Ingin tahu perniagaan francais lokal terbaik di Malaysia? Cik Min yakin para usahawan yang hebat seperti anda mesti mencari perniagaan francais terbaik untuk dimiliki. Jadi, disini Cik Min ingin kongsikan senarai perniagaan popular yang berasal dari Malaysia mengikut kesesuaian bajet anda!

Bukan mudah untuk memulakan perniagaan dari awal dan tidak semua orang boleh menjadi usahawan permulaan. Jika anda memiliki modal dan mempunyai kemahiran mengurus perniagaan dengan baik, mungkin perniagaan francais adalah yang paling sesuai untuk anda!

Apa kelebihan memiliki perniagaan francais lokal terbaik?

  • Dengan memiliki perniagaan francais lokal terbaik, anda akan mempunyai sokongan perniagaan seperti disediakan semua yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan, termasuk jenama, pembekal, peralatan dan pemasaran.
  • Pemilik francais mempunyai risiko yang lebih rendah daripada pemilik perniagaan bebas.
  • Peluang untuk mengedar barangan atau perkhidmatan yang sudah popular.
  • Tidak perlukan pengalaman yang banyak untuk mempunyai perniagaan francais.
  • Anda boleh bekerja untuk diri anda sendiri, yang membolehkan anda melakukan sesuatu yang anda minati.

Senarai Perniagaan Francais Lokal Terbaik di Malaysia yang boleh anda miliki

1. Ramly Burger

Perniagaan Francais Lokal Terbaik

Sumber dari facebook: Ramly Halal Kiosk

Ramly Processing Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat makanan sejuk beku dan makanan segera Malaysia yang diasaskan oleh Ramly bin Mokni melalui Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd. Apa yang best pasal syarikat ni, mereka famous dengan burger halal buatan tempatan, terutamanya “Burger Ramly” yang kita selalu nampak kat gerai-gerai tepi jalan. Syarikat ini dah berkembang pesat sejak mula-mula ditubuhkan, dan sekarang mereka menjual produk seperti burger daging dan ayam sehingga ke luar negara. Satu contoh kejayaan jenama tempatan yang memang menakjubkan!

Jika anda berminat untuk menjadi francaisi bagi jenama ini, anda boleh pertimbangkan modal permulaan yang diperlukan bersesuaian atau tidak dengan bajet anda.

  • Modal Permulaan: RM5,000 hingga RM6,000
  • Yuran Francais: N/A
  • Yuran Royalti: N/A

2. Muiz Hot Chicken

Syarikat di sebalik Muiz Hot Chicken adalah Muiz Food Sdn. Bhd., terkenal dengan hidangan ayam goreng yang pedas dan berperisa. Konsep mereka adalah menyediakan ayam goreng dengan pelbagai tahap kepedasan serta hidangan sampingan yang menarik.

  • Modal Permulaan: RM12,000 hingga RM15,000
  • Yuran Francais: N/A
  • Yuran Royalti: N/A

3. Tealive

Tealive adalah jenama minuman yang sangat popular di Malaysia. Kalau anda minat minum boba tea atau teh susu yang ada pelbagai rasa, Tealive sememangnya tempat yang terbaik. Tealive memulakan perjalanan sebagai jenama teh sederhana dari Malaysia. Hari ini, Tealive merupakan jenama teh gaya hidup terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 800 cawangan di seluruh dunia!

Bagi yang nak tahu tentang francais Tealive, ini adalah kos untuk buka satu francais:

  • Modal Permulaan: RM200,000 hingga RM300,000.
  • Yuran Francais: RM75,000
  • Yuran Royalti: 3% gross sales

Modal ini termasuklah kos untuk renovation kedai, peralatan, dan stok awal. Walaupun mungkin nampak tinggi, tapi Tealive memang ada sokongan yang kuat untuk franchisor.

4. The Chicken Rice Shop

The Chicken Rice Shop (TCRS) adalah jenama restoran yang popular di Malaysia, dan ia merupakan milik syarikat TCRS Restaurant Sdn. Bhd. Restoran ni terkenal dengan hidangan ayam nasi yang sedap dan selesa – maksudnya, nasi ayam mereka ni memang jadi kegemaran ramai. Mereka bukan sahaja ada nasi ayam, tapi juga hidangan lain yang memikat selera seperti sup ayam, dim sum, dan pelbagai lauk-pauk yang lazat.

  • Modal Permulaan: RM300,000 hingga RM500,000
  • Yuran Francais: N/A
  • Yuran Royalti:  N/A

5. Secret Recipe | perniagaan francais lokal terbaik

Secret Recipe adalah restoran yang memang popular di Malaysia, terkenal dengan kek, pastri, dan hidangan Barat seperti pasta dan ayam panggang. Syarikat ni, Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd., mula beroperasi pada tahun 1997 dan sejak itu dia berkembang pesat, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, dan Indonesia.

  • Modal Permulaan: RM600,000 hingga RM650,000
  • Yuran Francais: RM150,000
  • Yuran Royalti: 5% gross sales

6. Daily Fresh

Daily Fresh ni adalah jenama perniagaan francais lokal terbaik yang terkenal dengan produk-produk bakery dan makanan segar. Syarikat Daily Fresh Bakery Sdn. Bhd., mula terkenal di Malaysia dengan produk seperti roti, kek, dan pastri. Mereka juga ada pelbagai jenis hidangan snek dan sarapan yang sedap dan berkualiti.

  • Modal Permulaan : RM160,000 hingga RM200,000
  • Yuran Francais : RM25,000
  • Yuran Royalti : 2% gross sales

7. Marrybrown

Marrybrown adalah jenama restoran fast food yang berasal dari Malaysia. Syarikat Marrybrown Sdn. Bhd., mula beroperasi pada tahun 1981 dan terkenal dengan hidangan seperti ayam goreng, burger, dan pelbagai jenis makanan fast food lain. Selain itu, mereka juga terkenal dengan hidangan tempatan seperti nasi dan mi.

  • Modal Permulaan: RM800,000 hingga RM1,000,000
  • Yuran Francais : RM150,000 per unit
  • Yuran Royalti : 4% gross sales

Modal ini termasuk yuran francais, kos renovation kedai, peralatan dapur, dan stok awal.

8. Hot & Roll

Hot & Roll ialah makanan panas yang baru dibakar yang boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hanya menggunakan bahan segar dan sihat. Ia juga mempunyai pelbagai hidangan lazat yang dibuat khas seperti Wrap, Paratha, Crispy & Chappatti! Hot & Roll juga merupakan perniagaan francais lokal terbaik di Malaysia.

  • Modal Permulaan: RM100,000 hingga RM165,000
  • Yuran Francais : RM15,000 hingga RM30,000
  • Yuran Royalti : 5% gross sales

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang “Perniagaan Francais Lokal Terbaik”. Jumpa di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca artikel menarik di Support Lokal!


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *