Tempat photoshoot gambar raya yang cantik memang wajib cari kalau nak hasilkan gambar yang meletup! Raya bukan sekadar makan ketupat dan rendang, tapi juga waktu terbaik nak rakam kenangan dengan keluarga dan kawan-kawan.

Bila dah pakai baju sedondon, sampin kemas, selendang tangan yang cantik, dan payung klasik, mestilah kena ada lokasi yang sesuai untuk bergambar supaya hasilnya lebih wow! Kalau anda sedang mencari spot terbaik untuk sesi fotografi Raya di Selangor dan KL, jom tengok senarai tempat menarik ni. Confirm gambar Raya tahun ni lebih bergaya dan penuh vibe tradisional yang klasik!

Senarai Tempat Photoshoot Gambar Raya

1. Laluan Seni Pekan Lama, Kuala Selangor

Tempat Fotoshoot Gambar Raya
Sumber: Sharul Nizam

Kalau nak gambar Raya dengan vibe klasik tapi tetap unik, Laluan Seni Pekan Lama ni memang spot terbaik! Dinding penuh mural cantik hasil sentuhan artis tempatan, memang perfect untuk background gambar yang lain dari yang lain. Terletak di Lorong Belakang Jalan Raja Jalil, Kuala Selangor, tempat ni ada aura nostalgia yang buat gambar Raya korang nampak lebih hidup dan penuh cerita.

Apa yang menarik?

  • Latar belakang mural yang unik dan berwarna-warni
  • Suasana klasik dengan elemen warisan tempatan
  • Sesuai untuk gambar bertemakan tradisional dan kontemporari

2. Taman Botani Negara, Shah Alam | Tempat Photoshoot Gambar Raya

Tempat Fotoshoot Gambar Raya
Sumber: Tripadvisor

Taman seluas 817 hektar ini adalah syurga alam semula jadi dengan pelbagai pemandangan menarik seperti tasik yang tenang, taman herba yang subur, serta Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang unik. Jika anda ingin gambar Raya bertemakan alam semula jadi, inilah tempat terbaik untuk mendapatkan latar belakang yang segar dan hijau.

Apa yang menarik?

  • Latar belakang hijau yang segar dan natural
  • Terdapat pelbagai spot menarik seperti taman bunga dan laluan kayu
  • Cahaya semula jadi yang cantik untuk hasil gambar yang lebih jelas

3. Taman Persahabatan Selangor-Jepun, Shah Alam

Gabungan elemen seni bina Jepun dan landskap hijau Malaysia menjadikan taman ini satu lokasi yang unik untuk fotografi Raya. Dengan jambatan kayu merah, kolam ikan koi, dan suasana damai, gambar yang diambil di sini pasti tampak eksklusif dan lain daripada yang lain!

Apa yang menarik?

  • Seni bina Jepun yang berbeza daripada lokasi biasa
  • Jambatan kayu merah dan kolam ikan koi yang mencantikkan suasana
  • Kombinasi alam semula jadi dan budaya yang unik

4. Sekinchan, Kuala Selangor | Tempat Photoshoot Gambar Raya

Sumber: Booking.com

Sekinchan terkenal dengan sawah padinya yang luas dan kehijauan yang memukau. Jika anda inginkan suasana kampung yang klasik dan tenang, ini adalah lokasi yang ideal. Dengan pencahayaan semula jadi yang cantik terutamanya pada waktu petang, gambar Raya anda pasti kelihatan lebih menawan dan autentik.

Apa yang menarik?

  • Landskap sawah padi yang luas dan hijau
  • Latar belakang desa yang memberikan elemen nostalgia
  • Cahaya matahari yang cantik untuk gambar natural

5. Tamarind Square, Cyberjaya

Sumber: Eris Goes To

Untuk mereka yang mahukan konsep moden tetapi masih berlatarkan elemen alam semula jadi, Tamarind Square adalah lokasi yang ideal. Dengan seni bina industri yang minimalis, tumbuhan hijau yang menjalar di bangunan, dan suasana tenang, tempat ini memberikan kelainan dalam gambar Raya anda.

Apa yang menarik?

  • Seni bina moden yang tetap mesra alam
  • Suasana tenang dan tidak sesak dengan orang ramai
  • Lighting yang natural sesuai untuk fotografi

6. Elmina Central Park, Shah Alam | Tempat Photoshoot Gambar Raya

Sumber: The Star

Dikenali dengan jambatan merah ikoniknya, Elmina Central Park menawarkan latar belakang yang sangat menarik untuk sesi fotografi Raya. Dengan tasik yang tenang, laluan pejalan kaki yang cantik, dan kehijauan landskapnya, tempat ini memberikan keseimbangan antara alam semula jadi dan elemen urban yang moden.

Apa yang menarik?

  • Jambatan merah yang menjadi tarikan utama
  • Landskap taman yang luas dan cantik
  • Banyak ruang terbuka untuk sesi fotografi keluarga

7. LaLaport BBCC, Kuala Lumpur | Tempat Photoshoot Gambar Raya

Jika anda mahukan latar belakang moden dan urban untuk gambar raya tahun ini, LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) adalah tempat yang sempurna. Dengan seni bina futuristik, ruang terbuka yang luas, dan pencahayaan yang cantik, lokasi ini memberikan vibe yang lebih elegan dan eksklusif untuk sesi fotografi anda.

Apa yang menarik?

  • Reka bentuk moden dengan sentuhan estetik Jepun
  • Kawasan rooftop garden dengan pemandangan bandar KL
  • Banyak spot unik untuk sesi fotografi, termasuk laluan pejalan kaki berbumbung dan dekorasi yang sering bertukar mengikut musim

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang “Tempat Photoshoot Gambar Raya Terbaik di KL & Selangor”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *