Yayasan Hijrah Selangor membuka permohonan baharu kepada para usahawan yang ingin terus mengembangkan perniagaan menerusi Skim Pembiayaan i-Bermusim. Skim ini bertujuan memudahkan para usahawan untuk mendapatkan modal perniagaan, bagi menjalankan aktiviti perniagaan pada musim perayaan atau musim buah-buahan.

Skim Pembiayaan i-Bermusim ini merupakan manifestasi kerajaan negeri Selangor bagi menyokong perniagaan. Pada tahun ini, kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM120 juta kepada Hijrah Selangor untuk membiayai para usahawan.

Apa itu Skim i-Bermusim Hijrah Selangor?

Skim Pembiayaan i-Bermusim
Sumber: Hijrah Selangor

Skim i-Bermusim menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan sehingga RM20,000, kepada individu yang memerlukan modal bagi menjalankan perniagaan khususnya bagi perniagaan bermusim. Sebagai contoh perniagaan bermusim ialah pada musim perayaan dan musim buah-buahan.

Hal ini kerana, Kerajaan Negeri memahami keperluan berniaga bagi mengukuhkan ekonomi dan menyokong para usahawan untuk memanfaatkannya.

Pembiayaan Skim i-Bermusim

Skim Pembiayaan i-Bermusim
Sumber: edubestari.com

Pembiayaan yang ditawarkan bagi Skim i-Bermusim adalah sebanyak:

  • Kadar pembiayaan: RM1,000 sehingga RM20,000.
  • Tempoh pembiayaan: sehingga 25 minggu atau 6 bulan.
  • Caj perkhidmatan: 1% dikenakan setiap bulan dan bayaran balik secara mingguan.

Tempoh kelulusan pula adalah:

  • Pembiayaan di bawah RM5,000: kurang tujuh (7) hari.
  • Pembiayaan melebihi RM5,000: sekitar dua minggu.

Syarat Kelayakan

Skim ini hanya ditawarkan kepada para peniaga atau usahawan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, iaitu:

  • Merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor.
  • Mengundi di Selangor.
  • Berumur 18 sehingga 65 tahun.
  • Mempunyai permit sah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Hanya satu pembiayaan diberikan dalam perniagaan berbentuk perkongsian.
  • Boleh jadi, ia merupakan pembiayaan kedua bagi peminjam Hijrah.

Cara Permohonan Skim i-Bermusim

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi mana-mana pegawai pembiayaan Hijrah Selangor di cawangan berhampiran, atau membuat permohonan di laman web Yayasan Hijrah Selangor.

Setiap permohonan juga mestilah dibuat dan disertakan sekali bersama beberapa dokumen sokongan yang berkaitan, iaitu:

  • Dua keping gambar berukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan diri dan pasangan.
  • Salinan lesen SSM/PBT atau salinan perjanjian membabitkan aktiviti perniagaan.
  • Salinan penyata akaun bank atau muka depan buku akaun.
  • Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal.

Membantu Perniagaan Bagi Menjana Ekonomi

Skim Pembiayaan i-Bermusim
Sumber: Sumber Kini

Skim perniagaan merupakan antara salah satu Inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu peniaga untuk menjana semula ekonomi mereka. Pastinya, ada di antara peniaga yang terjejas ekonominya dan skim ini pasti sedikit sebanyak dapat membantu.

Bukan sahaja Skim i-Bermusim, malah Kerajaan Negeri Selangor juga turut menawarkan Skim i-Lestari dan Skim i-Agro bagi membantu para rakyat. Oleh itu, setiap peniaga amat disarankan untuk memohon inisiatif yang telah diberikan oleh kerajaan ini. Jangan lepaskan peluang untuk memohon segera ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang “Skim Pembiayaan i-Bermusim“. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa membaca lebih banyak artikel menarik di Support Lokal.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *