Zaman sekarang ini ramai mencari kelas Tiktok percuma kan? Agaknya kenapa ya? Cik Min yakin ramai yang tahu dan pernah menggunakan aplikasi Tiktok. Tapi tahukah anda dengan menggunakan TikTok, anda juga boleh menjana pendapatan? Nak tahu macam mana cara jadi Affiliate Tiktok untuk buat side income? Jom Cik Min kongsikan langkah mudah untuk jadi Affiliate Tiktok!

Apa itu Affiliate? | Kelas TikTok Percuma oleh Coach Suraya Ali

Tiktok Affiliate adalah satu program di mana anda boleh menjana pendapatan dengan mempromosi produk dari Tiktok Shop melalui content anda. Sebagai Tiktok Affiliate, anda tidak perlu menjual barang atau menyimpan stok.

Anda hanya perlu membuat video yang menarik dan meletakkan link produk yang dipromosikan. Jika ada pengguna Tiktok yang membeli di link atau showcase anda, anda akan mendapat komisen daripada pembelian tersebut.

Apa kelebihan jadi Affiliate Tiktok?

Menjadi Affiliate memiliki banyak kelebihan, terutama dalam dunia business online dan pemasaran digital.

  • Dengan hanya mendaftar Tiktok Affiliate, anda tidak perlu keluarkan modal.
  • Tidak perlu pegang atau simpan stok, hanya perlu promosikan link produk di video anda.
  • Anda akan mendapat komisen bermula dari 5% hingga ke 50%.
  • Tidak perlu menguruskan atau terlibat dengan hal jual beli atau penghantaran barang.

Dengan semua kelebihan ini, Affiliate marketing adalah salah satu cara yang efektif untuk menjana pendapatan tambahan bahkan boleh dijadikan sebagai pekerjaan utama.

Cara jadi Affiliate TikTok:

Sebelum mendaftar, anda perlu mengetahui beberapa syarat yang diperlukan untuk menjadi Affiliate Tiktok. Antara syarat yang diperlukan adalah:

  • Berusia 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai Kad pengenalan Malaysia.
  • Mempunyai akaun bank Malaysia.

Terdapat dua cara jadi Affiliate Tiktok:

Cara daftar Affiliate jika followers anda lebih dari 1000 followers.

  1. Masuk ke aplikasi Tiktok anda, sign in Tiktok anda yang sedang aktif
  2. Pergi ke profil dan tekan pada tiga garis bertindih yang ada di bahagian kanan atas.
  3. Pilih ‘Creator Tools‘.
  4. Tekan ‘Submit’

Cara daftar Affiliate jika followers anda kurang dari 1000 followers.

  1. Pergi ke pautan seller-my.tiktok.com.
  2. Sebelum signup, pastikan negara yang dipaparkan adalah ‘Malaysia’. Kalau salah pilih, sudah tidak boleh diubah lagi.
  3. Masukkan nombor telefon dan kata laluan anda.
  4. Tekan ‘Submit ‘.
  5. Anda perlu ‘Verify Account ‘ – Jika akaun individu, and hanya perlukan IC manakala jika Corporate perlukan SSM & Akaun Bank Semasa.

Jika anda ingin tahu banyak lagi tips dan cara menjadi Tiktok Affiliate dengan lebih mendalam, anda boleh menyertai kelas TikTok percuma yang diadakan oleh Coach Suraya Ali. Jom Cik Min kongsikan cara untuk menyertai kelas percuma ini!

Anda boleh pergi ke pautan Lunaworks dan laman sosial Lunaworks atau terus ke Tiktok Coach Suraya Ali untuk mengetahui tentang kelas percuma yang akan datang.

Sumber: Tiktok @coachsurayaali

Sertai Kelas TikTok Coach Suraya Ali Secara Online Tanpa Sebarang Bayaran!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kelas percuma yang bakal diadakan pada tarikh 24 September 2024 ini! Daftar segera sementara slot masih ada!

Kelas TikTok Percuma | Cara Jadi Affiliate Tiktok

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Kelas TikTok Percuma | Cara Jadi Affiliate Tiktok”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *