Adakah anda tahu apa jenis hook terbaik untuk video Tiktok? Apa fungsi hook sebenarnya? Disini Cik Min akan kongsikan beberapa jenis hook terbaik yang boleh menarik penonton untuk tengok video kita dengan lebih lama.

Apa itu Hook Terbaik Video Tiktok?

Dalam video TikTok, hook merujuk kepada elemen pembuka yang menarik perhatian penonton dalam beberapa saat pertama, biasanya sekitar 3 saat. Tujuan hook ini adalah untuk membuat penonton terus menonton video sehingga habis.

Ibarat macam memancing, hook ni umpama umpan yang diguna untuk buat penonton “terperangkap” dan rasa nak tengok video anda sampai habis.

Contoh hook boleh berupa pertanyaan menarik, adegan yang mengejutkan, atau intro yang mengundang rasa ingin tahu. Ia penting kerana pengguna TikTok biasanya cepat scroll ke video lain jika sesuatu video tidak segera menangkap minat mereka. Hook terbaik video Tiktok yang kuat membantu video lebih menonjol dan berpeluang menjadi viral.

Apa Jenis-Jenis Hook Terbaik Video Tiktok?

1. Positive Hook

Positive hook adalah salah satu hook terbaik video TikTok yang memulakan video dengan menggunakan vibe positif untuk tarik perhatian orang dengan cepat. Hook ni biasanya buat orang rasa happy, bersemangat, atau senang hati, jadi diorang akan rasa nak tengok video tu sampai habis.

Contoh positive hook boleh jadi:

  • Senyuman atau muka happy masa mula video.
  • Cakap benda-benda positif, contohnya “Hari ni aku ada berita best untuk korang!”
  • Guna muzik ceria yang buat orang rasa gembira.
  • Share solusi simple dengan cara yang optimis, contohnya, “Ni cara mudah untuk buat hari korang jadi lebih baik!”

2. Negative Hook

Negative hook selalunya menggunakan yang guna elemen-elemen negatif di pembukaan video untuk cepat tarik perhatian penonton. Biasanya hook jenis ni akan buat orang rasa terkejut, cemas, atau curious tentang apa yang akan berlaku seterusnya, jadi mereka akan berhenti scroll untuk tengok video anda sampai habis.

Contoh negative hook boleh jadi:

  • Mula video dengan ayat seperti, “Jangan pernah lakukan ini, kalau tak nak menyesal!” membuat penonton ingin tahu dan risau akan sesuatu yang buruk.
  • Ekspresi muka terkejut atau marah yang buat orang tertanya-tanya apa yang berlaku.
  • Mulakan video dengan situasi yang nampak negatif, contohnya, “Aku baru je buat kesilapan besar tadi…”
  • Guna muzik yang tegang atau suspens untuk buat orang rasa cemas.

3. Hiperbola Hook

Hiperbola hook merupakan hook terbaik video TikTok kerana pembukaan video yang menggunakan ayat atau situasi yang sengaja dilebih-lebihkan dan dramatik, bertujuan semata-mata nak tarik perhatian orang dengan cepat.

  • Mulakan ayat dengan ayat yang over, contohnya: “Ini rahsia paling besar dalam hidup aku yang aku tak pernah cerita”. Ini akan membuatkan orang ingat ada perkara besar yang nak dibongkar.
  • Claim yang macam tak masuk akal: “Kau takkan percaya apa yang jadi lepas ni!”. Ayat ni memang buat orang rasa nak tahu apa perkara sebenar yang berlaku.
  • Mula dengan ekspresi muka terkejut atau reaksi yang sangat keterlaluan, disertakan dengan kata-kata sensasi.

4. Hook to the point | Hook Terbaik Video Tiktok

Hook to the point adalah pembuka video yang langsung dan tepat, tanpa banyak drama atau cerita. Tujuannya adalah untuk menyampaikan isi atau persoalan dengan cepat agar penonton tidak membuang masa dan terus fokus pada isi yang ingin disampaikan.

Dalam konteks TikTok, hook to the point sering digunakan untuk memberikan informasi, tips, atau panduan yang direct, sehingga penonton segera memahami apa yang akan mereka dapatkan dari video tersebut.

Contoh hook to the point boleh jadi:

  • “Hari ini, aku nak tunjukkan cara buat pancake dalam 5 minit!”
  • “Ini tiga tips untuk jadi lebih produktif dalam kerja.”
  • “Nak tahu cara jimat duit? Ikut langkah-langkah ni.”

Dengan menggunakan hook to the point, penonton akan lebih cepat memahami tujuan video dan lebih cenderung untuk terus menonton hingga habis.

5. How to -Hook

How to hook adalah pembuka yang menarik perhatian penonton dengan menjanjikan maklumat berharga atau penyelesaian kepada masalah. Jenis hook ini berkesan kerana ia terus menyentuh keperluan atau minat penonton, membuatkan mereka rasa ingin tahu tentang kandungan yang seterusnya.

Contoh How to- Hook seperti:

  • Soalan direct, contohnya: “Nak tahu macam mana nak masak steak yang sempurna?”
  • Memulakan dengan janji. Contohnya, “Dalam masa lima minit, saya akan tunjukkan cara untuk pasang almari macam pro!”
  • Pernyataan menarik seperti: “Jom discover cara jimat ratusan ringgit untuk belanja barang dapur dengan trick mudah ni!”
  • Cabaran: “Rasa tak boleh kurus kalau makan makanan kegemaran? Mari saya tunjukkan cara diet yang membenarkan makan makanan kegemaran !”

6. Question Hook

Question hook adalah teknik dalam penulisan untuk menarik perhatian pembaca dengan mengajukan pertanyaan yang menimbulkan rasa ingin tahu atau minat. Tujuan dari teknik ini adalah untuk membuat penonton merasa perlu untuk terus menonton video tersebut untuk mencari jawaban atas pertanyaan yang diajukan.

Contoh penggunaan question hook:

  • “Apa yang akan terjadi jika semua orang berhenti menggunakan plastik?”
  • “Pernahkah anda mengalami kejadian pelik ketika tidur?”
  • “Tahukah anda bahawa ada satu makanan yang boleh meningkatkan mood anda dengan segera?”

Dengan menggunakan soalan-soalan ini, anda dapat menarik perhatian penonton dan mendorong mereka untuk terus menonton video anda.

7. Story Hook

Story hook adalah Hook terbaik video Tiktok dengan permulaan video yang menggunakan elemen cerita untuk menarik perhatian penonton dengan cepat.

Ia biasanya melibatkan pengenalan kepada situasi, watak, atau konflik yang membangkitkan rasa ingin tahu, sehingga penonton ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Story hook berkesan kerana ia membangkitkan emosi dan menciptakan hubungan dengan penonton.

Contoh story hook seperti:

  • Pengalaman Peribadi: “saya telah cuba bermacam-macam produk sebelum ini tetapi hanya satu sahaja yang berkesan iaitu..”
  • Situasi Dramatik: “Aku terbangun dalam keadaan gelap, rupanya aku terperangkap di dalam lift yang rosak”
  • Konflik Awal: “Ketika aku terima berita itu, seluruh dunia rasanya seperti runtuh. Aku terpaksa membuat keputusan yang akan mengubah hidupku selama-lamanya.”

Anda juga boleh lihat video di bawah ini untuk memahami dengan lebih jelas tentang hook yang sering digunakan di video Tiktok untuk meningkatkan view video anda!

@ricoincarnati

Taking 1 idea and making 5 viral hooks! For this video, let’s use coffee ☕️ #hooks #socialmediagrowth #socialmediastrategy #contenttips #makingvideos #hook

♬ original sound – Enrico Incarnati
Sumber dari Tiktok : @ricoincarnati

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Hook Terbaik Video TikTok”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *