Wah, tidak sangka hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum kita meraikan hari yang penuh bermakna untuk umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Perniagaan kelengkapan rumah sudah pastinya mempunyai banyak permintaan daripada pelanggan. Jom Cik Min kongsikan tentang Strategi Penting Berniaga Kelengkapan Rumah Musim Raya untuk para usahawan di luar sana.

Antara Strategi Penting Berniaga Kelengkapan Rumah Musim Raya.

Sudah pastinya anda semua sudah mempunyai strategi penting berniaga untuk kelengkapan rumah yang sedia ada, bukan? Tapi di sini Cik Min ingin menambah beberapa strategi penting lain yang boleh juga digunakan untuk menaikkan jualan khususnya kepada usahawan yang berniaga kelengkapan rumah seperti langsir, perabot, balang kuih dan lain-lain.

1. Fahami Kumpulan Sasaran

Strategi Penting Berniaga Kelengkapan Rumah Musim Raya
Sumber: Neil Patel

Sebagai seorang usahawan yang ingin mempromosikan jualan, anda hendaklah mengenali dan mendalami ciri-ciri kumpulan sasaran (target audience) perniagaan anda. Hal ini kerana kita perlulah sentiasa memahami keperluan dan cita rasa pelanggan supaya barang yang dijual menarik perhatian mereka selain menyediakan solusi kepada masalah tersebut.

Oleh itu, usahawan perlulah mempromosikan barangan kelengkapan rumah yang lengkap seperti langsir, pinggan mangkuk dan bermacam lagi. Tuan puan boleh promosikan barangan tersebut dengan harga yang mesra bajet serta berkualiti untuk diguna pakai oleh semua orang khususnya bagi pelanggan yang ingin mendeko rumah sendiri.

2. Penggunaan Media Sosial | Strategi Penting Berniaga Kelengkapan Rumah Musim Raya

Strategi Penting Berniaga Kelengkapan Rumah Musim Raya
Sumber: PCS

Seterusnya untuk strategi penting berniaga kelengkapan rumah musim raya, para usahawan boleh menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, laman web dan bermacam-macam lagi jenis media sosial untuk mempromosikan produk anda.

Untuk menarik minat pelanggan melihat media sosial kita, usahawan perlulah memuat naik poster, video dan juga copywriting yang berkualiti dan menarik.

Untuk pengetahuan semua, setiap platform media sosial mempunyai perbezaan taktik pemasaran dan usahawan perlulah menguasai setiap platform untuk menarik minat lebih ramai pelanggan. Tuan puan boleh melihat strategi pemasaran di TikTok di sini.

3. Kemas Kini Produk Terbaru dan Eksklusif

Untuk Hari Raya, pastinya ramai usahawan yang akan mempromosikan barangan mereka. Jadi, kita boleh membuat tawaran yang lain daripada yang lain. Tawar-menawar dan menguar-uarkan produk terbaru dan eksklusif untuk memikat hati pelanggan dan memastikan mereka membeli kelengkapan rumah semasa raya daripada perniagaan kita.

Hal ini juga memberi peluang untuk meningkatkan margin keuntungan perniagaan kita kerana mempunyai produk terbaru dan lebih eksklusif terutamanya pada musim perayaan.

4. Penyertaan Pameran atau Bazaar Raya

Strategi Penting Berniaga Kelengkapan Rumah Musim Raya
Sumber: Facebook Aman Central

Penyertaan Pameran atau Bazar Raya merupakan antara strategi penting berniaga kelengkapan rumah musim raya kepada perniagaan. Di samping dapat membina hubungan dengan pelanggan baru, kita juga boleh berinteraksi dengan pelanggan dengan lebih dekat dan terperinci.

Pelanggan juga akan suka jikalau kita sendiri mencadangkan kelengkapan rumah yang bersesuaian dengan tema mereka kerana berpendapat kita lebih mahir dalam bidang tersebut. Jangan lupa untuk sentiasa mempromosikan pameran atau bazar raya yang akan disertai di media sosial perniagaan anda.

5. Influencer Marketing

Usahawan juga boleh menggunakan kaedah influencer marketing di mana mereka yang akan membantu untuk membuat promosi produk yang dijual. Kaedah ini berkesan untuk menjangkau sasaran pelanggan yang luas dengan kos yang berbaloi. 

“Wah! Kain langsir ini memang tebal dan berkualiti tinggi. Nampak mahal tapi harga marhaen je ni. Korang wajib beli untuk raya tahun ni!”

– Influencer terkenal

Selain itu, anda juga dapat membina kepercayaan pelanggan baru kerana produk tersebut telah diberi testimoni oleh influencer yang sudah mempunyai follower base yang setia. Testimoni mereka juga lebih dipercayai oleh followers mereka.

Itulah sedikit sebanyak strategi yang boleh Cik Min kongsikan khususnya kepada peniaga kelengkapan rumah. Cik Min harap perkongsian Cik Min dapat membantu sedikit sebanyak perniagaan anda dan Cik Min doakan semoga urusan perniagaan anda dipermudahkan.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Strategi Penting Berniaga Kelengkapan Rumah Musim Raya”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *