Setiap kali tibanya bulan Ramadan, inilah masanya untuk para usahawan memulakan penjualan kuih raya sebagai produk jualan. Memandangkan ia adalah perniagaan bermusim, para usahawan mestilah merangka strategi pemasaran yang terbaik bagi meningkatkan hasil jualan kuih raya dan mencapai target jualan.
Antara Strategi Pemasaran Kuih Raya yang Boleh Dilakukan
Jika anda sudah pun ada beberapa strategi pemasaran yang perlu dilakukan, di bawah ini Cik Min kongsikan beberapa strategi lain yang boleh anda pertimbangkan sebagai tambahan untuk melariskan jualan kuih raya pada tahun ini.
1. Edarkan Sample Kuih Raya
Bagi para usahawan yang merancang untuk membuat jualan kuih raya, anda bolehlah edarkan ‘sample’ terlebih dahulu kepada prospek. Hal ini kerana, mereka akan lebih berminat untuk membeli jika dapat merasai kuih tersebut terlebih dahulu.
Meskipun cara ini terlihat seperti memakan kos, namun percayalah mereka yang merasa kuih raya anda berpotensi untuk membeli lebih banyak dari jangkaan anda. Bukan satu atau dua balang, tetapi mungkin lebih!
Lagi best apabila mereka kongsikan pula tentang kesedapan kuih raya anda kepada keluarga dan rakan mereka. Secara tidak langsung, hal ini boleh membantu meningkatkan sambutan kuih raya yang dijual.
2. Buat Live di Aplikasi TikTok Ketika Membuat Kuih Raya
Para usahawan juga boleh menggunakan platform TikTok sebagai medium untuk melaksanakan strategi pemasaran dengan lebih efektif. Anda boleh menunjukkan proses penghasilan biskut raya anda seperti proses menerap kuih, proses pembungkusan dan sebagainya kepada para pengikut anda di TikTok.
Strategi ini juga boleh meningkatkan lagi ‘engagement’ audiens anda di TikTok dengan berbual, menjawab soalan yang diajukan dan pada masa yang sama anda dapat membuat jualan. Wow, hebat kan!
3. Jualan Secara Pakej
Jika anda mahu menarik lebih ramai pembeli, bolehlah anda cuba strategi jualan secara pakej. Jualan secara pakej atau ‘bundle’ ini lebih menarik minat pelanggan kerana mereka boleh membuat pilihan beberapa jenis kuih raya dan membelinya dengan harga yang murah.
Letak nama pakej yang menarik dan berikan harga diskaun mengikut pakej yang sesuai. Misalnya, 1 bungkus kerepek dijual dengan harga RM8. Jika jualan secara pakej, anda boleh tawarkan 3 bungkus kerepek dengan harga RM20 sahaja.
Kalau nak baca lebih lanjut, anda boleh lihat pakej yang pernah ditawarkan oleh Mydin.
4. Berikan Tawaran Istimewa
Para usahawan boleh menyediakan tawaran istimewa buat pembeli seperti tawaran percuma sampul raya atau balang kuih raya eksklusif dengan setiap pembelian minimum. Jika anda menjual secara online, anda bolehlah tawarkan kos pengeposan secara percuma mengikut had pembelian yang ditetapkan.
Ianya berlainan dengan jualan secara pakej kerana anda menawarkan barang eksklusif untuk dijadikan tawaran dan bertujuan untuk menarik hati pembeli.
5. Lakukan Strategi Pemasaran Kuih Raya dengan Ayat Promosi yang Menarik
Ayat promosi yang menarik juga boleh dijadikan sebagai salah satu strategi pemasaran yang akan mempengaruhi pelanggan untuk membeli. Gunakan ayat promosi di dalam setiap posting anda di media sosial. Contoh ayat promosi yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
Begitulah sedikit sebanyak antara strategi yang boleh digunakan untuk jualan kuih raya anda. Cik Min ucapkan selamat maju jaya dan semoga usaha yang anda lakukan akan berhasil.
Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Strategi Pemasaran Kuih Raya”. Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, anda boleh layari laman portal Support Lokal!
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.