Anda sedang mencari Coach Tiktok Malaysia yang boleh membantu anda menjadi usahawan di Tiktok? Di sini Cik Min ingin memperkenalkan kepada anda Coach Suraya Ali yang banyak pengalaman dalam bidang Pemasaran Digital. Nak tahu siapa Coach Suraya Ali dengan lebih lanjut? Jom Min kongsikan latar belakang dan kepakaran beliau!

Siapa Coach TikTok Malaysia | Coach Suraya Ali?

Puan Suraya Ali ini adalah seorang business coach, trainer, dan jugak penulis blog yang memang dikenali dalam kalangan usahawan digital di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang IT selama 5 tahun, tapi selepas itu dia membuat keputusan untuk mulakan business dengan jenama ‘Lunatots’ yang menjual produk keperluan bayi.

Selepas lebih 13 tahun pengalaman menguruskan perniagaan, kini Coach Suraya Ali fokus dengan kerjayanya dalam bidang latihan dan keusahawanan digital. Dengan pengalaman business yang luas, beliau ajar macam mana nak kembangkan bisnes guna strategi online yang terkini dan sesuai dengan keadaan pasaran sekarang.

Sejak 2016, Puan Suraya terlibat sebagai trainer untuk Program eUsahawan di bawah MDEC (Malaysian Digital Economy Corporation). Program ni bertujuan untuk bantu usahawan kat Malaysia tingkatkan kemahiran digital, supaya bisnes mereka lebih maju. Puan Suraya sangat komited dalam ajar usahawan tentang teknik dan strategi digital untuk berjaya.

Selain tu, beliau juga aktif tulis di beberapa blog, kongsi tips dan pandangan pasal dunia business, strategi digital, dan motivasi untuk usahawan yang baru nak mula. Beliau memang passionate dalam bantu orang lain berjaya, dan dia juga seorang mentor yang sentiasa support usahawan-usahawan yang nak maju.

Apa kepakaran Coach Suraya Ali?

  • Ijazah IT (Data Communications), Multimedia University Malacca
  • Advanced Certificate Digital Marketing Institute, Ireland
  • Diploma in Digital Entrepreneurship LRN
  • SME @ University (Innovations) UiTM Shah Alam
  • Google Analytics and Google Adsense Certified Trainer
  • Facebook Lead Trainer Malaysia
  • Certified Trainer for Directive Communications Psychology
  • Student Coach for ACC International Coach Federation (ICF)

Pengalaman sebagai Coach:

Puan Suraya Ali juga memiliki pengalaman luas dalam bidang latihan dan bimbingan perniagaan melalui pelbagai program keusahawanan. Pada tahun 2017, beliau menjadi Business Coach TikTok Malaysia untuk Program VEST (Varsity Entrepreneurship Skills & Talent) yang dianjurkan oleh KPDNKK. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang perniagaan di kalangan pelajar universiti.

Pada tahun 2018, beliau turut terlibat sebagai Business Coach bersama peserta program CEO Desa. Kemudian, pada tahun 2019 hingga 2020, Puan Suraya menjadi Business Coach untuk Program Pedas (Perkhidmatan eDagang Setempat), membantu para usahawan kecil untuk memanfaatkan platform eDagang dalam perniagaan mereka.

Selain itu, pada tahun 2020, Puan Suraya Ali menjadi Coach Tiktok Malaysia untuk kandungan digital di SIRIM BERHAD, di mana beliau membimbing dalam aspek penciptaan kandungan. Beliau juga terlibat sebagai Online Marketing Coach untuk Program DSBA (Digitalization of Small Business) bersama MDEC, di mana fokusnya adalah membantu usahawan kecil mendigitalkan operasi perniagaan mereka.

Pengalaman beliau yang pelbagai ini menjadikannya seorang trainer yang berpengetahuan luas dalam dunia perniagaan digital dan keusahawanan.

Pengalaman sebagai Trainer :

Coach Suraya Ali dah jadi jurulatih dengan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) sejak 2016 dan banyak membantu usahawan-usahawan tempatan belajar teknik digital untuk business. Pada 2019, beliau menjadi consultant SEO untuk Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia, beliau bantu orang tingkatkan kehadiran online dengan strategi SEO yang mantap.

