Raya dah nak dekat! Mesti semua excited nak sambut raya kan? Raya ni lah kesempatan terbaik untuk promote servis membersih dan mengemas ruang rumah daripada segala habuk yang terdapat pada karpet, sofa, tilam dan sebagainya. Khidmat servis ini pasti mendapat permintaan tinggi di musim perayaan yang bakal menjelang. Oleh itu, mari Cik Min kongsikan cara yang usahawan boleh lakukan untuk promosi servis pembersihan rumah raya tahun ini.
1. Promosi Raya Eksklusif & Tawaran Istimewa
Ramai usahawan mempromosikan servis mereka sempena hari raya. Jadi, tuan puan juga kena lah tawarkan servis yang istimewa. Pada musim raya inilah, ramai rakyat Malaysia akan banyak keluar berbelanja. Jadi, gunakanlah masa ini untuk menarik perhatian pelanggan dengan promosi istimewa.
Pastikan promosi raya pembersihan rumah adalah berbeza supaya ia lebih menonjol berbanding promosi tawaran yang disiarkan pada hari-hari kebiasaan untuk menarik lebih ramai perhatian pelanggan.
2. Konten Video Raya Pembersihan Rumah

Pemasaran melalui konten video ialah cara paling efektif untuk membina hubungan dengan bakal pelanggan tuan puan secara online kerana ia membolehkan pelanggan melihat secara jelas melalui gambaran video yang dimuat naik.
Selain itu, bakal pelanggan mungkin lebih cenderung untuk berkongsi konten video yang menarik perhatian orang lain. Jadi, lebih banyak peluang di sini untuk meningkatkan pendedahan untuk servis pembersihan rumah tuan puan tanpa sebarang kos tambahan.
3. SEO Pembersihan Rumah Raya
Selain itu, pastikan tuan puan mengemaskini laman web perniagaan dengan tips-tips SEO yang penting supaya laman web bisnes lebih relevan kepada pelanggan yang sudah tentunya akan mencari tawaran atau promosi menarik hari raya di Google.
Penggunaan SEO di Malaysia semakin berkembang, oleh itu ambillah peluang ini untuk meningkatkan lagi prestasi SEO laman web perniagaan tuan puan.
4. Gunakan Pemasaran Influencer
Influencer adalah golongan yang berpengaruh dalam dunia online kerana memiliki jumlah followers yang ramai. Mestilah prospek yang terdiri dalam kalangan followers influencer akan memberi perhatian apabila influencer kegemaran mereka mengesyorkan perkhidmatan yang dipromosikan.
Apabila pengikut berkongsikan siaran berkaitan dengan promosi raya pembersihan rumah, tuan puan akan mendapat publisiti dan juga kepercayaan pelanggan melaui bantuan influencer terlibat. Tips ini amat berkesan untuk menjangkau bakal pelanggan yang lebih luas dengan kos yang rendah.
5. Follow Up Selepas Promosi Raya

Mengikut pengalaman Cik Min dalam dunia pemasaran digital, pelanggan akan kekal setia selepas langganan pertama yang diberikan mencapai kepuasan pihak pelanggan secara menyeluruh. Cara paling mudah adalah dengan memberikan kad diskaun atau voucher untuk memastikan pelanggan merasakan lebih dihargai dan tidak hanya sekadar pelanggan one-off.
Semoga tips pemasaran yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu dalam mempromosikan servis pembersihan rumah ketika raya. Jangan lupa share agar usahawan lain dapat memanfaatkan artikel ini untuk servis mereka juga.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Promosi Raya Pembersihan Rumah”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Support Lokal.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.