Sedang mencari port steamboat halal terbaik di area Lembah Klang? Tak dapat disangkal lagi, ternyata ramai masyarakat Malaysia sudah mulai menggemari jenis hidangan seperti steamboat. Hal ini kerana, menu yang ditawarkan untuk hidangan jenis ini adalah berbentuk bufet beraneka pilihan yang boleh dinikmati sepuasnya.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang, berikut Cik Min senaraikan 5 port makan dengan harga berpatutan yang boleh anda kunjungi!

1. ASAP Steamboat & Grill

Port Steamboat Halal Terbaik Area Lembah Klang
  • Alamat: 94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A, 47100 Puchong, Selangor.
  • Waktu Operasi: 6:00 P.M. – 12:00 A.M. (Dibuka setiap hari kecuali Isnin)

ASAP Steamboat & Grill adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan jamuan steamboat panas dan pedas! Mereka mempunyai lebih 100 jenis hidangan yang tersedia, dengan 23 jenis pilihan yong tau foo supaya anda boleh menikmati hidangan secara meluas apabila berada di sini.

Sudah tentunya, ASAP Steamboat & Grill menyediakan semua jenis protein dan berkhasiat seperti makanan laut, ayam, kambing dan daging lembu. Bukan itu sahaja, mereka menawarkan 4 jenis sup untuk steamboat anda seperti Tom Yum, Sup Ayam dan Sup Kari Nyonya yang istimewa sehingga menjadi port steamboat halal terbaik area Lembah Klang.

2. Pak John Steamboat

Port Steamboat Halal Terbaik Area Lembah Klang
  • Alamat: CC66, 67, 68 & 69 Concourse Floor, Tropicana Gardens Mall No, 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu Operasi: 11:00 A.M. – 10:00 P.M. (Dibuka setiap hari)

Restoran Pak John Steamboat & BBQ ini merupakan antara restoran steamboat yang paling popular di Petaling Jaya. Hidangan makanannya adalah yang terbaik kerana pasukan di Pak John Steamboat sentiasa berusaha untuk menyajikan makanan yang dijamin halal dan berkualiti tinggi.

Terdapat 5 jenis sup yang boleh dipilih bermula daripada perisa tomyam, udang, miso, ayam dan kari. Untuk lauk pula ada ayam, udang, kambing, lembu, sotong, lala dan banyak lagi. Sangat berbaloi!

3. The Khan Mongolian Restaurant

Port Steamboat Halal Terbaik Area Lembah Klang
  • Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
  • Waktu Operasi: 5:00 P.M. – 12:00 P.M. (Dibuka setiap hari)

The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat merupakan salah satu tempat terbaik untuk anda menikmati steamboat BBQ bersama keluarga. Restoran ini menghidangkan pelbagai makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran hinggalah makanan laut.

Bukan itu sahaja, jika anda menggemari masakan pedas, anda boleh meminta tahap kepedasan mengikut cita rasa sendiri. Selain itu, harga minuman dan makanan di restoran ini juga berpatutan. 

4. Sweetree Restaurant | Port Steamboat Halal Terbaik Area Lembah Klang

4
  • Alamat: L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor.
  • Waktu Operasi: 11:30 A.M. – 10:00 P.M. (Dibuka setiap hari)

Restoran ini memberikan perkhidmatan yang sangat baik kepada pelanggannya. Malahan, pemilik restoran Sweetree kebiasaannya akan menyambut kedatangan anda sendiri tau! Menu paling sedap dan wajib dicuba ialah hidangan Ayam Goreng Manis & Berempah. Ini ialah ayam goreng rangup gaya Korea yang disalut dengan sos pedas manis dengan keju cair.

Ia mungkin bukanlah seperti port steamboat halal terbaik di area Lembah Klang seperti yang Cik Min cadangkan di atas, namun anda pasti akan faham maksud Cik Min jika sudah datang ke sini nanti.

5. Seoul Garden | Port Steamboat Halal Terbaik Area Lembah Klang

5

Seoul Garden ialah restoran bufet rangkaian yang mengkhususkan hidangan hotpot dan gril gaya Korea. Dengan lebih 40 cawangan di seluruh Malaysia, ia telah menjadi jenama utama yang biasa dan mudah didapati di sekitar Lembah Klang.

Pilihan di sini adalah pelbagai, bermula daripada makanan laut, daging yang diperap, sayur-sayuran dan makanan sampingan yang boleh ditambah dan dimasak terus ke dalam hotpot dan panggangan meja yang disediakan. Seoul Garden sememangnya port steamboat halal terbaik yang telah menjadi pilihan ramai oleh penduduk area Lembah Klang, termasuklah Cik Min.

Amacam?

Ha! Mesti anda dah tak sabar nak singgah di port-port yang Cik Min kongsi ni kan? Bagi orang yang berjauhan, jangan lepaskan peluang jika berkesempatan untuk berkunjung di Lembah Klang ya.

Pesanan daripada Cik Min, datanglah pada waktu yang sesuai dan membuat tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakan atau tidak mendapat tempat duduk apabila tiba di lokasi nanti. Itu sahaja, selamat menjamu selera!

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Port Steamboat Halal Terbaik Area Lembah Klang”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *