Adakah anda sedang mencari Tips Pemasaran Peniaga Bazar Ramadan? Pejam celik, pejam celik, bulan Ramadan bakal tiba sekali lagi. Pada bulan ini, umat Muslim di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Buat pengusaha bazar pula, bulan ini juga adalah peluang bagi mereka melakukan aktiviti pemasaran. Hari ini, mari kita pelajari Tips Pemasaran Peniaga Bazar Ramadan.

Apa Itu Pemasaran?

Pemasaran adalah proses mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan yang berpotensi. Terdapat beberapa aspek dalam proses pemasaran. Antaranya adalah pengiklanan, perhubungan awam, promosi dan jualan. Tujuan utama bagi aktiviti pemasaran adalah untuk memaksimumkan keuntungan.

Tips Pemasaran Peniaga Bazar
photo credit: Vulcan Post

5 Tips Buat Peniaga Bazar Ramadan 2023

Sekarang kita sudah mengetahui apa itu pemasaran, jadi marilah kita pelajari 5 Tips Pemasaran Peniaga Bazar Ramadan! Cik Min share khas untuk anda semua yang bakal berniaga di bazar Ramadan pada tahun ini.

1. Upload status di WhatsApp | Tips Pemasaran Peniaga Bazar Ramadan

WhatsApp boleh dikatakan aplikasi yang eksklusif di mana viewers anda terhad kepada individu yang anda save contact. Dengan kata lain, viewers WhatsApp mungkin terhad kepada keluarga, rakan-rakan dan pelanggan tetap yang anda telah save nombor mereka.

Walau bagaimanapun, tidak salah untuk upload status dengan tujuan menguar-uarkan perniagaan anda di bazar Ramadan. Dengan cara ini, anda boleh memberitahu tentang menu jualan dan lokasi perniagaan anda. Apabila mereka melihat status anda, mungkin ada yang akan berminat untuk datang ke bazar dan membeli juadah berbuka yang anda jual.

2. Upload story di laman media sosial

Upload story juga merupakan salah satu tips yang paling mudah untuk dilakukan oleh usahawan. Tinggal letak je gambar dan video lokasi tapak perniagaan anda. Lebih mudah untuk pelanggan datang terus ke tempat anda. Maklumlah, bazar Ramadan selalunya luas dan boleh jadi beberapa usahawan lain turut menjual menu yang sama.

Dalam story tersebut, anda boleh paparkan menu makanan yang dijual. Kalau berkesempatan, video close-up adalah lebih baik. Pelanggan pun mesti terliur dan tak sabar nak beli juadah berbuka yang djiual! Di story juga, anda boleh update sama ada jualan anda masih ada atau ada menu yang sudah habis.

Jika anda ada kecemasan dan tak dapat berniaga, Cik Min recommend supaya anda update juga di story. Dengan cara ini, pelanggan tidaklah berasa kecewa apabila mendapati perniagaan anda tutup apabila mereka sampai di bazar.

3. Buat LIVE di TikTok | Tips Pemasaran Peniaga Bazar Ramadan

Anda boleh set up smartphone dan tripod untuk buat LIVE sambil berniaga. Cik Min sarankan anda gunakan platform TikTok sebab TikTok lebih pantas dalam membuat capaian ke pelanggan. Ditambah pula sekarang merupakan zaman viral, lagi mudah untuk anda dikenali di TikTok.

Jika anda rasa tak sempat nak buat LIVE semasa berniaga, anda boleh juga buat LIVE semasa proses penyediaan makanan dilakukan. Dengan cara ini, anda dapat menarik minat viewers untuk membeli makanan yang dijual di bazar nanti.

4. Konsisten dengan posting di media sosial

Upload posting ke platform media sosial anda setiap hari secara konsisten. Mempelajari teknik copywriting juga adalah idea yang baik bagi memastikan posting anda berkualiti dan mendapat perhatian audiens.

Tips Pemasaran Peniaga Bazar
photo credit: says.com

5. Gunakan platform E-dagang

Tips ini berguna sekiranya anda menjual makanan yang boleh diposkan seperti kuih raya dan kelengkapan raya yang lain seperti pakaian dan hiasan.

E-dagang membolehkan usahawan bazar Ramadan menjual sambil mempromosikan barangan mereka kepada pelanggan secara langsung. Beberapa platform e-dagang berbayar atau percuma, seperti Lazada dan Shopee, boleh digunakan oleh usahawan bazar Ramadan untuk membuat jualan. Walau bagaimanapun, usahawan mestilah memeriksa dengan teliti butiran seperti penerangan produk, harga, penghantaran, dan aspek lain dalam e-dagang.  

Ramadan adalah peluang terbaik untuk usahawan bazar Ramadan meningkatkan jualan dan berkomunikasi dengan pelanggan. Cik Min harap tips pemasaran yang Cik Min kongsikan di atas mampu membantu anda membina strategi pemasaran yang kukuh dan seterusnya mampu menggandakan jualan pada bulan yang mulia ini.

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Tips Pemasaran Peniaga Bazar Ramadan”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *