Kenali Penulis Misteri Teme Abdullah, yang memulakan perjalanan sebagai penulis blog sekitar tahun 2008, di mana beliau mula berkongsi komik dan doodle hasil lukisannya. Sehinggalah hari ini, Teme telah menghasilkan 14 buah buku hasil karyanya. Jom Cik Min ceritakan latar belakang Penulis Misteri Teme Abdullah ini.
Siapakah Penulis Teme Abdullah?
Teme Abdullah bukanlah nama sebenar, tapi lebih kepada nama pena yang digunakan sejak zaman sekolah lagi. Semuanya bermula sekitar tahun 2008, semasa beliau masih remaja, dan baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Apa yang menarik, Teme pada awalnya dikenali melalui blog yang penuh dengan komik dan doodle yang dilukisnya sendiri. Itu semua hobi yang dia buat sambil bergelar pelajar sekolah menengah.
Nama ‘Teme’ adalah gelaran yang diberi oleh kawan-kawannya masa di sekolah menengah. Apabila dia mula menulis buku pertama pada tahun 2016, dia memilih untuk menambah ‘Abdullah’ di belakang nama Teme sebagai nama penanya. Apabila digabungkan perkataan Teme dan Abdullah ia membawa maksud ‘saya hanyalah hamba Allah’.
Sehingga kini beliau dikenali sebagai Penulis Misteri Teme Abdullah kerana beliau kekal untuk tidak mendedahkan nama sebenarnya dan rupa parasnya di laman sosial. Walaupun misteri, ramai yang terpesona dengan gayanya yang kacak dan lemah lembut. Bagi Cik Min, identiti yang tersembunyi ini lah yang buat dia lebih unik sebagai seorang influencer di media sosial.
Hasil karya Teme Abdullah?
Teme Abdullah telah menghasilkan 14 buah buku hasil karyanya sendiri bermula dari tahun 2016 sehingga kini, 2024.
Sumber gambar diperoleh dari facebook: Koleksi Buku Teme Abdullah
Karya pertamanya yang bertajuk ‘Penulis Jalanan’ yang ditulis berdasarkan pengalamannya yang mengisahkan tentang seorang pelajar Malaysia yang menampung kos pengajiannya sendiri di London dengan menjadi seorang pelukis.
Pada tahun 2016, sebelum menjadi penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang sering melukis bangunan-bangunan di sekitar Kota London, tempat dia melanjutkan pelajaran. Pengalaman sebagai mahasiswa di United Kingdom memberi inspirasi kepada Teme untuk menulis buku pertamanya itu.
Pada tahun 2017, Teme memutuskan untuk menulis sambungan buku tersebut yang berjudul ‘Arkitek Jalanan’. Sehingga kini, buku kedua karya Teme Abdullah ini telah meraih pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Buku Negara 2018 dan Anugerah Buku Malaysia 2020.
Buku keduanya yang bertajuk ‘Arkitek Jalanan’ adalah sambungan bagi buku ‘Pelukis Jalanan’ oleh Teme Abdullah namun penceritaan Arkitek Jalanan adalah tentang perkara yang berlaku sebelum, semasa dan selepas lahirnya Pelukis Jalanan.
Kini, Teme telah menulis beberapa buah buku iaitu, Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, Signature Jalanan, Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama, Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja, Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama & Kedua, Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, II, III dan yang terkini adalah Bayang Sofea.
Anda boleh dapatkan buku Penulis Misteri Teme Abdullah ini di laman beli belah Shopee Iman Publication.
Fakta menarik tentang Teme Abdullah
- Teme adalah anak kelahiran Selangor tetapi kini Teme telah menetap di United Kingdom sudah lebih sedekad dan bekerja sebagai arkitek dan menulis pada masa lapangnya.
- Selain mempunyai bakat dalam melukis dan menulis, beliau juga mempunyai bakat dalam nyanyian dan sering berkongsi video nyanyiannya di media sosial untuk hiburkan pengikutnya. Bukan itu sahaja, beliau juga pandai memasak! Boleh lihat video memasak yang dikongsikan di laman sosialnya.
- Teme mempunyai kasut boots kesayangannya yang berusia 9 tahun yang sering dipakai ke mana-mana sahaja sehingga lusuh. Ia merupakan kasut kesayangannya kerana kasutnya itu banyak berjasa dengannya ketika beliau mempunyai masalah kewangan.
- Di acara umum, Penulis Misteri Teme Abdullah selalu memakai pelitup muka, dan beliau sengaja mengaburkan wajahnya di setiap postingannya di laman sosial. Walaupun peminatnya tidak pernah melihat wajah sebenar Teme, mereka tetap seronok dapat berjumpa dan berbual dengannya semasa sesi pertemuan.
Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Penulis Misteri Teme Abdullah”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.