Sejak 2018, Coach TikTok Malaysia, Coach Suraya jadi jurulatih pemasaran digital untuk MARA Selangor dan masih aktif sampai sekarang. Dekat situ, dia bantu usahawan kecil dan sederhana belajar guna pemasaran digital supaya perniagaan mereka boleh berkembang. Beliau juga pernah mengajar student dan staff UNITEN tentang cara-cara pemasaran digital yang berkesan.

Tahun 2017, Coach Suraya sempat menjadi jurulatih pemasaran digital untuk Puspanita, bagi pendedahan pada ahlinya pasal dunia pemasaran online. Kemudian, pada 2021, Coach Suraya menjadi perunding dan pemudah cara untuk MARA, berkongsi ilmu tentang pendigitalan, termasuk buat website, blogging, dan hasilkan konten yang power.

Pengalaman sebagai Consultant :

Coach Suraya Ali juga ada pengalaman hebat dalam bidang konsultansi. Pada tahun 2017, beliau menjadi Ketua Bahagian Pembangunan Pemasaran Digital untuk Program DASAR Olive House, sebuah syarikat makanan sihat. Pada masa itu, beliau banyak membantu perniagaan tersebut memantapkan strategi digital mereka.

Coach Suraya menjadi consultant SEO pada tahun 2019 untuk Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, bantu mereka untuk lebih menyerlah di carian online. Selain tu, dia juga terlibat sebagai konsultan dalam pemasaran digital dan SEO untuk beberapa jenama lain seperti MPWS, Flexis Print, Beana Home Quran, Talenta, Rahim Auto, dan Marco.

Pengalaman ni buat Suraya sangat berpengalaman dalam strategi pemasaran digital, terutamanya dalam content dan SEO.

Anugerah yang diterima oleh Coach TikTok Malaysia | Coach Suraya Ali:

  • Awarded as Most Popular Trainer (Social Media) in 2018 by MDEC
  • Awarded as Best Trainer April 2020 by MDEC (based on participants number)
  • Awarded as Top Trainer Most Reporting Sales 2021 by MDEC
  • Coach PeDAS (Perkhidmatan eDagang Setempat Pusat Internet Desa) (MDEC)
  • Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) (Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel
  • Invited as Business Coach for Usahawan Desa Programme TV3
  • 2012 Top 30 Women Enterpreneurship in Business, Success and Equality South East Asia by SME Magazine
  • 2016 Best Presenter for SME@UiTM Programme by SME Corp
  • Gold Club Member for Business Network International (BNI)
Coach TikTok Malaysia
Coach TikTok Malaysia

Sumber gambar : Profil Suraya Ali

Antara strategi Pemasaran Digital yang bakal diajar jika anda menyertai kelas Tiktok oleh Coach Suraya Ali:

  • Tik Tok untuk Pemasaran
  • Tiktok Affiliate
  • Tiktok Shop
  • Tiktok Advance Marketing

Feedback peserta yang telah menyertai kelas Coach TikTok Malaysia | Coach Suraya Ali

Peserta yang telah menyertai kelas Coach Tiktok Malaysia, Coach Suraya Ali ramai yang memberi maklum balas positif tentang pengajaran beliau. Mereka yang mengatakan bahawa gaya penyampaiannya mudah difahami, penuh inspirasi, dan terus memberi impak pada perniagaan mereka.

Mereka juga menghargai teknik yang praktikal serta contoh-contoh realistik yang diberikan, menjadikan kelasnya bukan sekadar teori tetapi terus boleh digunakan dalam dunia sebenar. Di bawah Cik Min kongsikan sedikit feedback daripada peserta yang telah hadir ke kelas Coach Suraya.

Coach TikTok Malaysia

“Saya berminatlah untuk menyertai kelas yang diadakan oleh Coach Suraya Ali ini, macam mana cara nak sertai?”

Jika anda berminat untuk menyertai kelas Tiktok secara percuma yang bakal diadakan oleh Coach Tiktok Malaysia, Coach Suraya Ali, anda boleh pergi ke pautan Lunaworks dan laman sosial Lunaworks atau terus ke Tiktok Coach Suraya Ali untuk mengetahui tentang kelas percuma yang akan datang.

Sumber: Tiktok @coachsurayaali

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Coach TikTok Malaysia | Coach Suraya Ali”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *