga lain dari yang lain! Apa tunggu lagi, warga Shah Alam? Jomlah kita serbu Maxipura sebelum pulang ke kampung halaman di waktu perayaan nanti!
Berminat untuk Menggunakan Servis dari Kedai Tayar Murah Shah Alam, Maxipura?
Buat anda semua yang menetap di Shah Alam dan sekitar Selangor, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Maxipura. Maxipura bukan sahaja berkemahiran dalam servis minyak gearbox tetapi mekanik mereka juga mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam lain seperti, tayar, brek dan lain-lain.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan servis dari Maxipura, anda boleh booking dahulu dengan merujuk informasi yang Cik Min sediakan seperti di bawah :
- Shop: 03-5524 2155
- Mobile: +60 19 – 257 7215 (Fiza) / +60 17 – 557 5117 (Fauzan)
- Email: maxipura@gmail.com
Bagi para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Maxipura, boleh Like, Follow dan Subscribe saluran media Maxipura ini seperti yang tertera. Korang juga boleh layari laman web Maxipura untuk mengetahui cawangan lain atau klik sahaja link ini!
Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Kedai Tayar Murah Shah Alam | Maxipuraā€¯ Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.