Ada warga Melaka yang masih mencari taska terbaik Alor Gajah? Adakah pendidikan yang berkualiti menjadi keutamaan anda buat anak-anak? Jika ya, Ini adalah berita baik buat ibu bapa semua!

Ibu bapa pernah terdengar tentang Asybal Playschool? Jika ibu bapa nak tahu, Asybal Playschool ini merupakan sebuah taska terbaik Alor Gajah yang terletak di negeri Melaka. Ia sangat sesuai buat anak-anak kecil di bawah umur 4 tahun untuk bermain sambil belajar.

Jika ini adalah kali pertama anda mendengar tentangnya, mari Cik Min kongsikan beberapa sebab mengapa Asybal Playschool ini dikategorikan sebagai sebuah taska terbaik di Melaka.

Tebus E-Book PERCUMA 25 Fine Motor Skills Activities Di Sini

Tentang Asybal Playschool Melaka, Salah Satu Taska Terbaik Alor Gajah

Asybal Playschool ini terletak di negeri bersejarah Melaka, di daerah Alor Gajah. Di sini Cik Min sertakan beberapa maklumat untuk rujukan ibu bapa.

  • Alamat Taska: KM217, Jalan Kasa Height, Taman Kasa Height, 78000 Alor Gajah, Melaka
  • Waktu Operasi: 7 Pagi sehingga 6.30 Petang
  • Had Umur: 7 Bulan sehingga 4 Tahun
Taska terbaik alor gajah

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastinya kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, antara aspek yang paling kerap dititik beratkan sudah semestinya tentang pendidikan dan keselamatan mereka.

Apabila ibu bapa yakin anak-anak sudah berada di bawah jagaan individu yang boleh dipercayai, sekali gus memperoleh sesi pembelajaran yang baik, barulah ibu bapa akan berasa lebih lega dan tenang untuk ke tempat kerja. Tak begitu?

Jadi tanpa membuang masa, mari Cik Min kongsikan beberapa kelebihan utama Asybal Playschool, taska terbaik Alor Gajah ini.

Kelebihan Asybal Playschool – Bright From The Start

1. Memiliki guru-guru bertauliah

  • Asybal Playschool mempunyai guru-guru yang bertanggungjawab, mesra kanak-kanak, sangat kompeten dan komited untuk memberi yang terbaik buat Si Kecil anda. Taska ini juga menawarkan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran melalui persekitaran permainan separa berstruktur.
  • Terdapat 2 Pakej pembelajaran yang ditawarkan iaitu Pakej Adore dan Pakej Super.
  • Pakej Adore bermula dari Jam 7 Pagi sehingga jam 3.00 Petang;
  • Manakala Pakej Super pula bermula dari Jam 7 Pagi sehingga jam 6.00 Petang.

2. Mempunyai kamera CCTV

  • Untuk memastikan keselamatan kanak-kanak yang lebih baik dan ketat, kawasan taska ini telah dilengkapi oleh kamera CCTV sepenuhnya. Ibu bapa sedikit sebanyak boleh menarik nafas lega perihal keselamatan anak-anak, kerana CCTV tersebut boleh digunakan sebagai bahan rujukan bersama.

3. Fasiliti terbaik untuk kegunaan anak-anak

  • Taska ini mempunyai play area khas seperti Cozy Corner Area, Gardening Area, Kitchen Play Set Area dan pelbagai lagi yang pasti dapat menarik minat anak-anak untuk menjadi lebih aktif dan kreatif semasa melakukan sebarang aktiviti.

4. Modul pembelajaran lengkap dan mantap

  • Sukatan pembelajaran di Asybal Playschool adalah berbentuk Islamiyyah. Jadi, anak-anak akan turut mempelajari asas tentang Tauhid, Adab & Nilai, Doa dan Sirah.

5. Kawasan yang selesa untuk anak-anak terokai

  • Kawasan taska adalah berpendingin hawa sepenuhnya. Haaa, memang exclusive! Si Kecil anda pasti akan berasa lebih selesa sepanjang proses pembelajaran mereka berlangsung nanti.

6. Persekitaran yang bersih dan terjamin

  • Untuk pengetahuan anda, Asybal playschool bukan sahaja dibersihkan pada setiap hari, malahan kawasan taska turut disanitasi untuk memastikan anak-anak dilindungi daripada sebarang risiko jangkitan atau masalah kesihatan.

7. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam proses pembelajaran anak-anak

  • Kalau anda nak tahu, Asybal Playschool juga amat menggalakkan penglibatan ibu bapa bagi setiap event dan workshop yang diadakan di taska tau! Mereka berhasrat agar tiada ibu bapa yang akan terlepas momen-momen penting dalam proses pembelajaran dan tumbesaran anak-anak.

Nak tengok antara aktiviti yang ada di Asybal Playschool? Jom sama-sama kita tonton video di bawah yang memaparkan beberapa aktiviti di taska terbaik Alor Gajah, Melaka ini.

Wah, banyak sungguh aktiviti yang dijalankan di Asybal Playschool! Jarang-jarang kita dapat lihat perkhidmatan taska yang sebagus ini. Jadi, tak hairanlah kalau ia dianggap sebagai salah satu taska terbaik Alor Gajah.

Jadi jika anda merupakan ibu bapa yang duduk di sekitar Alor Gajah, Melaka, dan masih mencari taska berkualiti buat Si Kecil, anda bolehlah pertimbangkan Asybal Playschool ini sebagai pilihan pendidikan awal terbaik buat mereka.

Berminat untuk Mendaftarkan Si Kecil Anda Bersama Asybal Playschool?

  • taska terbaik alor gajah

Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Asybal Playschool, anda boleh hubungi pegawai khidmat pelanggan mereka secara melalui talian di bawah:

Bukan itu sahaja, Asybal Playschool juga mempunyai beberapa cawangan di sekitar Melaka tau! Jika ibu bapa ingin melihat cawangan-cawangan lain yang lebih berdekatan, anda boleh klik di sini.

Bagi ibu bapa yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Asybal Playschool, taska terbaik Alor Gajah ini seperti yang tertera. Selamat maju jaya!

Website | Facebook | Instagram

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang “Taska Terbaik Alor Gajah”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *