Penduduk kawasan Shah Alam dan Lembah Klang dah mula survey bengkel kenderaan sebelum pulang ke kampung? Mesti para pembaca tercari-cari kan kedai tayar terbaik Shah Alam. Untuk artikel kali ini, Cik Min nak ceritakan kepada para pembaca tentang Bengkel Maxipura yang popular di kalangan penduduk Selangor!

Info Tentang Maxipura- Kedai Tayar Terbaik Shah Alam

Kedai Tayar Murah Shah Alam


Cawangan Maxipura di Shah Alam beroperasi di No 44, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, dan mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Lembah Klang dan satu di Johor Bharu. Waktu perniagaan bagi cawangan Maxipura di Seksyen 13,Shah Alam pula bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 10:00 malam, setiap hari dan juga mempunyai talian khidmat pelanggan 24 jam.

Servis Pengurusan Tayar Yang Disediakan Di Maxipura

Di bengkel Maxipura, penjagaan dan pengurusan tayar merupakan elemen penting dalam perniagan bengkel kereta ini. Antara servis tayar yang disediakan di Kedai Tayar Terbaik Shah Alam ini adalah:

1. Alingment | Kedai Tayar Terbaik Shah Alam

Untuk servis alingment di Maxipura, ia merupakan servis yang sering diambil oleh pelanggan yang menggunakan khidmat Maxipura. Proses ini adalah untuk memastikan tayar kenderaan anda berada dalam keadaan lurus sepanjang perjalanan. Alingment juga penting untuk menjaga jangka hayat kenderaan anda.

Kedai Tayar Terbaik Shah Alam

2. Balancing

Balancing adalah untuk memastikan putaran tayar berserta rim tersebut seimbang dengan paksi putarannya. Servis balancing ini digalakkan untuk melakukannya selama enam bulan sekali untuk memastian pemanduan yang selamat. Sekiranya stereng kereta bergegar dengan kuat ketika memandu, kemungkinan besar balancing tayar yang tidak betul adalah puncanya.

Kedai Tayar Terbaik Shah Alam

3. Rotation

Servis Rotation adalah menukar kedudukan tayar kenderaan anda. Antara jenis rotation yang sering dilakukan adalah dengan menukar tayar kiri hadapan ke sebelah kanan hadapan dan tayar kiri belakang ke sebelah kiri hadapan. Namun, haruslah diingatkan bahawa jenis-jenis rotation yang dilakukan adalah mengikut keadaan tayar yang ditetapkan pada awal pemasangan komponen kenderaan.

Kedai Tayar Terbaik Shah Alam

Jenis-Jenis Tayar Di Maxipura |Kedai Tayar Terbaik Shah Alam

Di Maxipura, terdapat pelbagai jenis tayar yang disediakan di bengkel ini. Dibawah Cik Min senaraikan beberapa contoh jenama tayar yang dijual di bengkel ini.

  • Hankook
  • Michelin
  • Goodyear
  • Bridgestone
  • Continental
  • Laufen
  • GT Radial
  • Pirelli
  • CST
  • Kinto

Anggaran servis tayar adalah bermula dari RM160, bergantung kepada jenis kenderaan dan tayar yang digunakan. Cik Min sekalikan video pemasangan tayar di Maxipura untuk para pembaca dibawah.

Berminat untuk Menggunakan Servis dari Maxipura?

Maxipura menyediakan pelbagai servis untuk kereta anda terutama servis tayar seperti alignment, balancing, dan rotation. Untuk yang menetap di sekitar Selangor dan Shah Alam.

Buat korang yang ingin menggunakan servis dan perkhidmatan dari Maxipura, korang boleh booking dahulu dengan merujuk informasi seperti di bawah :

  • Shop : 03-5524 2155
  • Mobile : +60 19 – 257 7215 (Fiza) / +60 17 – 557 5117 / (Fauzan)
  • Email : maxipura@gmail.com

Bagi para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Maxipura, boleh Like, Follow dan Subscribe saluran media Maxipura ini seperti yang tertera. Korang juga boleh layari laman web Maxipura untuk mengetahui cawangan lain atau klik sahaja link ini!

TikTok | Facebook | Instagram

Sekian sahaja perkongsian dari Cik Min tentang Kedai Tayar Terbaik Shah ALam. Jika anda mahukan lebih banyak artikel menarik sebegini, anda boleh layari laman portalĀ Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *